Friday, March 7, 2008

Trial dah habis!

Huh.. selama 2 minggu ni aku dah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran yang agak susah.. Dan akhirnya, trial exam ktrg dah pun tamat semalam (Khamis)..

Exam kali ni seperti biasa, ada yg sudah ada yg senang.. Kalau Chemistry of course la susah, Biology pula sederhana, Statistics pun agak susah manakala Maths senang dan susah (paper C4 susah gila!). Banyak juga soalan yg aku tak jawab dalam C4 tu.. Tengoklah result apa yg aku dapat nanti.. Huhuhu..

Oleh sebab ini adalah Trial Exam, maka format penuh peperiksaan dilaksanakan. Biology 8 paper, Chemistry 8 paper (termasuk 2 practical), Statistic 2 paper dan Maths 4 paper. Jadi, keseluruhan paper yg aku akan duduki semasa A-Level external exam nanti ialah 22 paper.. Memang banyak! Banyak tak terhingga.. Memang letih tangan menulis untuk exam. Dah la dewan 2 memang sejuk bangat!

Tinggal 2 bulan lagi akan menjelanglah peperiksaan A-Level. Nampaknya dalam masa ni, aku kena study lebih sikit dan kurangkan berfoya2 dan bergonjeheng... Tapi, dah memang aku suka bergonjeng, apa boleh buat..

Kepada sesiapa yg membaca blog ni, aku nak ambil kesempatan utk meminta maaf jika ada apa-apa kesalahan yang aku lakukan sama ada dalam sedar mahupun tidak. Kadang-kadang kalau aku terlaser sikit, janganlah ambil hati dan terluka pula. Sesungguhkan aku diciptakan untuk bergembira dan kalau boleh, aku juga ingin menggembirakan orang lain.. Hidup ini terlalu singkat untuk beremosi dengan orang lain dan aku akan penuhkan hidup aku dengan kegembiraan.

Berdoalah untuk kejayaan aku dan juga rakan2 yg lain yg akan mengambil peperiksaan A-Level bulan Mei nanti. Peperiksaan yang sangat lama iaitu dari 12 Mei sehingga 29 Jun.

=)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited