Friday, March 21, 2008

Trip to Kuching

Pada cuti yg lepas, aku telah mengikut keluargaku ke Kuching, Sarawak untuk berjalan2. Aku akan berada di Sarawak pada 14-16 Mac. Percutian kali ini juga disertai oleh nenek, Mak Induk, Pak Su dan juga Siti Fatimah iaitu sepupuku yang amat comel.

Perkara menarik yang berlaku pada permulaan perjalananku ialah aku telah bertemu dgn Akma dan Zarina AF serta Sariah dari siri Dunia Baru di lapangan terbang LCCT. Seperti biasa, kami menggunakan khidmat penerbangan Air Asia kerana tambangnya lebih murah berbanding kebanyakan penerbangan lain.

Sariah, Mak Induk, Aku & Siti, Akma, Zarina

Setibanya di Kuching, kami dibawa oleh Uncle Vincent yang merupakan tour guide kami untuk bersarapan pagi dan juga bersiar-siar di sekeliling bandaraya Kuching. Antara tempat yang kami pergi pada hari pertama ialah:

1. Muzium Kucing
Muzium ini menyajikan fakta-fakta mengenai kucing termasuk kucing yang diawet serta Hello Kitty.Terdapat juga gerai menjual cenderamata di sini.

Kucing yang comel
Cat Cemetery
Nenek membeli souvenir
2. Kedai Kek Lapis
Terdapat pelbagai jenis kek lapis dijual di sini seperti Lapis Buah, Lapis Cheese, Lapis Blueberry dan macam2 lagi.

3. Muzium Etnologi
Muzium ini memaparkan patung2 haiwan, perabot2 lama serta peralatan bersejarah.

4. Kedai Pemprosesan Porcelain
Pasu-pasu yang dijual dibuat di sini dengan melalui beberapa proses seperti membentuk, mengukir dan mewarna. Terdapat pelbagai jenis pasu dijual di sini. Ada yang besar, ada juga yang kecil.


5. Kedai Lada Hitam & Sarang Burung
Kami dipaparkan dengan asal-usul sarang burung di bilik tayang. Sarang burung diperbuat daripada air liur burung layang yang kemudiannya dicuci dan dijual dengan harga yang sangat mahal. Dua ketul sahaja sudah mencapai RM60.

Pada malam itu kami makan di Restoran D'Alif yang terkenal dengan burger ketam bogelnya (Nude Crab Burger). Hehehe.. Sebenarnya burger ini diperbuat daripada ketam yang berkulit lembut dan disalut tepung sertai dihidangkan bersama fries. Menu kami malam itu ialah sup ketam, ayam black pepper, midin masak belacan dan beberapa lauk lagi yang memang sedap hingga menjilat jari.


Pada keesokan harinya kami meneruskan perjalanan kami dengan melawat beberapa lagi tempat menarik tetapi juga yang telah aku pergi beberapa tahun lepas. Antara tempat menarik hari ini ialah:

1. Damai Puri Resort & Spa
Kami singgah sebentar di sini sementara menunggu Kampung Budaya dibuka. Resort ini amat cantik dan baru sahaja dibuka untuk pelancong.

Gambar kenangan satu keluarga

2. Kampung Budaya Sarawak
Tempat ini sangat bersejarah memandangkan terdapat pelbagai jenis rumah yang terdiri daripada pelabagai etnik seperti Iban, Biadayuh, Penan dan macam2 lagi. Terdapat juga persembahan tarian tradisional.


Pintu masuk Kampung Budaya

Berposing di jambatan buluh

Pak Su & Siti
Pemandangan di Kg Budaya

Persembahan budaya

3. Seriken (sempadan Malaysia & Indonesia)
Tempat ini sama seperti Wang Kelian (sempadan Malaysia & Thailand) di mana kita boleh membeli barang2 seperti tikar rotan dan juga kain baju dengan harga yang murah.


Kami juga singgah di Pasar Minggu Satok untuk membeli barang serta makan malam di Topspot. Foodcourt ini amat popular dengan makanan lautnya. Menu kami ialah sup gamat, ikan siakap sweet sour, kerang black pepper, midin belacan serta beberapa lauk lagi.

Nenek terbongkok-bongkok nak beli buah di Pasar Satok


Pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, program kami pada hari ini ialah free & easy di mana kami diberi peluang untuk berjalan2 ke mana sahaja yang kami mahu. Aku mengikut ibu bapaku ke Pasar Satok untuk bershopping last minute manakala adik, nenek, Mak Induk dan Pak Su pergi Spring untuk bershopping juga. Mulanya aku ingin mengikut mak cikku, tetapi oleh kerana teksi tidak muat, aku terpaksa beralah dengan adikku dan mengikuti ibu bapaku sahaja.

Area Waterfront

Menaiki bot tambang

Petang itu kami bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk pulang ke semenanjung. Setibanya di LCCT, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Mak Induk, Pak Su, Siti dan nenek kerana mereka akan pulang ke Johor manakala kami sekeluarga pulang ke Shah Alam.

Hmm, tak ada benda yang best untuk dibeli di Sarawak. Aku hanya membeli 2 helai t-shirt sahaja beserta souvenir untuk kawan-kawan rapatku. Bertuah siapa yang jadi kawan aku, setiap kali aku pergi berjalana2, mereka pasti mendapat habuan masing2. Boleh la mereka mengumpul koleksi berjalan2 aku.. Hehehe..

~ Kesian Fairuz.. Dia bersungguh2 mengajakku menonton wayang di Kuching bersama2. Tapi oleh kerana aku sibuk dengan tour, maka tak sempat berjumpa dengannya.
~ Kesian juga kepada Mat Duwe kerana diserang penyakit misteri dan tidak berpeluang membawaku berjalan2 di sekitar Kuching. Dia diserang virus yang menyebabkan dia dikuarantin selama seminggu di rumah.. Aku berharap agar Mat Duwe cepat sembuh kerana sudah seminggu dia tidak ke kelas.

3 comments:

Anonymous said...

hei, when did you set up your blog???? Nice one btw, i had been to kuching too and I personally like the cultural village most...

And the food, of course chinese food is best there but I dunno how about malay food....

feel free to visit my blogs when you are free...

http://sihan89.blogspot.com
http://notquiteapoet.blogspot.com

Hazwan Samian said...

it's surprising that u visit my blog.. hehe.. my posts are all about things that happen to me.. unlike your blog which is about things that happen around this country..

i made this blog last semester..

Anonymous said...

cte ko pasal makanan membuatkan aku terliur!!!
hahaha..

~si cumil ida~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited