Sunday, February 3, 2008

Hi-Tea at Singgahsana Hotel

angah, kyra, nenek, atih, umi, ayah, alin, aku (duduk)

Petang tadi, aku sekeluarga telah menghadirkan diri di Hotel Singgahsana yg terletak di Petaling Jaya kerana Angah nk belanja kami semua makan. Hi-tea kali ini disertai oleh umi, ayah, along, alin (abg ipa gue), mama alin, angah, tunang angah (kyra), atih, aku, sufi dan nenek. Kami bertolak dari rumah pd jam 3 petang. Atih dtg dgn along manakala angah dtg bersama tunangnya.

Sebaik sahaja tiba, aku terus sahaja meluru ke bahagian mknn yg dihidangkan secara buffet. Oleh kerana ini ialah hi-tea, maka aku pun ambil mknn sebanyak yg terdaya. Antara makanan yg aku bedal ialah:
- fetucini kuah putih
- ayam goreng kunyit
- cucur udang
- mi kari
- murtabak
- kuih-muih
- salad buah
- yong taufu
- ABC
- air kosong jor
hidangan pertama - fettucini

Nmpknya, jika aku mengamalkan diet tidak seimbang ini secara tidak terkawal, mesti aku akan buncit seperti pasangan bahagia ida dan badd. Mereka berdua tu asyik tuduh-menuduh antara satu sama lain siapa yg lebih buncit.


Tidak byk perkara yg lain berlaku kecuali makan, minum, hirup, hisap, jilat dan juga mengambil gambar. Aku mmg ske mengambil gambar sbb boleh dibubuh di dalam blog dan friendster. Aku pun tidak byk berbual sbb aku ni mmg pendiam dan pemalu.

depan hotel

Selepas 1 jam 1/2 kami melantak, kami segera bergerak pulang. Kami singgah di rumah mak ina di bangi utk membawa nenek aku berjalan2 menemui cucunda tersayang merangkap sepupu aku (farhan, safwan dan inas). Di rumah mak ina, kami dijamukan dgn mi rebus, ubi sira dan juga buah mata kucing serta air kopi yg sering dihidangkan oleh mak ina.

Umi dan ayah berborak2 dgn mak ina dan pak cik alias tentang perkahwinan angah yg akan dtg dan tugas2 yg akan dibahagikan kepada setiap anggota saudara-mara dan keluarga terdekat.

Selepas solat maghrib, kami pun pulang ke rumah di Shah Alam. Kami tiba di rumah pada jam 8.20 malam dan aku terus mandi dan solat isyak. Selepas itu, aku download beberapa helai lagu (karaoke/instrumental) supaya aku, helmy dan badd boleh berkaraoke di bilik kelak.

Huh, satu hari yg indah telah pun berlalu.. Ini merupakan kali kedua kami makan di Hotel Singgahsana.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited