Showing posts with label Sungai Dua. Show all posts
Showing posts with label Sungai Dua. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Sg. Dua Char Kuey Teow | Penang

Assalamualaikum dan salam ceria pembaca sekalian.

Semalam masa on the way pulang ke Bukit Mertajam, kami sempat singgah di Sg. Dua untuk menikmati char kuey teow yang agak popular di sini. Aku pun tak tau yang sini femes dgn char kuey teow,  sebab yang aku tau sini femes dengan mee udang.

Lokasi kedai ni senang nak cari, dari highway tu amek exit Sg. Dua then kat main road tu ada banyak kedai makan kat belah kiri. Mula2 nampak Restoran Hameediyah pastu baru nampak kedai char kuey teow ni. Parking tepi jalan je. Memang ramai gila customer time tu. Maklumlah cuti sekolah kan. Alhamdulillah time kami sampai tu, ada org baru bangun dari meja so boleh la terus duduk.

Service agak sedikit lambat sebab ramai gila orang. Kami order char kuey teow besar dan special. Yang besar harga RM4.50 dan yang special with telur goreng RM5. Kami dah nk habis makan baru air minuman sampai. Huhu..

Sedikit komen tentang char kuey teow ni, rasa memang sedap dan udang dia bagi dalam 5 ekor dalam sepinggan tu. Sangat puas hati. Tapi memang trend ek char kuey isi dia sikit? Kurang kenyang di situ. Huhu.. Since Wanji tak makan udang, so dia sedekahkan udang2 terbabit kat aku. So dapatlah aku makan 10 ekor udang. Haha.. tapi dah last malas nk kupas kulit, Wanji tolong kupas sikit.

Ok itu sahaja quick update untuk kali ni.

Daaaa~
Agak ramai.. perlu berebut tmpt duduk.. haha

inilah kedainya

Wanji sedekah udang kat aku.. masyukkk.. :)

Harga yg agak2 kabur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited