Saturday, December 1, 2007

Attachment ke?

Pada hari Isnin (26 Nov 2007) iaitu pd hari aku pulang dari Perth, aku telah menetap di rumah rakan karibku, Badd selama beberapa hari (4 hari kot). Tujuannya adalah utk menghadiri attachment di Hospital Serdang yg dijadualkan bermula pd 26 Nov dan tamat pd 29 Nov. Aku tiba di rumah Badd pd jam lebih kurang 8 malam. Aku disambut oleh Badd dan Apal di hadapan Secret Recipe di Jusco Taman Equine (dkt je dgn rumah Badd). Attachment seangkatan aku disertai oleh geng2ku dari 7M8 (Badd, Apal, Mary, Senah, Pah, Mimi) dan juga Yah (7M berapa ntah, tapi sama kelas dgn Haleem).

Attachment aku bermula pd hari Selasa walaupun aku sepatutnya mula pd hari Isnin (apa boleh buat, baru smpai Malaysia hari Isnin). Menurut kata Badd dan Mary, attachmentp pd hari Isnin adalah sgt bosan bagaikan tidak dilayan (mmg x dilayan pun). Tetapi, aku tetap pergi ke hospital pada hari Selasa dengan menaiki kereta Apal. Pada hari ini, kami dibawa ke Jabatan Ortopedik (pasal tulang2) dan dibawa berjumpa Mr Basir iaitu Ketua Jabatan Ortopedik. Kami telah di'sound' oleh doktor berkenaan kerana tidak berpakaian formal. Aku sebenarnya mmg sudah membawa pakaian formal di rumah Badd, tetapi Badd dan Apal yg kecewa dengan hari semalam tidak mahu lagi berpakaian formal kerana tidak dilayan. Mr Basir memperkenalkan kami dengan sister iaitu ketua misi di jabatan ini.



Sister berkenaan juga telah menegur pakaian kami (kasut Converse aku yg cantik dikatakan kasut jogging!, selipar bunga2 Yah pun ditegurnya, Badd pny jeans pn kne tegur, Yah main pusing2 rambut pun kena tegur! Hahaha). Mmg lahar sungguh sister berkenaan. Katanya, kami seperti mahu berjalan2 atau pergi bershopping (mmg betul pun). Sister membawa kami melawat sekitar Wad Ortopedik berkenaan. Kami ditunjukkan dengan Bilik Utiliti (bilik persediaan ubat), bilik dressing dan juga Bilik Plaster. Selepas mengajukan beberapa soalan bernas kepada sister berkenaan, kami dibenarkan utk melawat dan bersembang2 dengan pesakit di wad berkenaan (eiw!). Kami telah mencabutkan diri kami lebih awal daripada yang ditetapkan. Semua bagaikan tidak mahu bersembang2 dgn pesakit2 di situ kerana dikhuatiri mengganggu privasi mereka (Hehehe, alasan semata2).

Pada hari Rabu, kami pergi juga ke hospital pada waktu pagi dgn tujuan memulangkan nametag. Aku, Badd dan Apal bersarapan di kafe Fakulti Perubatan UPM. Aku tak dapat nametag pun sbb dtg lambat dan nametag pun sudah habis. Kami berbincang tentang destinasi kami yang seterusnya. Setelah berbincang, kami semua pulang ke rumah Badd (termasuk pompuan2 pun) utk menyalin pakaian untuk melahar di tempat lain. Aku juga berpeluang menaiki jejantas yang menghubungkan Hospital Serdang dan juga Fakulti Perubatan UPM.

selepas berbincang

makan coklat Spiderman dalam kereta


Kesimpulannya, attachment yang diharapkan dapat memberi seribu satu pengalaman rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Pengalaman tidak dilayan membuatkan kami berasa malas utk membuat attachment lagi. Walaupun begitu, pengalaman di Wad Ortopedik juga agak berharga kerana itu merupakan satu2nya jabatan yang melayan kerenah kami. Terima kasih diucapkan kepada Mr Basir, sister dan kakitangan wad Ortopedik =)

3 comments:

Anonymous said...

wa attachment tu pe bnde??? cm praktikal ke??

Hazwan Samian said...

lebih kurang cm praktikal, cuma ktrg tgk2 je.. x wt pape pn..

Anonymous said...

oooooohhhh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited