Friday, May 2, 2008

-Party-for-Helmy-

Warning: This post is very long and you might get bored. This post also might contain a lot of spelling or grammatical error because I'm lazy to re-read it after I'm finished typing it. Even though this warning is in English, but this post was 99% written in Malay..

RABU - 30 APRIL 2008

Pre-Party

Selepas semua AJK Party pulang ke kolej dan lunch serta mendapatkan rehat yang secukupnya, para AJK party (aku, Badd, Helmy, Azery & Faiz) segera melaksanakan tugas masing-masing.

Proses pertama ialah menyusun perabot di bilik Helmy dan mengimport 2 buah sofa dari bilik aku. Proses ini bermula pada jam 2.15 petang. Kami memasukkan 2 meja study ke bilik Helmy dan Faiz dan lagi 2 dibiarkan di ruang tamu sebagai meja makanan. Rak di bilik dibawa keluar sebagai meja minuman. Selain itu, proses menyapu lantai juga dilaksanakan oleh aku dan Helmy dan juga Faiz. Azery dan Badd pula menyusun buku dan surat khabar lama. Bayangan Tee Tat tidak muncul-muncul kerana dia ada sedikit hal (sebenarnya kami pun tak tahu dia pergi mana).

AJK menyusun perabot

Wahh! Kami tersepit di celah-celah meja

Pada jam 4 petang, aku, Helmy dan Badd menuju ke Giant Seksyen 18 untuk membeli bahan-bahan yang perlu dimasak. Cuaca yang tiba-tiba mendung membuatkan kami berjalan agak laju ke Giant. Setibanya di Giant, aku dan Badd mengambil bakul dan mula mencari barang-barang yang diperlukan seperti nugget, sausage/cocktail, roti, dan juga lidi pencucuk makanan. Kami agak goyah kerana tidak tahu memilih barangan yang mana lebih sedap dan berpatutan harganya. Kami juga beberapa kali bermain alat pemeriksa harga yang ada di situ. Akhirnya, kami membeli 4 paket nugget, 2 paket cocktail (sausage kecil), 4 buku roti dan sebungkus lidi pencucuk. Semasa dalam perjalanan pulang ke kolej, azan Asar mulai berkumandang, Kami pun berjalan dengan lebih pantas kerana takut bertembung dengan budak-budak surau, Maklumlah, party kami ini adalah rahsia dan kami tidak menjemput ramai tetamu.

Pada jam 5 petang, aku dan Badd mula memecahkan (mengupas kulit) 30 biji telur yang aku sudah rebus di rumah semalam. Semalam aku pulang sebentar ke rumah untuk merebus telur, mencari alas-alas meja dan alat-alat memasak yang diperlukan seperti sudip, sudu, garfu, dan lain-lain. Sementara aku dan Badd memecahkan telur, Faiz, Helmy dan Tee Tat ditugaskan untuk memotong kulit-kulit roti yang tidak diperlukan. Selepas itu, Badd menghancurkan telur-telur tersebut dengan menggunakan alat untuk memasak burger (tak tahu apa nama benda tu). Aku pula mencampurkan mayonis ke telur yang dihancurkan tadi dan menambah sedikit lada hitam. Azery pula menyapukan campuran telur tadi ke atas roti-roti yang sudah dipotong dan dibantu oleh Badd dengan menggunakan pisau rumah aku dan pisau Teoh.

