Setibanya di OU dengan melalui jalan yang selalu Elia bawa kami, kami segera berjalan2 di Giodarno, Romp, Jusco, Padini, Topman, Esprit, Seed dan macam2 kedai lagi untuk memenuhi kehendak citarasa kami semua. Target aku ialah membeli pakaian untuk dinner ALM nanti manakala Azery bercadang ingin membeli kasut dan baju. Badd pula ingin membeli shorts untuk dipadankan dengan kemeja barunya.
Kami lunch di A&W sebelum kami menonton wayang di TGV. Pada mulanya kami ingin menonton di GSC, tapi oleh sebab tersalah info, kami terpergi ke TGV. Takpelah, sama je kot. Kami membeli tiket cerita Narnia : Prince Caspian yang akan bermula pada jam 3.30 ptg. Sebelum itu, kami menunaikan solat Zohor serta berjalan2 di tempat sama berulang2 kali. Bagi aku, cerita ini memang menarik sebab aku memang minat cerita2 fantasi sebegini. Lagipun, cerita Narnia yang pertama dulu pun aku tengok kat wayang, jadi, apa salahnya tengok cerita kedua di wayang juga. Klimaks cerita ini agak lambat kerana adegan lawan-melawan berlaku beberapa minit terakhir. Makhluk2 ajaib dalam cerita ini juga mampu mewarnai jalan cerita ini seperti pokok bergerak, air sungai berbentuk manusia, centaur, tikus yang comel, dwarf, dan lain-lain.
Selepas tamat menonton wayang iaitu kira-kira pada jam 6.00 ptg, kami pun solat Asar dan terus berjalan2 di kedai2 yang terdapat di situ, sampai 2 3 kali jugalah melalui jalan yang sama. Walaupun kaki kami agak sakit dan letih, kami teruskan juga berjalan2 sehingga waktu maghrib. Kami makan malam secara ringkas hari ini iaitu makan donat Big Apple, di mana seorang makan 4 ketul. Kami beli satu dozen donat yang berharga RM17. Sebelum pulang, aku terserempak dengan laki Erra Fazira kalau tak silap aku. Alah, laki dia je pun, bukannya Erra.
Kami pulang dengan keadaan letih lagi2 aku yang memandu kereta. Nasib baik jalan tak sesak. Kami balik pada waktu malam kerana pada waktu petang, sudah tentu federal highway sesak dengan kenderaan yang ingin pulang ke rumah setelah selesai waktu bekerja.
Best juga shopping hari ini. Nasib baik tak spend lebih RM100. Kalau tak, makan pasir la aku nanti kat kolej. Dah la duit scholar tinggal cukup2 makan je sehingga selesai A-Level nanti. Aku agak berpuas hati dengan pembelian aku hari ini. Tapi memang letih berjalan... Huhhh....
0 comments:
Post a Comment