Yuhuuuu..
I'm back with food post. Kali ini, ke Puchong lah pula ye. Selepas melantak di The Street Cafe yang terletak di Subang, kami ke Kuala Lumpur sebab ada urusan. Pada petang itu, kami ke Puchong pula untuk bertemu dengan seorang rakan.
Kali ni, kami mencari spot untuk dinner dan juga mencari kedai yang menghidangkan kek sebab nak sambut belated birthday kawan kami yang seorang ini. Maka, Emie pun mencadangkan untuk makan di Little Pantry yang terletak di Ground Floor.
Pada mulanya, kami tanya dahulu hari ni ada kek apa, then pekerja tu jawab kek sebelah petang sedang dibuat dan akan siap dalam masa 10 hingga 15 minit. Kami pun ok je lalu masuk ke restoran berkenaan. Menu di sini agak pelbagai, ada yang local dan western. Jika nak buat birthday party pun di sini menyediakan bilik khas.
Emie order nasi lemak goreng, Fadh dengan nasi bojari manakala aku cuba mushroom stuffed chicken. Menarik juga menu2 di sini tetapi harga agak up la. Tengok harga lamb shank RM48 memang tak la. Baik aku pergi Chilis kan. Makanan di sini memang sedap. Terdapat juga set makanan yang dihidangkan bersama soup of the day dan bottomless drink. Hari ini, sup yang dihidangkan ialah French onion soup. Budak2 ni semua tak minat, maka aku habiskan semangkuk. Emie memang tak la makan bawang2 ni. Haha. Fadh pula hirup sikit2 je.
French onion soup and sea coconut & longan sparkling.. tapi tak sparkling pun.. onion soup? we were expecting mushroom or chicken soup.. |
Nasi bojari.. lebih kurang macam Madam Kwan's je.. Tengok tu ayam dia banyakkkk |
Nasi lemak yang digoreng.. Unique much? |
Mushroom stuffed chicken breast.. |
Cake of the evening.. |
Sedang enak kami menjamu selera, seorang pekerja datang dengan membawa sample kek untuk hari ni. Chocolate and milky cake. Ok la, kami pun ambil 3 slices. Alhamdulillah nasib baik sedap, cuma keknya agak warm sebab baru siap masak. Biasa makan kek yang dah sejuk kan.
Diorang semua ni memang perut kecik. Tadi Emie dah sumbat aku dengan semangkuk sup, lepas tu Fadh pula tolak ayam dia dan juga kek yang tak larat dihabiskan. Ok fine, demi tidak mahu membazir, aku habiskan juga. Punca utama kegebuan aku lately ialah menghabiskan makanan orang termasuklah jika keluar makan2 dengan family. Haha..
Ok itu sahaja update makan2 kali ini. Sampai jumpa~
0 comments:
Post a Comment