mengupas kulit telur

aksi Tee Tat dan Faiz memotong roti

tukang sapu telur pada roti

Pada jam 6 petang, proses menggoreng dimulakan. Kami menggunakan 2 rice cooker kepunyaan Fadzil dan Teoh. Setelah minyak dipanaskan, aku mula mencampak beberapa keping nugget ke dalam periuk nasi tersebut. Badd pula agak kabur-kabur kerana tidak tahu dan tidak suka menggoreng nugget. Akhirnya Helmy datang menyelamatkan keadaan walaupun dia sendiri pun tidak tahu menggoreng nugget. Hish... Tapi tidak mengapa kerana dengan sedikit tunjuk ajar dari aku, Helmy dapat menggoreng nugget dengan cemerlang sekali. Semasa nugget sedang digoreng, aku memanaskan air di dalam heater Faiz untuk merebus cocktail yang dibeli tadi. Kami membeli 2 jenis cocktail iaitu salmon (warna pink) dan ayam (warna coklat). Memang agak penat kerana melakukan 2 kerja sekaligus tetapi aku mampu menguruskannya.

aksi Helmy menggoreng nugget

Setelah kesemua makanan siap dimasak, aku dan Helmy memulakan proses mencucuk nugget dan cocktail ke batang lidi yang dibeli tadi. Pada ketika ini, Faiz keluar bermain ping pong, Badd membaca surat khabar di bilik Helmy dan Azery tidur di katil Badd. Lupa pula nak beritahu, adegan memasak di atas berlaku di bilik aku kerana bilik Helmy sudah dikemas untuk party malam ini. Banyak juga makanan yang kami masak sehinggakan aku risau jika makanan tersebut tidak mampu dihabiskan oleh 20 orang jemputan. Helmy menutup makanan yang sudah siap dengan menggunakan plastik kerana bimbang kebersihan makanan akan terjejas akibat terdedah lama dengan udara.

Akhir sekali, kami menghias bilik Helmy dengan menggunakan alas-alas meja yang telah kubawa dari rumah seperti alas meja batik dan lain-lain lagi. Kami semua agak berpuas hati dengan persediaan kami ini. Kami mengunci pintu bilik Helmy kerana tidak mahu orang lain melihat keadaan bilik yang serba indah itu (walaupun terkantoi dengan Gembo kerana Badd terlupa mengunci pintu semasa ke bilik depan).

Suasana bilik selepas dihias

makanan yang dihidangkan

Setelah siap membersihkan diri dan juga mengejutkan Azery yang tidur walaupun azan Maghrib sudah berkumandang, kami berehat-rehat sebentar dan berasa teruja dengan keadaan party yang akan berlangsung malam ini. Final task kami ialah memasang lagu di laptop supaya keadaan party pada malam ini akan lebih bising dan meriah. Tiba-tiba satu masalah muncul iaitu speaker tidak boleh digunakan di laptop Azery dan akhirnya kami menggunakan laptop Toshiba Badd sebagai pengganti. Nasib baik boleh.. Hmm.. Pada jam 9 malam, aku dan Badd pergi mengambil tempahan kek dan biskut di Four Season manakala Helmy membeli ais di kafe Cemara. Dan sekarang, tibalah masa yang dinanti-nantikan dan perasaan cuak mula membayangi diri kami semua...


During Party


Tepat jam 9.45 malam, kedengaran bunyi "knock, knock, knock!" iaitu bunyi pintu diketuk (kami memang kunci pintu atas sebab-sebab keselamatan). Agak lambat juga aku membuka pintu kerana kami sibuk mengambil gambar set party kami. Apabila pintu dibuka, kelihatan Azam sedang mundar-mandir di laman depan. Aku pun menjemputnya masuk ke dalam. Selepas itu, pintu terus dibuka luas untuk menyambut kedatangan tetamu lain. Budak-budak blok 4 datang awal daripada Blok 8. Tetamu yang terakhir sekali datang ialah Ghul (masa party dah hampir tamat).

Antara tetamu yang awal

Aku akan menceritakan apa yang berlaku di sepanjang party hari jadi ini berlangsung. Suasana di bilik 8206 ini agak riuh-rendah apabila Are A, Achik dan Awi tiba. Memang riuh lebih-lebih lagi apabila Achik dan Awi memprotest WanG dan Zul yang tidak mematuhi dress code yang telah ditetapkan. WanG memakai shorts manakala Zul memakai kain pelikat. Helmy agak geram tetapi menyembunyikan kegeraman tersebut sehingga semua sudah selesai.

