Friday, February 15, 2008

Sunway Pyramid Lagi? + Birthday Bella

Semalam dah pergi Sunway Pyramid, hari pun pergi lagi.. Hai...

Tapi, kali ni berbeza sedikit. Rombongan kami selain Helmy dan Ida, kami juga disertai oleh Badd, Azery, Bella, Azam & Fadh. Kami pergi dengan menaiki kereta Bella dan Azam.

Sebelum bertolak ke Sunway, kami telah ke taman tasik Shah Alam untuk menyambut besday Bella walaupun besday baru je lepas beberapa hari yg lalu. Kali, kek yg dihidangkan ialah kek Mango dari Secret Recipe. Kami tiba di tasik pada jam 12 tengah hari kot.. dalam cuaca yg amat panas! Byk juga ulat2 gonggok berjalur kuning berdedai2 di atas rumput. Geli aku dibuatnya, dah la banyak! Yeiks!

Bella memotong kek

me & Bella

Besday Bella dimulakan dengan acara memotong kek dan beberapa sesi bergambar di samping acara makan dan minum. Sebelum itu, aku dan Helmy diarahkan mengambil sudu yg tertinggal di kereta Bella dan kami juga disuruh membeli ais di gerai Seksyen 2. Selepas melahar2 dan makan kek, kami pergi ke taman permainan utk mengambil gambar. Entah kenapa Azery seperti mengalami PMS (Pre Menstrual Syndrome) dan dia agak moody pada hari ini.

Azery, Badd, me & Helmy

spiderweb

Selepas itu, kami segera bertolak ke Sunway Pyramid. Agak hampa perasaan kami kerana sangat banyak kedai yg tutup termasuk Padini, Romp, dan I.P.Zone. Hanya Jusco yg kelihatan sedikit meriah. Seperti biasa, kami berjalan di Jusco dan beberapa kedai lain yang buka. Kami singgah di IZO kerana Helmy mahu membeli jaket keselamatan (jaket jor!).. Helmy membeli 2 helai jacket (mmg gila!)..

Sebelum itu, kami juga telah mengusyar2 jaket di Jusco. Aku juga hampir terbunuh Helmy kerana mengezip jaketnye hingga terkena kulit lehernya yg kurus itu.. Menjerit2 kesakitan dia..
Badd dan Azery pula mengusyar2 barangan lelaki..



Kami juga singgah di RedBox utk berkaraoke. Namun begitu, kami agak kecewa kerana harga bagi setiap orang ialah RM28 beserta makanan. Tetapi jika kami ingin berkaraoke dgn harga murah, kami perlu datang pada jam 11 pg-1 ptg. Kami tiba di situ pada jam 3 ptg. Oleh kerana agak kecewa, kami terus pergi makan.

luar pyramid

Kami makan di Kenny Rogers dan semua orang memesan Quarter Meal. Kami juga berborak2 sambil melahar2 dan membuat bising di dalam restoran berkenaan. Kami juga menyuruh akak Kenny Rogers mengambil gambar kami semua.

at Kenny Rogers

Selepas itu, kami bertolak pulang ke Shah Alam. Semasa dalam perjalanan pulang, tiba2 kami terlihat Summit USJ. Apa lagi, Bella dan Ida yg teringin sgt menonton Dunia Baru the Movie terus membuar rancangan untuk singgah di situ. Semasa ingin memarkir kereta, kereta Bella telah terlanggar divider sehingga calar-balar tayar belakangnya.

Namun begitu, kami agak hampa kerana tiket pada jam 5.30 petang sudah pun habis dijual. Kami terus beredar dan singgah di Watson utk membeli barangan mandi. Selepas itu, kami terus pulang ke Shah Alam.

Setibanya di Kolej Cemara, ketika ingin memarkir kereta, sekali lagi Bella menghentam divider jalan. Kami semua menjerit2 di dalam kereta. Azam juga menjerit2 apabila terlihat keadaan tersebut. Selepas itu, kami memberikan Bella hadiah hari jadinya dan juga mengucapkan babai kerana Bella, Fadh dan Azam akan terus pulang ke rumah. Kesian Bella kena drive balik Semenyih sorang2 dengan keadaan kereta yg calar-balar.

Hmm, tak banyak bershopping hari ini kerana banyak kedai tutup due to Chinese New Year. Xpelah, lain kali boleh keluar lagi especially selepas A-Level Trial nnt.. Kena la study dulu..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited