Selepas paper terakhir iaitu paper Maths C4, aku dan rakan2ku dari 7M8 (Mary, Pah, Senah, Badd) dan Elia pergi ke One Utama untuk melepaskan tensi serta melegakan diri daripada 2 minggu peperiksaan yang lepas. Paper C4 habis pada jam 10.30 pagi dan kami bertolak ke OU pada jam 12.30 kerana terpaksa menunggu Elia yang perlu menghadiri briefing untuk interview pelajar2 PMC bound.
Aku dan Badd makan tengah hari dahulu di kafe Cemara dan berehat2 sebentar di bilik sebelum Elia menelefon kami untuk ke OU. Semasa turun, Mary menyuruh kami ke dobi untuk menghantar cadarnya kerana dia perlu ke pejabat kolej untuk menghantar kunci bilik.
Selepas itu, kami segera ke OU. Setibanya di OU, Elia membeli roti untuk mengisi perut kerana dia belum lunch lagi. Kami berjalan2 di kedai2 yg banyak dan melimpah2 ruah. Seperti biasa, kami singgah di Padini, I.P.Zone, Romp, G&H, Vincci, Bata dan macam2 lagi kedai yang menarik.
Selepas solat Zohor, kami makan di Kenny Rogers. Kami melahar2 dan mengutuk Kenny Rogers kerana proporsi makanan yang kami dapat agak sedikit daripada biasa. Elia pula bertanyakan Badd akan hal2 yang berkaitan dengan interview. Maklumlah, Badd memang banyak ilmu pengetahuannya dan terer English pula tu.
Pada mulanya, aku tidak bercadang untuk bershopping, tetapi entah mengapa, tiba2 aku membeli dengan amat banyak sekali sehingga terpaksa withdraw duit 2 kali dari ATM. Antara barang yang aku beli ialah : t-shirt IP Zone, sweater G&H, seluar jeans PDi, dan selipar Padini. Lebih kurang RM200 aku spend pada hari ni. Tak apa, Badd cakap semua benda yang dibeli merupakan investment. Nampaknya, lepas ni tak boleh la keluar shopping lagi. Huhuhu...
Elia pula membeli baju dan kasut untuk dipakai semasa interview nanti. Badd pula membeli sweater sama dgn aku kecuali warna berbeza, dan yang lain2 tidak membeli apa2 pun. Sekadar cuci2 mata je.. Di Sinma, kami semua belajar cara membuat sanggul kerana Elia mahu rambutnya kelihatan kemas dan pendek.
Sebelum pulang, kami makan di A&W dan singgah di Jusco utk membeli sushi. RM8 utk 10 biji sushi.
Oleh kerana Elia malas nak memandu pulang, aku pula yang memandu kereta kali ni. Setibanya di Cemara, kami semua singgah di Wira Sejati kerana ada yang belum makan lagi..
Malam tu, aku dan Badd seperti biasa menari2 di dalam bilik kerana kebosanan. Kami menari lagu2 Korea yang dinyanyikan oleh Girls' Generation seperti lagu Into the New World dan Girls' Generation serta lagu Tell Me daripada Wonder Girls.
Hmm, memang best berjalan2 hari ini. Tetapi aku juga kesiankan Ida dan Bella kerana aku tidak dapat menemani mereka berjalan2 di Midvalley kerana berlaku pertindihan rancangan. Xpelah, lain kali boleh keluar lagi..
Semoga hari esok lebih indah daripada hari ini...
Hmmm.....
1 comments:
x sangka aku sendiri yg shopping sakan! mulanya igt xnk shopping langsung. tp oleh kerana sale masih lg berlangsung, aku pun dh x mmpu nk menahan nafsu bershopping.. huhu.. terbang duitku..
benda yg aku shopping ialah
baju ip zone rm25,
weater G&H rm69.30,
selipar padini rm13,
jeans pdi rm 59.95
pastu makan lagi,
kenny rogers - rm21
a&w - rm11
lebih kurang rm 200 jugak la aku blanja aritu..
terima kasih kpd sale! kini aku mmpu membeli segala-galanya dgn harga murah!
haha..
Post a Comment