Sebelum ini, Helmy telah menghantar SMS kepada semua tetamu yang dijemput yang berbunyi:

"Hye. I'm informing u that u'll b 1 of my 18 HONOURABLE guests 4 2nyte. Jgn dtg pki boxer, shorts/sleeveless, its tOo sexy 4 me. Dtg tau, exactly 945, with the PRESENT."

Apabila semua tetamu sudah melabuhkan punggung masing-masing sama ada di atas sofa mahupun kerusi plastik, Helmy dipaksa memberikan ucapan sempena sambutan hari lahirnya. Helmy pada mulanya agak malu-malu dan segan akhirnya patuh dengan paksaan tersebut. Keadaan bilik pada masa ini agak sarat, mujur ada kipas yang dibekalkan oleh Azam. Kurang panas sedikit bilik tersebut.

Helmy memberi ucapan



Komen Helmy:

"I was speechless. That was the first time, in my life, I'm afraid of talking in front of the public, really!"

Walaupun begitu, bagi aku, komen Helmy ada sedikit unsur penipuan dan keraguan kerana Helmy yang merupakan pendebat tidak mungkin berasa takut untuk bercakap di depan orang ramai. Tidak mungkin...

Selepas ucapan yang serba ringkas itu selesai, Helmy menjemput Are A untuk membaca doa bagi memberkati majlis hari jadi Helmy ini. Party pun bermula tetapi muka masing-masing sedikit kecewa kerana kek bakal tiada (apa ni? majlis hari jadi tanpa kek?). Tetapi sebenarnya kewujudan kek telah sedikit terkantoi dengan WanG kerana dia secara tiba-tiba ternampak aku mengambil gambar kek di bilik aku (bilik depan). Apa lagi, aku pun menjerit dan menyuruhnya diam dan jangan beritahu sapa-sapa pasal kek ini. Aku juga menghalaunya pulang ke bilik depan. Pandai-pandai je..

AreA mengetuai bacaan doa

Makanan yang dihidangkan adalah seperti nugget, cocktail, sandwich telur, chocolate ball dan biskut. Semua tetamu kelihatan berselera menjamu selera dengan makanan yang disediakan. Lagu-lagu yang dipasang agak menghappeningkan suasana terutamanya lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian Mulan Jameela dan lagu Gantung oleh Melly Goeslaw yang agak digemari oleh Haleem.

Suasana ketika party berlangsung


Topik perbualan berkisarkan kepada bola, maklumlah malam ini Chelsea akan berentap dangan Liverpool (Yeke? Aku pun tak perasan diorang sembang-sembang pasal apa sebab aku amat letih dan kurang berselera semasa party kerana penat bekerja keras pada waktu petang untuk menyediakan keperluan bagi party ini).

Setelah kesemua tetamu kelihatan hampir-hampir mengosongkan pinggan mereka, aku dan Badd terus ke bilik hadapan untuk mengambil kek. Berlaku sedikit adegan mengambil gambar dengan kek di sini. Badd mengeluarkan lighter rahsia simpanannya untuk menyalakan 2 batang lilin besar yang menandakan Helmy bakal berumur 20 tahun. Lilin tersebut dicucuk di atas kek Blueberry kerana kek ini lebih besar berbanding Almond Chocolate (kami menyediakan 2 buah kek untuk tetamu kerana takut tidak cukup).

Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik Helmy dengan membawa kek yang sudah dicucuk lilin, lampu dan kipas dipadamkan supaya api lilin tidak terpadam dan menimbulkan suasana romantik di dalam bilik tersebut (duh!).. Para tetamu menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi" sebanyak 3 versi (3 ke? aku pun tak ingat). Helmy kelihatan terharu dan tersipu-sipu. Aku pula sibuk mengambil gambar sehinggakan gambar aku tidak langsung kelihatan semasa party. Huh! Tak adil!

