Pada hari Sabtu yang lepas, aku sekeluarga pergi menyambut hari lahir ayahku yang ke 55 di Kelana Jaya. Restoran yang kami pilih pada kali ini ialah Restoran Cowboy yang terletak di sebelah tasik di Kelana Jaya. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan barat dan juga makanan tempatan. Tetapi malangnya, makanan tempatan tidak disediakan pada malam itu. Pada mulanya, Along mencadangkan kami makan di Holiday Inn Glenmarie, tetapi oleh sebab sudah penuh, kami pun beralih arah ke Cowboy.
Sambutan kali ini disertai juga oleh mama (mak mertua Along), Kyra (tunang Angah) dan juga Kimi (anak saudara abang iparku). Aku dan keluargaku tiba agak awal dan menunggu dahulu di luar. Aku dan adikku pula berjalan2 dan memanjat2 taman permainan yang ada di situ, tetapi sekejap sahaja kerana keadaan di situ basah akibat hujan siang tadi. Aku juga beberapa kali bermain2 dengan kucing2 yang ada di kawasan itu.
Sebenarnya, pada petang itu, umi, ayah, atih dan adikku baru sahaja pulang dari Langkawi. AKu tidak ikut sebab aku sibuk dengan peperiksaan A-Level. Hmm, dah 2 kali miss berjalan2... First pergi Indonesia dan second, pergi Langkawi. Takpelah, bukan rezeki aku kali ni. Ada banyak masa lagi di dalam dunia ini yang boleh diluangkan untuk berjalan2 dan melancong.
Aku dan adikku memesan Cowboy BBQ Chicken di mana hidangan ini merupakan seekor ayam kecil yang dibakar dan dihidangkan bersama sos BBQ, fries dan juga salad. Aku memesan minuman Fruit Punch. Harga makanan dan minuman di sini agak mahal daripada biasa. Ini merupakan kali kedua kami ke sini. Sebelum ini, kami ke sini juga untuk menyambut hari jadi (tapi tak ingat birthday siapa).

Keadaan di restoran ini agak lengang dan sunyi. Tetapi bak kata Kak Kyra, biasanya di sini memang ramai orang. Ini adalah kerana restoran ini terletak bersebelahan dengan stadium Kelana Jaya. Jika ada perlawanan bola sepak, restoran ini pasti akan penuh dengan peminat2 bola.
Setelah 2 jam menikmati hidangan di sini (dan juga memberi kucing makan), kami pun bersalam-salaman dan pulang ke rumah masing2. Komen aku, tak kenyang sangat la makan malam ni.. Kuantiti makanan yang diberi seperti sudah berkurang berbanding dengan dulu (walaupun aku melantak fish & chip ayah dan umi serta menghabiskan salad Along).
Hmm..
0 comments:
Post a Comment