Wednesday, April 9, 2014

The Street Cafe @SS15

Assalamualaikum & Hello guys~

Annyeong haseyo. Tu diaaa, tetiba speaking Hangul. Ini adalah sebab entri kali ini berkaitan dengan Korea. Buat kali ketiga, aku menjejakkan kaki ke restoran makanan Korea ini yang terletak di Subang Jaya SS15. The Street Cafe namanya. Restoran ini diperkenalkan kepada aku oleh Emie. Rasanya tiga2 kali aku pergi dengan Emie. Hahaha.. Klik di sini untuk melihat menu di website. Selain di SS15, The Street Cafe juga ada cawangan di Sunway Pyramid.

So, apa yang best di sini? Masakan Korea kat sini memang best, rasanya semua makanan popular yang dilihat dalam drama2 Korea boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan. Contohnya deobokki, ramen, bibimbap dan kimchi. Ayuh, apa ditunggu lagi mari kita order..

Oleh sebab dulu dah cuba deobokki, maka kali ni aku simpan perut untuk ramen dan kimbap pula. Emie pula mencuba lunch box seperti biasa. BBQ Chicken lunch box. Aku pula cuba On Fire ramen. Memang on fire gila, pedas zas zas. Kimchi pulak aku cuit2 beberapa keping je sebab takdela minat sangat dengan kimchi. Dessert paling best ialah Korean Ais Kacang. Sedap gila, ada jelly letup2. Ada dua saiz iaitu kecil dan besar. Yang besar boleh 4 hingga 6 orang makan. Kali ni aku tak tamak, so order yang kecil saja.

Korean Ais Kacang - kacang merah, bebola tembikai, jelly letup2 dan ais kisar yang sedap lagi menyedapkan..

On Fire ramen. Pedas dan berbisa. Tapi apsal banyak sangat taugeh??? Sikit2 sudeh..

BBQ Chicken lunch box - all time favourite

Makanan kami

Kimbap - panjang dan mengenyangkan


Bagi aku, dari segi rasa memang sedap. Menepati cita rasa peminat makanan Korea macam aku. Tapi kalau orang tak minat Korean food mungkin akan rasa pelik kot. 

Selain itu, terdapat beberapa barangan Kpop dijual di sini. Contohnya fail plastik RM12 yang ada gambar selebriti Kpop seperti Super Junior, Girls' Generation dan lain2.

Masa checkout, boleh la kebas sikit gula2 Hello Kitty di kaunter pembayaran. Hahaha.. *tabiat buruk sangat*. Kalau spend RM50 ke atas boleh dapatkan cop. Setiap beberapa cop nanti boleh dapat free food or offer2 yang sewajarnya.

Sampai jumpa.. Cheers~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited