Iftar ni dah lama dah dulu.. Tapi baru teringat nak blogging sebab busy nak exam.. Tadi exam pun agak susah dan mencabar segala organ badan ni.. Seriauuu~
Ini merupakan iftar pertama kami di luar selain daripada Central Mosque and Sumsa. Bila dah dijemput oleh Alip and the gang, rasa excited pulak. Iftar ini berlangsung di rumah ustaz Asyraf di belakang library Strathclyde University. Jalan kaki 7 minit je dah sampai.
Sebelum bertolak, I dengan housemates prepare some dishes. Oleh sebab Alip kata dia nak masak nasi tomato, maka acar jelatah la companion dia kan. Alip prepare nasi & ayam masak merah, kami buat acar je. Senang je kot.
Resipi Acar Jelatah:
- timun
- lobak merah
- bawang besar
- nanas
- cili merah
- jus limau (menggantikan cuka)
- gula
- garam
1. Hiris sayur-sayuran menjadi batang mancis bersaiz gergasi. Bukan saiz batang mancis betul2, sebab kecil sangat.
2. Perah jus limau.
3. Tambah garam dan gula sebagai perisa.
Inilah hasilnya..
Mudah kan? Semudah ABC...
pemandangan tingkat 24.. memang indah..
Iftar bujang ni disertai oleh pelajar2 bujang di Strathclyde/Glasgow seperti tuan rumah sementara (Rahimi, Alip, Faiz), Joe, H3 (Wanji, Duwe & I) dan Iqmal and the gang. So 10 orang camtulah..
Mula2, berbuka dengan kurma, donat dan air kosong dulu. Lepas solat Maghrib secara berjemaah, baru berbuka dengan makanan berat. Maka makanlah kami dengan girangnya. Tapi tak tau lauk mana yang pedas, sebab lidah semua stok rasa pedas2.. Ayam merah tak pedas.. I rasa acar jelatah yang pedas, sebab bubuh hirisan cili. Pastu, ada sirap bandung.. Layannn beb!
Masa dah selesai makan, Iqmal dengan rajinnya ke dapur untuk menyediakan milkshake oreo.. Dia dengan Alip. Rajin sungguh. Sedap jugak milkshake diorang..
Chef Alip di dapur - terlalu hebat sampai terblender sudu sekali.. melayang2 serpihan sudu ke udara..
oreo milkshakes.. rasa secawan, nak lagi dua cawan..
Mr.Kipling.. Joe bawak.. Joe bawak macam2, donat lah.. turn over lah.. puff lah.. semua sedap! =)
Ok, ini saja cerita iftarku.. Dekat sini takde bazaar Ramadhan.. So takdelah gambar2 juadah yang dibeli dari bazaar..
Pasni nak tulis pasal iftar jam'i pulak, iaitu iftar besar-besaran anjuran Komuniti Malaysia Glasgow.
Alhamdulillah..
=)