Sunday, February 17, 2008

Small 'Macaroni' Party

Semalam (Sabtu) aku berada di rumah.. Aku bgn pada awal pagi utk membuat sesuatu.. iaitu membuat biskut cornflakes kegemaran ramai.. Bahan2 yg diperlukan telah pun dibeli semasa pulang drpd solat jumaat bersama Azery di Giant Seksyen 18 jor...

Aku memulakan proses dgn memisahkan papercup satu persatu di atas dulang2 yg sudah aku sediakan terlebih dahulu. Selepas itu, aku memanaskan periuk yg amat besar. Bahan2 yg diperlukan adalah amat ringkas iaitu : cornflakes, honey star, chocolate chips Vochelle, buah2an campur Silverbird, hirisan badam, mentega, gula dan madu. Proses memasak dimulakan dgn memasukkan mentega, gula dan madu dan tunggu sehingga cair. Kemudian, campurkan bahan2 yg lain.

Eh, apsal aku cte pasal recipe ni? Xpela.. kte teruskan dgn cerita selanjutnya.. Dengarkan...

Setelah bahan2 tadi sebati, masukkannya ke dalam papercup tadi dan bakar di dalam oven sehingga keemasan.

Lepas tu, aku pun pulang ke Kolej Cemara pada waktu tengah hari setelah lunch di rumah (ketam masak lemak cili api, ikan 3 rasa). Best btol lauk yg mak aku masak.

Setibanya di kolej, aku study sebentar dan pada jam 5.30 ptg, aku, Azery, Ida dan Bella pergi ke Giant utk membeli bahan2 utk memasak macaroni. Azery ditugaskan membeli nugget, Helmy pula membeli ari (tp aku yg beli sbb die pergi main badminton) manakala Ida dan Bella mencari2 bahan utk memasak macaroni. Selepas hampir sejam shopping di Giant, kami terus pulang ke kolej sambil membasahkan diri dgn hujan yg amat lebat. Kesian ktrg basah kuyup..

Selepas mandi, aku dan Azery melantak aiskrim yg Azery beli di Giant sehingga aku mendapat selesema sekejap (sbb aku terus makan ubat selesema selepas makan aiskrim yg sedap itu). Sejurus kami habis makan aiskrim, Helmy pun pulang.

Setelah menelefon Ida dan Fadh beberapa kali bertanyakan bila makanan akan siap, akhirnya, pada jam 9.15 malam, kami pun bergegas ke 'Starbuck' Cemara kerana wanita2 tersebut sudah pun sampai. Awalnya janji pukul 9 mlm, tp oleh kerana Azery mmg sentiasa lembab dlm segala hal lambat bersiap, kami semua jadi lambat.

Selepas membeli ais 5 posen daripada mkck cafe cemara (dan juga membantu mkck cafe menggunakan mesin basuh), kami pun menjamu macaroni yg Ida sediakan.

Parti kecil ini disertai oleh aku, Azery, Helmy, Ida, Bella Fadh dan Azam (kesian Badd xde, die balik umah).. Makanan yg tersedia ialah macaroni kuah prego yg dimasak oleh Ida (Bella tolong potong2 brokoli dan maen campak2 dalam kuah), nugget yg digoreng oleh Fadh dan juga biskut cornflakes yg aku buat. Manakala air yg ada ialah air F&N Stroberi, Sunkist Apple, Sunkist Oren dan air kosong. Kami makan dgn gembiranya dan Helmy sibuk mengambil gmbr dgn N70nya.

berposing dgn macaroni

Helmy

Ida Nerina

Fadh & Azam beserta Azery di belakang

Memang sedap macaroni yg Ida masak. Sekalung tahniah diucapkan..

Seperti biasa, kami akan berborak2 dan melahar2 sehingga membuat bising di kawasan tersebut. Azery asyik kena lahar je dgn ktrg.. Haha, padan muka dia..

Kira2 jam 10.30, kami pun berkemas2 dan bersiap sedia utk pulang. Ida dan Fadh membasuh pinggan di toilet manakala aku melap2 meja dgn kain buhuruk yg aku bwk dr bilik. Kami mengucapkan terima kasih kpd Ida dan Bella dan sape2 lg yg join ktrg. Mmg puas dpt makan dgn byk mlm tu..

Setibanya di bilik, aku terus membasuh pinggan2, mangkuk2, cawan2, sudu2 dan garfu (ade 1 je pun) di bilik Helmy dgn menggunakan sabun serbuk Biozip Helmy. Selepas beberapa ketika, Haleem, Syika dan Kay datang dan menghabiskan lebihan macaroni tadi. Tetapi hanya Kay seorang saja yg tinggal utk mencuci pinggan. Pada ketika itu, aku sedang melayan video Girls' Generation di bilik Azery...

- hmm, mmg best malam ni walaupun party hanya sekejap
- lain kali mesti ktrg akan buat lagi party cmni. there will be next time..
- aku pun kena bersiap sedia dgn resipi biskut yg lain sbb aku dh suruh Ida masak mknn lain
pulak
- thanks Ida , Bella dan Fadh yg tolong masakkan utk ktrg
- thanks Azery sbb beli nugget
- thanks Helmy sbb beli air

..... :) .....

3 comments:

Anonymous said...

wah222...drag...
buat party ek..
bley r ko maakkn utk ak plak nt...
huhuu...

Hazwan Samian said...

aku tau masak kuih jor.. cornflake je yg aku reti buat.. haha..

Anonymous said...

terharu nye aku ngn ko!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited