Sebaik sahaja tamat peperiksaan CTU 302 (Introduction to Islam and Medicine), aku, Helmy, Ida dan Bella segera menuju je SACC untuk menunaikan kewajipan aku sebagai orang yang akan menyambut hari lahir pada bulan ini. Badd menarik diri pada saat2 akhir kerana ingin menaiki kereta Elia. Kami pun pergi berempat sahaja.
Setibanya di SACC, kami berjalan-jalan sebentar di kedai-kedai di dalam bangunan itu seperti Giodarno, Vincci dan sebagainya. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja aku membeli t-shirt Giodarno yang lawa-lawa tu, tapi memandangkan aku mengehadkan duit perbelanjaan aku, aku batalkan sahaja niatku.
Kami singgah di Secret Recipe untuk melihat-lihat kek yang sesuai dibeli untuk hari lahir kami nanti. Selepas itu, kami segera ke Kedai Kopi di tasik untuk makan tengah hari. Aku tidak pernah pergi ke Kedai Kopi yang ini kerana biasanya aku sekeluarga selalu ke Kedai Kopi di tepi masjid negeri. Kami tiba pada jam 11.10 pagi dan bertembung dengan beberapa penunggang basikal di situ. Ramai juga mereka, siap ada sesi fotografi lagi.
Pelayan di situ memberi kami menu sarapan pagi walaupun kami sebenarnya ingin makan tengah hari terus. Dia berkata bahawa menu makan tengah hari akan bermula pada jam 11.30 pagi. Oleh itu, kami menunggu sehingga 11.30 pagi untuk memesan makanan.
Aku dan Helmy memesan Nasi Goreng Melayu, Ida dengan Mi Kantonis, dan Bella dengan Nasi Goreng Nenas Ikan Masin, Masakan di sini memang sedap dan lazat. Bella bagaikan tidak sabar2 dan hampir emosional kerana makanan lambat sampai. Kami makan sambil melahar2 seperti biasa.
Sesudah makan, aku segera menghantar mereka pulang ke kolej..
1 comments:
helmy****sayang
its ok then, but its still ok
=p
Post a Comment