Assalamualaikum & Salam gebam-gebam semua~
Selepas makan di Kafe Dapur Jendela tu, kami meneruskan misi menggebamkan diri dengan mengheretkan diri ke kedai aiskrim yang famous kat JB ni iaitu The Ice-cream Project (TIP). Kedai ni tak jauh pun dari kedai makan tadi, jalan kaki 5 minit pun boleh sampai.
Alamat:
31, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor |
Tapi agak malang nasib kami sebab kedai aiskrim ni penuh dan takde available seats. So, kitorang order untuk bawak balik je la.. Makan sambil berjalan-jalan gitu. Aiskrim kat kedai ni ada 4 flaovur je, yup tak banyak pun. Harga untuk 1 cup ialah RM14. Yes again, kalah Baskin Robbins, Haagen Dazs or Ben & Jerry. Kitorang try flavour Butterscotch dan juga Brownie & Cream. Memang sedap aiskrim dia, maybe next time boleh try flavour lain pulak. Aiskrim ni dibuat per order, maknanya dia akan buat dan dicampur masa kita order. Bukannya memang dah siap ye...
abang sado buat aiskrim, no wonder la ramai datang.. haha |
ours |
Wefie kejap depan kedai |
Lepas tu kami terus masuk kereta kononnya nak pergi taman, tapi malangnya taman tu tutup pukul 8 pm. So kitorang pun lepak kat Selat Tebrau menikmati pemandangan bandar Singapura. Dah la banyak tikus kat tebing2 tu!
4 comments:
aiskrim tu buat kt situ la ekk
@ain
yup tang tu order tang tu dia buat.. dia gaul2 sampai berasap.. haha
abam sado tu daya tarikan =D
JB pun ceq tak penah sampai muahaha..
next week baru nak pi cari sangkaya.. sedih gila..
Pediaaa x penah smpai JB.. haha..
Post a Comment