Kek-kek hari jadi

semasa lagu dinyanyikan

Helmy mengagih-agihkan kek sambil dibantu oleh Awi

Komen Helmy lagi:

"This was absolutely one touching moment in ma life, eventhough ramai yang pitching lari sewaktu menyanyikan tetapi I can see their effort. Rasa macam nak menitiskan air mata!"

Tiupan pertama Helmy hampir-hampir tidak menjadi but the next blow saves him. Lampu dan kipas kembali dipasang dan tetamu mulai memakan kek yang dipotong oleh Helmy sambil dibantu oleh Awi. Kek Blueberry sangat laku tetapi kek Almond Chocolate juga boleh tahan lakunya. Helmy cuma makan anggur dan strawberry (aku pun tak tahu kenapa, tak mungkin Helmy berdiet sebab dia sudah terlampau kurus).

Semasa semua tetamu sibuk mengambil kek, tiba-tiba baju Are A terkena kek. Habis tercalit warna merah di bajunya. Tetapi aku tidak nampak siapa yang membuat kotoran tersebut. Selepas beberapa ketika, sebahagian tetamu ingin pulang kerana mereka ingin pergi menonton wayang cerita Ironman. Helmy pun memberikan mereka doorgift yang aku sudah siapkan beberapa hari lepas. Doorgift ini merupakan biskut yang dibungkus secara cantik supaya menjadi kenangan kepada tetamu yang hadir di samping kad Good Luck yang disisipkan bersama doorgift terbabit.

Setelah bersalam-salaman dengan tetamu yang ingin pulang (aku ngan Badd pun kena salam diorang, pelik), kami meneruskan program kami dengan memasang video Raja Lawak di laptop Badd. Kami semua menonton video Nabil kerana dia sahajalah yang paling best di dalam Raja Lawak, dengan lawak Salihanya. Suasana kembali happening kerana K dan Haleem gelak paling kuat. Tiba-tiba Ghul muncul lalu menghabiskan satu tupperware nugget. Aku dan Badd sebenarnya sudah sangat penat dan aku hampir tertidur di sofa semasa menonton Raja Lawak.

Setelah beberapa episod ditonton, para tetamu mulai bersurai dan membawa pulang beberapa makanan sebagai bekalan kepada housemate tersayang. Bagus juga, dapat mengurangkan pembaziran. Aku sangat risau jika makanan tidak dapat dihabiskan. Ramai juga yang offer untuk mengemas tetapi Helmy menolak. Biarlah kami sahaja yang mengemas apa yang kami mulakan.


Post-Party

muka-muka letih selepas party (gembira je muka)

Pada mulanya kami ingin membuat post mortem tetapi malas kerana semua sudah penat. Aku mula mengemas dengan membuang pinggan-pinggan yang sudah digunakan dan sisa-sisa makanan serta mencabut alas-alas meja. Apabila selesai, Helmy pun membuka hadiah yang dia dapat.

hadiah yang Helmy dapat

Berikut adalah hadiah hari jadi yang Helmy perolehi:

1. Beg kasut
Komen Helmy : "Ok, macam tau-tau je aku ni xde beg kasut. Main badminton pun pakai beg plastik SEED je!"

2. Jam berbentuk Apple.
Komen Helmy : "Unik benda ni! Hehe, ada space untuk letak gambar pula tu. Boleh aku letak gambar balak aku. Oopss...."

3. Sarung Tisu
Komen Helmy : "Nice & sweet man!"

4. Patung Chip & Dale (salah satu je, bukan dua-dua)
Komen Helmy : "Comel gila. Tapi apsal Tee Tat tak beli patung warna pink? That's ma favourite colour meh!"

