Assalamualaikum semua..
Tibalah masalah untuk aku pergi travel dengan menaiki flight. Dah lama tak jalan2 jauh camni. Lokasi yang dipilih ialah Kuching, Sarawak. Lokasi ini dipilih atas persetujuan bersama dengan my travel buddy, Wanji di mana pada masa itu Airasia sedang membuat promo seats murah. Setelah berdiskusi dengan mengambil kira department mana kitorang bekerja, kesesuaian cuti dan budi bicara bos yang memberi cuti, akhirnya kami bersetuju untuk mengambil cuti pada hari Jumaat. Maka, percutian ke Kuching ini adalah selama 3 hari 2 malam termasuk weekend. Tiket aku dalam RM140 camtu, about RM70 one way which is quite a bargain.
Aktiviti pertama setelah sampai ialah breakfast di Kopi O Corner di kawasan Satok. Kami di pick up oleh rakan sebatch di IMU-Strathclyde iaitu Duwe dan Fyruz. Dua2 dah apply cuti pada Jumaat itu juga. Alhamdulillah, sayang korang! Menu breakfast ialah makanan yang popular di Sarawak iaitu mee kolok, laksa Sarawak, me rebus dan teh 3 lapis. Memang sedap makanan kat sini. Beberapa tahun dulu pernah pergi kedai ini, nampaknya banyak perubahan dah berlaku. Dah nampak lebih moden setelah direnovasi. Memang sedap2 makanan kat sini. Memang highly recommended.
Selepas siap bersarapan, kami menuju ke Plaza Merdeka yang terletak berhampiran dengan waterfront Kuching. Tak boleh pergi jalan2 jauh dulu sebab hari ni kena solat Jumaat. Lepas tu jalan2 kat Little India dan seterusnya ke waterfront dengan berjalan kaki. Kali ni survey dulu souvenir mana yang best sebab esok baru nak memburu souvenir. Untuk solat Jumaat, ada dua masjid yang terdekat di sini. Dua2 boleh sampai dengan berjalan kaki. Satu ialah masjid India di watefront (tapi khutbah dalam bahasa Tamil) dan satu lagi masjid bahagian di bandar. Kami berpakat untuk ke masjid bahagian. Tinggallah Fyruz sorang2 kat Plaza Merdeka sementara kami bersolat Jumaat.
Untuk lunch, Fyruz mencadangkan kami ke SCR. Apa tu SCR? Subcostal retraction? Lol.. Bukan2, SCR ialah Singapore Chicken Rice. Restoran ni agak glemer di Kuching dan banyak cawangan telah dibuka di serata Kuching. Menu yang meletop of course ialah nasi ayam. Kami bertiga mencuba nasi ayam manakala Wanji try mee wantan. Menu tambahan ialah tauhu goreng yang dimasak ala2 sweet sour dengan hirisan mangga. Memang sedap! :)
Pada waktu petang, kami dibawa meronda di Damai Beach yang terletak lebih kurang 30km dari bandar Kuching. Lokasinya berhadapan dengan Kampung Budaya Sarawak. Kawasan ni terletak bersebelahan dengan Santubong. Kan ada story mory pasal Puteri Santubong, kat sini la tempatnya. Di sini, kami just jalan2 sekitar pantai dan ambil gambar dengan monument burung kenyalang yang agak besar. Ala2 helang di Dataran Lang, Langkawi tapi burung ni pakai besi gitu. Macam robot pun ada. Lepas membasah2kan kaki bagai, kami pun terus pulang ke bandar dan check in di Tune Hotel.
Nasi ayam |
Mee wantan |
Pada waktu petang, kami dibawa meronda di Damai Beach yang terletak lebih kurang 30km dari bandar Kuching. Lokasinya berhadapan dengan Kampung Budaya Sarawak. Kawasan ni terletak bersebelahan dengan Santubong. Kan ada story mory pasal Puteri Santubong, kat sini la tempatnya. Di sini, kami just jalan2 sekitar pantai dan ambil gambar dengan monument burung kenyalang yang agak besar. Ala2 helang di Dataran Lang, Langkawi tapi burung ni pakai besi gitu. Macam robot pun ada. Lepas membasah2kan kaki bagai, kami pun terus pulang ke bandar dan check in di Tune Hotel.
Harga Tune Hotel ni agak ok, RM80 sebilik untuk dua orang. Harga bilik dalam RM60 gitu, plus add on toiletries dan aircond dalam RM20 utk 24 jam. Sebenarnya ada kipas kalau taknak aircond. Tapi kami kan orang bandar, harus nak sejuk2. Petang tu lepak dalam bilik je. Semua lepak2 dalam bilik sumbat 4 orang sementara nak tunggu dinner di Top Spot. In a meanwhile, kami main permainan kad Monopoly Deal. Sengat best main ni, beround2 main tak henti2. Kalah menang memang adat la kan.
Esoknya, aku dan Wanji bercadang ingin ke Kampung Budaya Sarawak. Oleh sebab Wanji first time datang, so tempat ni agak wajib jugak la untuk mengenali pelbagai kaum di Sarawak ni. Aku dah pernah masuk dua kali, so kali ni yang ketiga la. Kengkawan PRP Hospital Kuching pulak ada ceramah CPD MTAC pada hari Sabtu, so kami berdua jela yang akan pergi ke sana.
Akan bersambung blaa blaaa blaaaa...
0 comments:
Post a Comment