Selepas penat berparty di bilik Helmy semalam, kini tibalah masa untuk aku menyambut hari jadiku bersama-sama classmates (7M6) yang tersayang. Kali ini, sambutan hari jadi aku digabungkan bersama WanG dan Kak Long (Fairuz) dan diadakan di McD.
Sambutan ini dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang. Aku bersama WanG dan Duwe menaiki kereta yang disewa oleh WanG untuk ke Secret Recipe untuk mengambil kek yang telah kami tempah beberapa hari lepas. Kek yang kami tempah ialah kek Chocolate Chip Walnut. Jah pula menelefon aku kerana katanya di McD masih belum ada orang yang hadir. Aku pun menyuruh Jah & the gang menyusun dahulu meja-meja di McD untuk digunakan semasa sambutan ini.
Sebaik sahaja tiba di McD, masih ramai lagi yang belum hadir. Sodox pula menelefon aku dan menyatakan bahawa dia on the way ke sini, Dia pulang ke rumah semalam, so, dia datang dari rumah dengan menaiki kereta. Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya, seorang demi seorang hadir. Yang pasti tidak hadir ialah Anis (teman cousin dia pergi shopping), Cipak (balik rumah untuk sambut birthday ayah dia) dan Joash (aku tak tahu kenapa dia tak datang, maybe balik Ipoh kot). WanG dan Duwe tiba-tiba hilang dari pandangan kerana mereka pergi memulangkan kereta kepada pak cik kesayangan WanG. Hehehe..
Keadaan atmosfera di McD agak panas kerana air-cond rosak. Nasib baik di bahagian atas kurang sedikit panas berbanding di tingkat bawah, Kami semua mengambil giliran untuk membeli makanan. Aku membeli set McChicken untuk dinikmati. Aku amat kecewa sedikit kerana keadaan kesihatanku pada masa ini kurang memuaskan kerana diserang selesema malam tadi.
Fairuz dan Aleen sudah merancang sejenis permainan kepada kami iaitu 'uncang beracun' (biasanya kotak beracun). Agak meriah dan havoc juga permainan ini kerana siapa yang terkena dikehendaki menjawab soalan yang disediakan seperti:
- Siapa lecturer yang paling digemari /kurang digemari
- Siapa yang paling fashionable di dalam 7M6
- Siapa yang paling malas dalam 7M6
dan macam-macam soalan pedas lagi..
Izzy yang tiba lambat pula memberikan kami semua biskut cloud 9 sebelum dia berangkat pulang kerana dia ada hal lain. Mije juga sampai agak lambat iaitu semasa kami semua sedang bermain uncang beracun dengan menggunakan muzik dari handphone Aleen.
Selepas bermain buat seketika, aku segera membuka kek yang dibeli tadi. Aleen dan Nabila ditugaskan untuk mengambil mangkuk dan sudu dari kaunter bawah. Kami juga beberapa kami mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Setelah kek dipotong dan diagihkan, kami semua makan dengan gembira. Tetapi, semasa sedang menikmati kek Chocolate Chip Walnut tersebut, tiba-tiba kami teringat bahawa kami belum lagi menyanyikan lagu Happy Birthday kepada yang berkenaan, Takpelah, dah terlupa, nak buat macam mana..
Para penyambut hari jadi juga menerima pelbagai jenis hadiah daripada rakan-rakan. Jah memberikan kismis doa kepada setiap yang hadir manakala Azleen dan Fairuz memberikan lollipop yang dibaluti sapu tangan kepada semua. Tujuan sapu tangan tersebut diberikan ialah untuk mengumpulkan autograf daripada rakan-rakan yang hadir. Berpusu-pusu kami menandatangani semua sapu tangan yang diberikan. Terasa macam artis pula. Hehehe..
Selepas itu, kami mengambil gambar beramai di depan playground. Aku, WanG dan Fairuz juga sempat bergambar bersama Elaine. Selepas semua sudah selesai, kami semua pulang ke kolej dengan rasa gembira. Setibanya di kolej, aku terus membaringkan diri di atas katil kerana tidak tahan dengan keadaan diriku yang selesema. Pada malam itu, barulah aku membuka hadiah yang aku perolehi semasa sambutan petang tadi.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga di atas hadiah yang diberikan. Korang semua memang best dan aku akan ingat korang semua sampai bila-bila. Lagipun, kita semua akan bertemu kembali di IMU kelak. InsyaAllah..
Good Luck kepada semua rakan-rakan sempena peperiksaan A Level yang mendatang. Semoga kita semua dapat menjawab semua soalan dengan mudah tanpa sebarang kesukaran. All the best!
0 comments:
Post a Comment