Showing posts with label korean food. Show all posts
Showing posts with label korean food. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

The Street Cafe @SS15 again~

Yuhuuuuu~

We're back again in The Street Cafe but this time we brought Sipot along. As she is a Korean drama lover, we definitely need to give her the best quality Korean food so that she can fefeeling Korean. Hahaha..

Located at the hectic SS15, this cafe is not difficult to find. Just use Waze or Google Map to reach here. Aside from food, this cafe also sell K-Pop merchandise such as plastic file and socks. I asked Sipot to buy the socks but she said she already have them. Omoooooo.. memang truly K-Pop fanatic.

So this time, we tried these. Enjoy the picture ya~

the lahar three

ramyun

jajangmyeon

tteobokki

lunch box

korean ais kacang
As usual, the food are tiptop in taste and quality. Very authentic and original. Very yummylicious. Will always come back for more Korean food.

Anyeongggg!~

Thursday, September 4, 2014

K-Street Korean Street Food @Sunway Pyramid

Annyeong haseyo~

Tetiba feeling K-pop pulak kan. Ok la, hari tu jalan2 kat Sunway Pyramid dengan kawan2 sementara menunggu flight je Johor Bahru. Ada masa dalam 3-4 jam lagi untuk lepak2, so kitorang pergi pyramid jela. Lagipun tak jauh dengan Subang Airport.

Oleh sebab tak target untuk shopping, maka kitorang pun pergi jalan2 cari makan je. Lalu Asian Avenue dekat dengan ice rink tu, lalu ternampak restoran makanan Korea. Apa lagi, singgah la kan tanpa fikir 2 kali. Mula2 makan takoyaki kat kedai sebelah, then baru makan korean food.

K-Street Korean Street Food nama kedainya. Rasanya ni cawangan Street Cafe kat SS15 tu, sebab buku menu dia exactly sama. Oleh sebab datang bukan untuk melantak, just untuk tea time je, maka ini sahajalah yang kami sempat cuba.

2% peach juice & green sour plum drink. Sedap!

Tteobokki

Rice cakes in sweet and spicy gravy served with fried boneless chicken. Highly recommended!

Kimbap

Rice wrapped in seaweed with egg and vegie filling. Glaze with soy sauce. Enak!

Hari tu dah ada entry pasal Street Cafe kat Subang tu, so kalau nak tengok menu lain boleh la visit entri itu.

Happy eating~

Wednesday, April 9, 2014

The Street Cafe @SS15

Assalamualaikum & Hello guys~

Annyeong haseyo. Tu diaaa, tetiba speaking Hangul. Ini adalah sebab entri kali ini berkaitan dengan Korea. Buat kali ketiga, aku menjejakkan kaki ke restoran makanan Korea ini yang terletak di Subang Jaya SS15. The Street Cafe namanya. Restoran ini diperkenalkan kepada aku oleh Emie. Rasanya tiga2 kali aku pergi dengan Emie. Hahaha.. Klik di sini untuk melihat menu di website. Selain di SS15, The Street Cafe juga ada cawangan di Sunway Pyramid.

So, apa yang best di sini? Masakan Korea kat sini memang best, rasanya semua makanan popular yang dilihat dalam drama2 Korea boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan. Contohnya deobokki, ramen, bibimbap dan kimchi. Ayuh, apa ditunggu lagi mari kita order..

Oleh sebab dulu dah cuba deobokki, maka kali ni aku simpan perut untuk ramen dan kimbap pula. Emie pula mencuba lunch box seperti biasa. BBQ Chicken lunch box. Aku pula cuba On Fire ramen. Memang on fire gila, pedas zas zas. Kimchi pulak aku cuit2 beberapa keping je sebab takdela minat sangat dengan kimchi. Dessert paling best ialah Korean Ais Kacang. Sedap gila, ada jelly letup2. Ada dua saiz iaitu kecil dan besar. Yang besar boleh 4 hingga 6 orang makan. Kali ni aku tak tamak, so order yang kecil saja.

Korean Ais Kacang - kacang merah, bebola tembikai, jelly letup2 dan ais kisar yang sedap lagi menyedapkan..

On Fire ramen. Pedas dan berbisa. Tapi apsal banyak sangat taugeh??? Sikit2 sudeh..

BBQ Chicken lunch box - all time favourite

Makanan kami

Kimbap - panjang dan mengenyangkan


Bagi aku, dari segi rasa memang sedap. Menepati cita rasa peminat makanan Korea macam aku. Tapi kalau orang tak minat Korean food mungkin akan rasa pelik kot. 

Selain itu, terdapat beberapa barangan Kpop dijual di sini. Contohnya fail plastik RM12 yang ada gambar selebriti Kpop seperti Super Junior, Girls' Generation dan lain2.

Masa checkout, boleh la kebas sikit gula2 Hello Kitty di kaunter pembayaran. Hahaha.. *tabiat buruk sangat*. Kalau spend RM50 ke atas boleh dapatkan cop. Setiap beberapa cop nanti boleh dapat free food or offer2 yang sewajarnya.

Sampai jumpa.. Cheers~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited