Thursday, August 1, 2013

Legoland the 5th Time: Kau Ada?


Hellloooooo.. Nampaknya kali ni pergi Legoland lagi. Masa bulan Ramadan lagi kau. Tapi alhamdulillah cuaca sangat baik, mendung2 je. So, memang tak panas pun. Orang pun tak ramai, beratur tak sampai 10 minit pun untuk naik rides.

Tujuan pergi ke Legoland kali ini ialah untuk menemani Zoroyz yang ada sehelai tiket Legoland free. Free sebab masa bulan Jun haritu dia datang, beli one-day ticket pastu dapat free satu untuk bulan Julai. So, apa lagi, dengan gigihnya dia turun ke JB untuk menjejakkan kaki lagi sekali di Legoland.

Kali ni kami aim untuk main rides yang hari tu tutup untuk maintenance. Kali ni aku bawak raincoat sebab nak main perahu terjun yang akan membasahkan jiwa ini. Sempat jugak main rides yang tembak2 laser tu. Roller coaster mini pun main lagi sekali. Tapi aku banyak habiskan duit kat kedai dia je. Pick-A-Brick ada 20% off untuk annual pass holder. So, aku pun beli la lagi sampai 300g. 100g untuk RM35 ye. Ni belum diskaun 20% lagi. So memang agak murah la sebenarnya. Wawa pun ada kirim bongkah2 Lego untuk buat kereta dia.

Legoland Hotel. Coming soon!















Hasil hari ni. Lego Lord of the Ring board game!

Pick-A-Brick



Ok, itu sahaja. Kbai..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited