Aku pergi dengan menaiki teksi yang diambil di depan ESSO Seksyen 18 bersama dengan Badd dan juga Azery. Pada mulanya, Wang, Duwe dan Mije ingin mengikuti kami, tapi oleh sebab kami lambat bersiap, mereka pergi dahulu dengan menaiki bas mini. Setibanya di SACC, kami terserempak dengan Jah, Mirah dan B yang ingin ke Plaza Alam Sentral sebentar untuk membeli kek.
Kami berjalan2 dahulu di Giodarno kerana Azery ingin menyurvey harga seluar hitam di situ. Tiba2, WanG dan yang lain2 bertembung dengan kami di situ. Di Pizza Hut, kelihatan Anis dan Cipak dengan berbual2 mesra. Kami mengambil tempat masing2 dan menunggu Jah & the geng tiba. Budak2 laki memesan set untuk 6 orang serta tambahan 1 piza besar. Maklumlah, kami semua lapar setelah penat memerah otak untuk bio petang tadi. Budak2 perempuan pula sudah memesan makanan mereka sebelum kami tiba. Tidak ramai sangat yang hadir, cuma Jah, B, Mirah, Anis Cipak, aku, Badd, Azery, WanG, Duwe dan Mije. Cuma 11 orang sahaja yang hadir. Aleen tidak dapat hadir kerana ibu bapanya datang ke sini manakala yang lain tidak tahu kenapa. Mungkin nak study lebih kot.. Sodox pula pada mulanya ingin turut serta, tetapi tengok2 dia tak jadi pergi pula. Ada hal la tu..
Kami semua menjamu selera dengan bersemangat sekali. Walaupun makanan perempuan sampai dahulu, tetapi makanan lelaki habis dahulu. Budak perempuan siap offer lagi piza diorang yang tak habis. WanG dan Azery berlumba2 siapa yang makan lebih banyak. Duwe pula malu2 untuk menambah makanan walaupun dia sebenarnya ingin makan lagi. Mija seperti biasa, diam sahaja.
Agak bising juga la kami pada malam itu, dengan lawaknya, dengan ketawanya dan dengan riuh-rendahnya. Akhirnya, Jah membuka kek birthdaynya yang dibeli dari Bee's Bakery. Kek Blueberry yang tertulis Eidil Milad Khadijah yang bermaksud Selamat Hari Jadi Khadijah.. Walaupun kekenyangan yang teramat sangat, kami makan juga kek tersebut. Azery dan Duwe menghabiskan lebihan kek terbabit kerana kami malas untuk membawanya pulang ke kolej. Aku dan WanG memberi hadiah kepada Jah..
Pada jam 10 lebih2 sedikit, kami pun berangkat pulang kerana pintu Pizza Hut sudahpun diturunkan separuh. Budak2 perempuan pulang dengan menaiki Avanza 'pak cik' kesayangan WanG manakala kami pergi ke PKNS untuk menunggu bas. Lama juga kami tunggu.. Agak seronok sambutan tadi, segala kesusahan yang dikecapi semasa exam dapat dilupakan begitu sahaja.
Setibanya di kolej, kami singgah di bilik Jiji untuk mengambil cerita2 yang best tetapi malangnya, Jiji tiada di bilik. Kami pun segera pulang ke bilik masing2..
Malam yang indah.. Memang rasa gembira sangat...
0 comments:
Post a Comment