Umrah ni sebenarnya wajib dikerjakan sekurang2nya sekali dalam seumur hidup. Walaupun I dah beberapa kali jugalah pergi menunaikan ibadah umrah di Makkah, tetapi pada setiap kali lawatan, pengalaman yg diperoleh berbeza2..
Madinah al-MunawarahSeperti kebiasaanya, jemaah akan dibawa bermalam ke Madinah dulu selama 3 hari untuk mengunjungi dan beribadah di masjid nabi iaitu Masjid Nabawi.
bersama Masjid Nabawi Cuaca sgt panas dalam lingkungan 45-52 darjah Celsius. Malam2 juga agak panas dan bahang. Jalan kaki ke masjid tak sah kalau tak berpeluh. Tapi alhamdulillah, Masjid Nabawi is fully air-conditioned. Solat 5 waktu plus Terawih wajib ditunaikan di masjid kerana pahalanya adalah 1000 kali ganda lebih dari masjid2 biasa. So, I tak nak lepaskan peluang untuk mengumpul pahala untuk beribadat kepada Allah swt.
Antara tempat yg kami lawati ialah Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Makan Penghulu Syuhada, Medan Peperangan Khandaq serta shopping2 di pasar kurma.
Masjid Quba'
Masjid Qiblatain Jabal Uhud
Makam Syuhada' Uhud (termasuk Saidina Hamzah) Shopping kurma ladang kurma
sebelum bertolak ke Makkah Makkah al-MukaramahCuaca di kota suci Makkah juga lebih kurang dgn Madinah cuma malamnya agak kurang panas berbanding Madinah.
Pada hari pertama tiba di Makkah, kami telah bermiqat di Bir Ali untuk memasang niat umrah. Kami sekeluarga mengerjakan umrah pada jam 11 malam kerana kami tiba di Makkah agak lewat. Biasanya, ibadah umrah (tawaf + saie) akan mengambil masa selama 2 jam.
Solat di Masjidil Haram pahalanya 10000 ganda lebih daripada masjid2 biasa. Jadi semua peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk beribadah dalam Masjidil Haram.
Zam Zam Tower sempat aje snap depan KaabahMasjidil Haram
suasana selepas solat
construction sebelah Masjidil Haram
Masjidil Haram memang akan sentiasa penuh dgn jemaah terutama sekali pada waktu solat fardhu. Solat Jumaat pula lebih penuh daripada biasa. Even datang awal sejam pun dapat duduk kat ruang berjalan je, tak dapat solat atas karpet.
Lawatan di Makkah termasuklah ke Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Masjid Ja'ranah di mana kami telah bermiqat untuk mengerjakan umrah pada kali kedua.
berlatarbelakangkan Jabal Thur
Jabal Rahmah di Arafah Unta berhias di Jabal Rahmah
Mina, tempat melontar yg baru.. 4 tingkat Selang 2 hari, kami meneruskan lawatan ke Ladang Unta dan Masjid Hudaibiyah utk bermiqat untuk mengerjakan umrah buat kali ketiga. Kami sepatutnya dibawa melawat ke Muzium Haramain tetapi perangai driver bus yang agak annoying, kami terpaksa membatalkan lawatan ke muzium terbabit. Biasalah, orang arab memang generally kasar, degil dan kepala batu.
perah susu unta di ladang ternakan unta
Unta oh unta.. bekas tinggalan masjid lama Hudaibiyah
interior masjid Hudaibiyah yang baru Pihak Tabung Haji menyediakan makanan Malaysia semasa kunjungan kami ke tanah haram. Walau bagaimanapun, makanan tempatan juga wajib dicoba seperti nasi Arab, nasi briyani, ayam masala, mutton masala, shawarma dan juga aiskrim 2 riyal. Sedap2 makanan tu.. Nyum nyum~
tu dia, half chicken plus nasi arab Pada hari terakhir, kami dibawa melawat di sekitar Jeddah iaitu ke Masjid Terapung sebelum kami semua ke airport untuk pulang ke Malaysia.
masjid terapung
Antara peserta umrah kali ini.. Abang Azwan doktor, Syahir form 4, akak Syahirah doktor (isteri kepada abang doktor), datin rohana & datuk nor
Diharapkan kami sekeluarga mendapat umrah yg mabrur.. Aminnn~
*pada tahun 2003, kami terserempak dgn Siti Nurhaliza di airport Jeddah.. pada tahun ini pula, anak Datuk K yang sulung pula mengerjakan umrah bersama Tabung Haji. Ada jugalah terserempak dgn dia & kawan2 dia kat sana..