Sekali lg, pada hari Isnin (10 Disember 2007), aku telah diajak keluar oleh Bella, Fadh, Azam beserta Sudeh (Azery Husin).. Tujuan ktrg keluar pd hari ini adalah untuk tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menonton wayang (aku sorang je, yg laen nk g eye on malaysia pastu). Pada awalnya, aku malas nk join diorg sebab dh kesuntukan wang.. Tp oleh sebabkan paksaan Bella yang asyik dibuli oleh mereka bertiga (Fadh,Azam,Azery), aku meringankan kaki utk menyertai diorang..
Mengikut rancangan asal, Fadh menyuruhku tiba di Midvalley pada jam antara 11 hingga 12 tengah hari.. Oleh sebab aku mmg sentiasa menepati waktu, aku pun tiba di Midvalley pada jam 11.50 pagi.. Beberapa langkah selepas aku keluar dari komuter, Fadh menelefon aku.. Kring kring.. (bunyi henpon aku bukanlah cenggini, ini sbg simbol sahaja). Fadh mengatakan bahawa mereka still on the way.. Oleh sebab aku dapat rasakan bahawa aku mmg akan smpai sebagai orang pertama, aku pun berjalan2 sebentar di Jusco dan Toys R Us.. Aku ni mmg gilakan mainan sejak dari dulu lagi.. Mmg x boleh elak daripada melihat2 kedai mainan yang ada di shopping complex.. Mainan yang mahal2 la, yang murah2 apa klas.. X hingin pown..
Bella pun smpai lewat sedikit kerana tren delay.. Huh, menyirap darah aku (xdelah, gurau je.. aku ni mmg penyabar orangnya). Aku pun terus berjalan di Jusco dan membeli sebiji Transformers yang kecil.. RM14.90 je.. Aku mmg minat Transformers sejak azali lagi.. Cuma masa kecil dulu xde duit nk beli mainan.. hehehe..
Apabila Fadh tiba, mereka bertiga terus membeli tiket wayang sementara aku menunggu Bella turun dari tren. Selepas itu, aku dan Bella pergi ke atas untuk menemui Azery, Fadh dan Azam. Mereka telah membeli tiket cerita The Golden Compass. Wah! Memang menepati cita rasa aku yang amat gemarkan cerita fantasi dan berunsur magis.
Oleh kerana tayangan bermula pada jam 3.30 petang, kami pergi lunch dahulu di food court. Aku telah melantak sizzling chicken chop rice dan air milo ais. Selepas bersolat, kami berjalan2 sebentar di sekeliling dan Azery telah membeli sehelai t-shirt di Samuel&Kelvin.. Tp apa yang menarik minat aku ialah cardigan murah yang terdapat di Romp.. Huhu, xpelah, tggu duit masuk dulu baru boleh beli..
Selepas diasak oleh Fadh, aku dan Azery segera bergegas ke wayang dan terus masuk ke Hall 11 dan pada ketika itu, iklan sedang ditayangkan.. Kesian Bella sebab dia kena duduk sebelah Chinese loving couple yang aksi mereka memualkan kami dan tergelak2 aku dan Bella dibuatnya (aku duduk sebe;ah Bella). Cerita Golden Compass ni memang bes bagi kanak2 (aku la tu) sebab mmg byk CG digunakan. Pelakonnya juga bes2 spt nicole kidman dan daniel craig. Tp yang paling bes ialah setiap orang memiliki daemon (binatang ala2 pokemon gitu) tersendiri. Daemon mereka juga comel2 belaka seperti Pan (kejap serangga, kejap kucing, kejap raccoon). Namun, cerita ini tergantung di tengah jalan apabila Lyra baru sahaja berlepas untuk menyelamatkan bapanya, Lord Asriel (Daniel Craig). Geram btol aku dibuatnya.. Kena tggu sekuel la nampaknya..
Selepas tamat, kami segera solat Asar dan seteruskan makan lagi di Burger King sementara menunggu waktu Maghrib. Aku dan Azery berjalan2 lagi untuk menyurvey pakaian. Selepas maghrib, aku memisahkan diri untuk pulang bersendirian manakala Bella, Fadh, Azery dan Azam pergi bersukaria di Eye on Malaysia.
Semasa perjalanan pulang, di KL Sentral, aku telah terserempak dengan Ain yang baru pulang dari mendulang emas di Mersing. hehe.. Gurau je, dia baru balik dari mersing sbb ada wedding. Kami berbual2 di sepanjang perjalanan ke Shah Alam.. Mujur Ain ada, kalau tidak, tentu kebosanan aku dalam tren tu sorang2.. Kami berpisah di KTM Seksyen 18 di mana Ain pulang ke kolej menaiki teksi sementara aku diambil pulang oleh abangku.
Power Rangers Megaforce Figures
-
*Power Rangers Megaforce 5' Figures*
*Bandai*
Each RM29.90 purchased from Aeon Bukit Raja
Only pink ranger isn't metallic unlike the other four.
Pink Ra...
9 years ago
2 comments:
weh...
aku pn g tgk gak cite the golden compass tu..mmg bez!!
aku g ngn Yah n Pah...hehe...
ko mmg.. kuar x ajak aku.. mcm la tggl jauh sgt.. huhu..
Post a Comment