5. Notebook (buku nota, bukan laptop ye)
Komen Helmy : "Ooo, ok. Kat IMU nanti aku utilise buku ni sepenuhnya"

6. dan hadiah yang paling membuatkan Helmy terharu ialah hadiah daripada Akmal & Faiz. Diorang letak benda tu dalam kotak Appeton Weight Gain. Mati-mati Helmy ingat pil gemok (sebab berat dia yang terkini ialah 46.5 kg je). Tapi jam tangan. Then, an own-made wishing card yang dibuat oleh Faiz pada last minute membuatkan Helmy terkelu terdiam seribu bahasa seketika. Kad itu Faiz buat pada jam 8 malam 30 April, pastu doa pergi bilik Akmal untuk dapatkan signature.
Komen Helmy pasal kad tu : "Tak sangka tau dapat kad ni. Frankly speaking, kad ni memanglah tak berapa lawa, maklumlah pemberian dari orang lelaki. Buat time Helmy nampak pula tu. Sorry.. Paling funny ialah advice dari Akmal dan Fadzil punya ayat pasal orang Pahang. Hidup UMNO! Oops, marah kang orang PAS (Awi. Zul, Faiz etc). Kata-kata Awi juga membuatkan Helmy terharu walaupun hanya sekadar ucapan ringkas dan biasa. Paling terharu, wording dari Faiz but your English is grammatically incorrect. Hehe, nevermind..

(penulis tiada niat untuk membincangkan isu-isu politik, tetapi diarahkan oleh Helmy dalam outlinenya)


Kata-kata khas daripada Helmy sebagai birthday boy:

Thanks a lot for coming. But unluckily, I can't afford to invite everyone. Aku nak sangat ajak orang lain seperti Chika, Sakok, Radzi, Apal, Marwan, Amin and Sodox datang. Tapi, I've no concrete reason to invite them. Yes, everybody is my friend, tapi memikirkan bajet yang sedikit, I just specify this celebration to my roomate, classmate and some selected people.

I'm too, testing all my guests. I urged them to bring some presents and abide by the dress code. It's actually not a MUST and it's up to you then either to do it or not. If they do, WELL DONE and if they don't, WELL DONE juga. Sebab kehadiran korang sebenarnya satu hadiah bagi aku. Lagipun, dengan member-member pun takkan nak berkira, especially kalau DVD tu DVD PIRATE, haha, AreA, Iwa & Badd je yang faham ayat ini.

Lastly, I wish everyone of you to do the best in A Level. Bagi yang nak ke India dan Ireland tu, don't forget me and keep in touch ye. Sayang korang semua.


Kata-kata daripada penulis blog ni:

Panjang gila outline kau ni Helmy! Penat tau aku taip. Dah la banyak berkisar tentang kau, kalau pasal aku takpe la jugak. Penat~
Ko kena belanja aku lepas ni.. Dah la amek biskut Blueberry aku, mentang-mentang aku kat rumah semasa menaip blog ni.. =p

Apa-apa pun, party Helmy ini agak best, meriah dan menjadi. Sebenarnya, pada beberapa bulan lepas aku dan Helmy merancang untuk membuat party bersama-sama di Cemara. Tetapi oleh sebab bilik mungkin tidak muat untuk menampung kesemua rakan kami, aku pun mengundur diri dan membenarkan Helmy menyambut hari jadinya secara berseorangan tetapi tetap dibantu oleh aku dan lain-lain. Aku tidak kisah.. Apabila Helmy gembira, kami semua turut tumpang gembira.

specially made for each guest

"One Sweet Day"

4 comments:

Anonymous said...

ralat:wanji tidak memakia short seperti yang ditulis.beliau memakai 3 quarter.huhu~

Anonymous said...

aku x smpt rse kek tu pn hr tuh...
sdeyh syalll.....

Anonymous... (bkn duwe)

Hazwan Samian said...

eh, same je.. short ngn 3 quarter - uda2 tidak menepati piawaian pemakaian ke party.. hehehe..
sape suro x mkn kek tu.. pdn muke.. haha..
=)

Anonymous said...

wuuuuu~
nak bear comey aaar~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited