Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Hard Rock Cafe Melaka

Hollaaaa~

Ni first time aku duduk makan di Hard Rock Cafe. Sebelum ni nak try tapi asyik ada halangan je. Jadi, sempena birthday aku yang akan mendatang kali ni, apa salahnya pergi makan best2 kan. Plus, aku dapat kupon birthday sempena VIP Rewards membership. Oleh sebab kami ada gathering dengan rakan2 pengumpul pin Hard Rock, maka kami bersetuju untuk berkumpul di Hard Rock Cafe Melaka yang terletak di Jonker Walk.

Setibanya di sana, restoran masih belum dibuka dan kami lepak dahulu di The Rock Shop. Since takde pin baru, so aku tak beli apa2 pun. Tepat jam 11.30 pagi, tiral pun dibuka dan kami telah memilih untuk duduk berhampiran dengan stage, sedikit jauh daripada orang lain supaya kami boleh bokbek2 lebih sikit.

Selain daripada menu barat, terdapat juga menu tempatan seperti nasi goreng, asam pedas dan juga cendol. Aku memilih untuk mencuba New York Strip sebab waiter tu cakap memang puas makan tu. Harga RM88 ye. Pitam jap. Menu lain termasuklah Hickory BBQ Chicken, Macaroni & Cheese, Legendary burger dan beberapa hidangan lain. Menu lain harganya less than RM50, cuma NY Strip je mahal sikit.

Muka depan

dalam restoran

stage

Masih kosong

Berrylicious


NY Strip

Hickory BBQ Chicken

Chicken breast apetah..

Mac & cheese with garlic breads

Our food

Legendary burger




Minuman pula terdiri daripada jus, soft drinks dan juga smoothies. Aku cuba Berrylicious iaitu gabungan berry dan jus oren. Sedap jugak. Segelas berharga RM25. Sekian.. Terdapat juga kudap-kudapan seperti nachos (big enough for everyone katanya) for RM45. 

Aku rasa NY Strip kat sini lagi puas makan compare to TGI Friday sebab portion lebih besar. Hari tu pergi TGIF dengan Badd, kecewa betul dengan makanan dia. Makanan kat Hard Rock ni bagi aku memang sedap. Terbaik dari ladang. Sesuai dengan harganya yang 'up'. Sekali setahun boleh la makan kat sini. Setiap bulan is a big no no, pokai nanti. Kui3. Lama jugak kami lepak kat sini, almost 5 hours sebab busy dok main board games. Sampai waiter2 kat situ pun terkesima sebab nak join tapi tak boleh sebab on duty. hahaha..

Berkenaan dengan kupon birthday tu, bila beli entree boleh dapat desserts free. Aku pilih hot fudge brownie. Memang terbaik! Besar dan mengenyangkan. 




Tapi saat yang paling aku tak lupakan, semua dalam Hard Rock tu nyanyi lagu birthday untuk aku. Brownie aku pun dia letak lilin 2 batang. Terharu sangat! :)


happy kid got his birthday cake.. lol

tak cukup korum..


Ok, itu saja. Kbai




Sunday, March 2, 2014

Mr. Steak House @Laman Seri


Assalamualaikum dan Salam ceria semua~

Semalam teringin nak makan Western food dekat Laman Seri tu. Hari tu dah try Laman Grill, so kali ni nak cuba Mr. Steak House pulak. Restoran ini terletak di Laman Seri Business Centre di Seksyen 13 Shah Alam. Tak susah sangat nak cari tempat ni, kedainya pun nampak dari tepi jalan.

Nikmatilah gambar2 ini ye.. :)


Menu

Dalam restoran

Chicken chop

Lamb chop

Mixed Lamb

Spaghetti seafood

Fish and chips

Terliur tak tengok makanan2 ni? Nampak biasa je kan? Memang biasa kot, takdelah extraordinary sangat. Walaupun service sangat2 lah cepat, tapi kualiti makanan ada yang tak dijaga. Chicken maryland yang dipesan, ayamnya sangatlah kering. Macam dah dipanaskan beberapa kali. Tapi ayam chicken chop dia ok la pulak. Lamb chop pun ok, dagingnya ada yang lembut ada yang liat sikit. Fish & chips pun nampak agak dry. Spaghetti seafood sangatlah gagal. Mula2 expect dapat kuah yang ala2 sos tomato Prego tu, instead nampak macam gabungan sos tomato dan sos cili je. Pastu gaul2 dengan spaghetti. 

Tapi aku rasa minuman apple asam boi dia sedap. Air2 lain tak try pulak.

Itu sahaja short update. Memang dah jarang update blog sebab busy dengan kerja. Sorry ye.. 


Wednesday, September 25, 2013

Kg. Melayu Steak House


Yumm yummmm..

Akhirnya berkesempatan makan di Kg. Melayu Steak House setelah membaca review di blog2 . Kedai makan ini terletak di lokasi yang senang dicari tapi sukar dilihat. Boleh tak? Terletak di Jalan Utama cuma perlu masuk ke satu jalan ke dalam sikit untuk mengetahui kewujudan kedai makan ini. Steak House ini memang house pun, sebab dibuka di depan rumah je. Simple but comfortable. Ada papan tanda Kg. Melayu Steak House di lorong berkenaan, so sesiapa yang drive tu jangan pandu laju sangat ye. Drive slow2, baca signboard.

Mari kita lihat apa yang ada di sini. Menunya ringkas dan tidak terlalu banyak. Memang a simple steak shop with common menu such as chicken chop, lamb chop, sirloin steak & fish and chips. Gravy boleh pilih either mushroom or blackpepper. Menu sampingan termasuk mushroom soup, cheese omelette, sandwich dan lain2. *lupa dah apa menu lain, just fokus kat main menu*. Minuman pula ada air panas dan air sejuk seperti air buah dan air2 yang basic. Ada menu goreng2 juga tau, macam nasi goreng etc.

Kami memilih untuk mencuba lamb chop, chicken chop dan juga fish & chips. Saje order fish & chips in case tak kenyang kan. Setiap hidangan disertakan dengan fries, coleslaw, salad dan baked beans. Air pula kami order fresh orange dan juga apple juice. Harga chicken chop dan lamb chop ialah RM12 each manakala fish & chips RM9. Air pulak tak ingat harga berapa, dalam RM2-3 kot. Hahaha..

Chicken chop

Lamb chop

Fish & chips


Review saya ialah... Sedap dan berbaloi! Ini untuk ayam la sebab lamb chop agak liat. Fish & chip juga okay. Konklusinya, ketiga-tiga pinggan licin ye.

Ni ialah link kepada blog Kg Melayu Steak House. Klik di sini.

Tetiba ada dua ekor kucing bergaduh kat situ. Cuak je takut dia panjat2 meja gigit orang. Haha..

Friday, January 11, 2013

Laman Grill | Shah Alam


Hello Masterchef~

Finally, I got the chance to try the western food served at a restaurant owned by Chef Zubir Masterchef. Laman Grill: Steak & Bar-B-Que. This restaurant is quite famous among the food-lovers as it was featured several times in Masterchef Malaysia. It's located at Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam. Near the Giant Hypermarket and Stadium Shah Alam.

I went here a day before I started my job in Johor. Huhu, sedihnya sebab akan meninggalkan Shah Alam for a year. So, why not treats myself with good food? Hehe, not treat myself actually because my mom was the one who paid. =)

The restaurant looks quite cozy and modern where the kitchen is actually can be seen from the dining area. So, if you wanna see the chefs cook, feels free to do so. On the wall, a lot of certificates were displayed showing how successful Chef Zubir is. Malaysians should be proud of him. :)



Chef Zubir dalam gambar




So what did we ate?


Lamb Cutlet

Lasagna

Lamb Shank

Spring chicken chop

Ice cream

Tiramisu

Vanilla milkshake

Ice lemon tea

Watermelon juice



I was quite satisfied with the food as the portion was very reasonable although the price was kinda exclusive. Hehe.. It's nice to have meals here for some special occasion, sometimes.

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited