Saturday, June 21, 2008

Graduation + ALM Dinner

Majlis Graduasi

Pada hari Jumaat lalu, iaitu sehari selepas tamat paper terakhir A-Level iaitu Chemistry Unit 6B (Synoptic), kami semua menghadiri majlis graduasi di Dewan Besar INTEC. Kami pergi dengan menaiki kereta Badd kerana kami semua perlu tiba di sana pada jam 7.30. Aku agak tergesa2 pada pagi tersebut kerana terbangun agak lewat.

Selepas ketibaan VVIP, doa dibaca serta lagu Negaraku dinyanyikan. Selepas itu, Dr Bib memberikan ucapannya yang terbahagi kepada 5 bahagian. Taklah panjang sangat ucapan Dr Bib dan semua kata-katanya memang bermakna. Majlis penyerahan sijil dimulakan dengan pelajar ACTP diikuti dengan ADFP (junior). Selepas itu, Alot memberikan ucapan sebagai valedictorian program ATU. Kami semua agak jeles dengan ucapannya yang berbunyi "See you guys in New York during New Year Eve".. Mereka semua akan ke US untuk menyambung pengajian mereka. Selepas ucapan selesai, giliran pelajar ALM pula menerima sijil. Aku, Badd dan Azery antara orang yang terawal kerana kami duduk di barisan keempat. Apabila nama Azery disebut, para hadirin menjerit2.. Malu Azery dibuatnya.. Tetapi, aku dan Badd juga kena jerit sampaikan Dr Bib berkata kepada aku "You've got a lot of friends down there". Ye je, aku bukannya ada ramai kawan pun..

Setelah selesai majlis graduasi iaitu pada jam 10.20 (2 jam lebih awal daripada dijangka), kami semua diminta untuk tunggu sehingga lunch disediakan. Sementara itu, kami mengambil gambar kenangan terakhir di INTEC bersama2 rakan2 dan lecturer. Memang agak sayu keadaan pada ketika itu. Pelajar2 memang sibuk mengambil gambar masing2, di dalam dewan mahupun di luar dewan.

budak2 sengal

ex-MRSM Beseri

classmates

geng lahar

Kami singgah di bilik Pn Lin dan Pn Mimi untuk bertemu mereka buat kali terakhir. Ida dan Bella juga sudah ada di situ. Kami juga mengambil beberapa keping gambar bersama mereka. Pn Lin memberikan kami cenderamata. Memang rajin Pn Lin ni..

Pn Lin, Miss Rahmah, Miss Shuhada

Pn Mimi

ALM Annual Grand Dinner

Kami tiba di Hotel Grand Blue Wave agak lewat kerana menunggu para wanita untuk bersiap. Majlis sepatutnya bermula pada jam 8 malam tetapi kami tiba 40 minit kemudian. Badd membawa Ida dan Bella manakala aku membawa Azery, Anis dan Cipak. Selepas menghantar Ida dab Bella, Badd segera ke Bukit Raja untuk berjumpa dengan rakannya. Aku pula meletakkan kereta di besmen dan segera naik ke lobi. Alangkah malangnya kami kerana tidak mendapat refund RM10 kerana terlewat tiba. Takpelah, aku menyalahkan budak2 perempuan kerana kelewatan mereka.

Semasa aku, Azery, Anis dan Cipak melangkah masuk, sesi ucapan sedang berlangsung. Ida, Bella dan Najwa sudah ada di meja no 8. Kami pun segera duduk dan berbual2 mesra. Taklah ramai sangat yang datang, cuma ada beberapa belas meja je. Antara tetamu yang hadir ialah Dr Bib, Pn Rita, Pn Liza, Pn Ziana, Dr Yamin dan Pn Lim. Aku sempat menjeling2 keadaan sekitar untuk melihat2 siapa yang hadir pada malam itu. WanG memakai baju melayu oren, Duwe pakai apa ntah dan mereka duduk di meja Sodox, Mel, Awi, AreA, Achik dan beberapa orang lagi. Pelajar2 perempuan memang melaram sakan la pada malam itu.

Anis yang pakai contact lens warna purple (tak nampak sangat dalam gambar ni)

K dan girlfriendnya iaitu Mira datang duduk menyertai meja kami kerana meja kami terdapt beberapa kekosongan. Beberapa cabutan bertuah dijalankan (aku memang tidak pernah bertuah). Terdapat juga persembahan band daripada junior AUSMAT dan juga tarian daripada pelajar. Haleem juga tidak ketinggalan menyanyikan beberapa buah lagu. Elia kelihatan cantik pada malam itu dengan memakai pakaian serba putih.

Elia Mazni yang menawan

Aufa Dahlia yang elegan

Hidangan pertama pada malam itu ialah sup yang sedap. Kami terpaksa makan dengan cepat kerana para pelayan di situ akan mengambil mangkuk sup tersebut walaupun kami belum habis makan. Kemudian, ayam blackpepper yang masin dihidangkan disusuli dengan ikan kerapu sweet & sour. Selepas itu, udang masak apa ntah, sayur dengan cendawan serta nasi goreng nanas yang pelik rasanya. Akhir sekali, kami dihidang dengan air laici dan juga sejenis penkek.
Banyak juga kami bergambar pada malam itu. Dengan rakan2, dengan lecturer dan dengan sesama sendiri. Setelah lama bergambar, kami pun pulang ke kolej.

classmates perempuan (budak2 laki dah bersepah)

Pn Liza yang comel

Pn Ziana (tengok mata Anis, purple btol)

berposing di tangga sebelum balik

Agak kenyang la makanan pada malam tu, tetapi agak leceh kerana pinggan yang diberi sangat kecil dan udang pula sukar untuk dibuang kulinya. Puas hati juga la dengan makanan pada malam itu.. Aku berharap agar dapat bertemu dengan rakan2ku lagi pada masa hadapan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited