Restoran ini kelihatan agak mewah bertemakan kayu-kayan walaupun terletak di tengah-tengah kesibukan orang ramai. Makanan di sini memang banyak pilihannya seperti makanan Melayu serta makanan Barat. Aku memilih untuk menikmati Chicken Chop dan minuman Mango Twist. Chicken Chop di sini biasa sahaja, tiada yang menarik tetapi proporsi ayamnya agak besar dan mampat. Air Mango Twist memang sedap dan diperbuat daripada campuran soda, mangga dan lemon. Slurppp...
Selain itu, antara makanan lain yang kami pesan ialah Sizzling Yee Mee, Spaghetti Blolognaise, Sardine Fried Rice, Sirloin Steak dan juga Sup tulang. Makanan di sini agak memuaskan hati walaupun kesedapannya tidaklah ke sampai tahap yang boleh diagung-agungkan.
Angah yang sudah bertunang membawa tunangnya sekali. Mereka menghadiahkan aku dan abang aku (Atih) sehelai kemeja Padini yang agak menarik. Aku memang suka kemeja belang-belang.
Along dan abang iparku membayar makanan pada malam ini kerana ini merupakan rancangan mereka untuk menyambut hari jadi kami dengan lebih awal. Apa-apa pun, terima kasih diucapkan.
0 comments:
Post a Comment