Wednesday, March 12, 2008

10 000 BC

Semalam aku keluar dengan Helmi iaitu kawan seMRSM dengan aku di Beseri dulu. Kami pergi ke Sunway Pyramid untuk menonton wayang. Pada mulanya aku cuma mahu ke Bukit Raja kerana lokasinya lebih dekat tetapi wayang di situ sudah tidak menayangkan Step Up 2. Jadi kami pun beralih ke Sunway Pyramid.

Setibanya di SP, kami solat Asar dahulu dan pergi mengusya2 tiket ti TGV. Step Up 2 hanya akan ditayangkan pada jam 6.30 dan 11.30 malam. Oleh kerana, kedua2 masa tidak sesuai, kami pun membeli tiket 10000 bc. Harap2 cerita ni best... Wayang kami akan mula pada jam 6.15 petang. Oleh kerana ada sedikit masa terluang, kami pun berjalan2 dahulu. Kami membeli rojak buah serta berjalan2 di beberapa kedai baju. Oleh sebab sekarang ni musim sale, harga barang2 semuanya murah. Aku amat seronok melihat2 pakaian2 murah di kedai2 tersebut. Aku tidak membeli apa2 kerana aku sudah pun bershopping sakan di One Utama sebelum ini.

Pada jam 6.15 petang, kami segera naik ke TGV dan membeli popcorn dan minuman. Kami duduk di seat yang agak belakang di bahagian tengah, kedudukan yang agak bagus untuk menonton wayang.

poster 10 000 bc

Cerita 10000 bc ni agak best bagi aku kerana berlatarbelakangkan zaman dahulu selain imej CGInya yang bagus dan berkualiti. Mammoth yang dihasilkan memang nampak real manakala Sabertooth juga agak comel. Cerita ini mengisahkan tentang D'Leh (Steven Strait) yang merupakan pemburu Mannak (mammoth) dan puak Yagahl yang diserang oleh demon berkaki empat (sebenarnya manusia yang menaiki kuda). Banyak kaum lelaki dari puak2 yang ada diculik untuk bekerja membina piramid selain mammoth yang juga dipaksa bekerja mengangkat beban.

Namun, ending cerita ini amatlah tidek logik kerana Evolet yang dah mati tiba2 hidup semula. Memang spoil betul. Cerita ini juga membabitkan sedikit unsur komedi yang membuatkan kami ketawa semasa melihat cerita yang kami fikir amat serius.

Selepas menonton wayang, kami segera solat maghrib dan makan di Pizza Hut. Kami berjalan2 sebentar di MPH dan Guardian kerana Helmi ingin membeli sedikit barang keperluannya.

Selepas itu, kami pun segera pulang. Helmi menghantarku pulang ke rumah sepertimana dia mengambilku petang tadi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited