Attachment yg diharapkan tidak best seperti yang dijangkakan. Oleh itu, aku dan beberapa rakan yang lain membuat rancangan utk berjalan2 sahaja sepanjang tempoh attachment hospital kami.
Sunway PyramidPada hari Selasa, selepas attachment di Jabatan Ortopedik Hospital Serdang, kami menuju ke Sunway Pyramid dgn tujuan asal bermain ice skating (tak main pun akhirnya). Kami pergi ke Sunway utk berjalan2 sahaja sambil window shopping. Mary pula tidak henti2 meluahkan keinginannya utk bermain2 di Sunway Lagoon. Tetapi apakan daya, setelah harga tiket disurvey, kami hanya menutup msebelah mata. Harga tiket ialah RM45 utk Wet Park dan Amusement Park. Kami hanya berminat utk bermain di Amusement Park sahaja tetapi apakan daya, tiket dijual secara pakej. Hiasan bertemakan Krismas juga menarik perhatian mataku sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam bangunan berkenaan.
Kami juga telah menemankan Apal untuk membelikan besday present utk girlfriendnya. Sepanjang berada di sini, kami telah berjalan di macam2 kedai serta makan di Food Court Jusco. Aku memilih utk makan claypot chicken rice sama dgn Apal. Aku berasa sgt best kerana wing baru yg dibuka amat besar dan banyak kedai baru dibuka. Kami berjalan2 di Parkson dan Jusco utk mencari hadiah yg sesuai utk awek Apal. Pah pula membelikan adiknya mainan Transformers (Starscream) di Jusco. Semasa sedang asyik berjalan2, tiba2 terlihat satu mesin dancing game. Apa lagi, aku yg berpengalaman dlm game menari ini (Sodox yg ajar) terus membeli token dan berlawan dengan Mary yang baru first time main. Keputusannya, mestilah aku yang menang. Hehehehe.. =)
lawan menari dgn Mary
Selepas solat Maghrib, kami segera bertolak pulang ke Serdang. Kami semua singgah di kopitiam yang terletak berhampiran rumah Badd untuk makan malam. Aku telah melantak kuetiau tomyam beserta air nestlo ais. Selepas itu, Yah memandu budak perempuan pulang ke rumah Senah di Bangi dan aku, Badd dan Apal pulang ke rumah Badd.
Berjaya Times Square
Pada keesokan harinya (Rabu), setelah memulangkan nametag di Hospital Serdang, kami segera pergi ke Berjaya Times Square yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dengan memandu kereta (Apal dan Badd). Walaupun kami semua tidak tahu jalan, kami redah sahaja dengan mengikut signboard ke KL. Mujurlah kami berjaya juga tiba di Times Square berkenaan.
Benda pertama yang kami buat ialah segera ke Cosmo's World Theme Park utk membeli tiket untuk bersuka ria di theme park berkenaan. Roller coasternya membuatkan aku tidak sabar untuk bermain semua rides yang ada.
Kami hanya berenam yang membeli tiket masuk (Aku & Mary, Badd & Pah, Apal & Mimi) manakala Senah lesap bersama boifrennya dan Yah juga begitu. Harga tiket adalah RM35 iaitu lebih mahal daripada tahun lepas (RM25 kot). Harga tiket pada hari biasa ialah RM30. Walaupun harga tiket mahal, kami teruskan juga niat kami untuk berseronok.
Ride pertama yang kami main ialah Spinning Orbit. Bagi aku, ride ini tidak begitu menyeramkan dan aku hanya berpusing2 di udara sambil menjerit2. Menurut Mary, ride ini agak thrill baginya. Selepas itu, kami terus ke Dizzy Izzy. Ride ini agak seronok dan aku amat seronok menjerit2. Seterusnya, kami bermain di Ooort's Express iaitu duduk sambil berpusing2 seperti tornado. Semasa sedang berpusing, aku terpaksa menahan sakit akibat hentaman Mary yang duduk di sebelahku. Berat juga Mary ni, ingatkan ringan macam plastik. Nasib kami agak tidak baik kerana Space Attack tutup untuk maintenance. Selepas bermain 3 rides tersebut, Pah dan Mary sudah tidak tahan lagi lalu memutuskan untuk berehat sahaja. Pah siap muntah2 lagi (kt dalam toilet la).
Baki yang tinggal terus pergi bermain DNA Mixer iaitu ride yang paling thrill dan gila. Berpeluh2 aku semasa dipusing2kan. Sampai basah handle kerusi berkenaan. Mary menyertai kami semula untuk bermain Supersonic Odyssey iaitu roller coaster yang sangat best (bg Mary x best sbb menakutkan). Selepas itu, kami semua bermain permainan kanak2 seperti Fantasy Trail, Botanic Drive, Buddy Go Round dan juga Crazy Bus. Kami semua tanpa segan silu bermain children rides berkenaan tanpa rasa ragu2. Aku menarik diri daripada bermain Robo Crash iaitu kereta langgar2 kerana pada masa itu, kepalaku sudah mulai pening.
Berikut adalah bilangan aku bermain rides di Cosmo's World:
1. Supersonic Odyssey - 2 kali
2. DNA Mixer - 3 kali
3. Lain2 - 1 kali je
4. Robo Crash - tak main sebab dah pening2
5. Children Rides - ada yang tak boleh main sebab untuk kanak2 je
6. Family Rides - yang ni bolehlah main
Aku berasa kagum dengan Badd, Apal dan Mimi kerana bermain tanpa pening sedikit pun. Mereka bermain dengan riang kesemua rides yang ada.
selepas bermain di Cosmo's World
Selepas selesai solat Asar dan Maghrib, aku telah singgah di kedai permainan Time Machine di mana kedai ini menjual pelbagai jenis permainan yang aku gemari seperti Transformers. Aku amat meminati Transformers semenjak dari kecil lagi. Sejujurnya, aku juga telah memiliki beberapa permainan Transformers. Namun, harga permainan di sini lebih mahal daripada biasa kerana semuanya diimport dari Jepun. Aku amat geram dengan patung Bumblebee, Starscream, Devastator dan Optimus Prime. Alangkah indahnya jika aku memilik RM1 juta. Bolehlah aku borong 1 kedai mainan tersebut.
Sebelum pulang, kami dinner di KFC. Senah dan boifrennya juga menyertai kami. Selepas itu, kami berpisah secara aman dan masing2 mengucapkan selamat tinggal kerana tiada lagi esok untuk diseronokkan bersama2 lagi. Mary & Mimi akan pulang ke Kelantan, dan yang lain2 akan pulang ke rumah mereka (Lembah Klang je pun).
Setibanya di rumah Badd, Apal bersiap sedia utk pulang ke rumah sepupunya di Bangi dan aku meneruskan 1 malam lagi di rumah Badd. Keesokan paginya, Badd menghantar aku pulang ke rumah. Terima kasih kepada Badd yang bersusah payah untuk aku dan terima kasih juga kepada rakan2 yang terlibat menimbulkan keseronokan semasa kita bersama2.
Aku amat berharap kami semua akan dapat lepak bersama2 lagi kerana aku berasa lebih seronok bersama mereka berbanding rakan2 sekelasku sendiri yang penuh dengan konflik. Thanks guys.. =)