Oleh sebab pada tahun ini, I hanya dapat cuti sehari je sempena Hari Raya Aidiladha, maka I tidak ikut family untuk bersukaria di kampung yg terletak lebih dari 300km dari rumah I.
Pada waktu pagi, seperti biasa family bahagia I akan berkumpul di rumah untuk makan2 selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di surau berdekatan. Menu hari raya ialah nasi himpit, ketupat pulut, rendang ayam pencen, sambal kacang ayam, ayam masak merah, serunding serta kuah lodeh. Semua mak I yang masak, manakala anak2 cuma menghabiskannya.
Pada jam 10.30 pagi, lembu no.6 akan disembelih di kawasan surau. Kenapa I mention no.6? Sebab lembu no.6 mewakili 2 portions daging yg dibubuh nama I dan abang I. Lagi 5 portion I tak kenal pun siapa empunyanya. I dah la tak suka tgk darah2 memercik keluar ni, kalau tgk lama2 dijangka boleh pengsan selama 5 hari. So I pun tengok2 kejap je adegan lembu no.6 disembelih kerana orang cakap kalau kita tgk lembu kita disembelih, dosa2 lama kita akan diampunkan Allah SWT.
Then pukul 11 lebih, rombongan meminang cik kiah pun datang ke rumah I. Kawan2 I yang tak balik kampung utk beraya datang ke rumah I untuk beraya demi mengurangkan rasa hiba kerana tidak dapat pulang beraya bersama family di kampung. Rombongan terdiri daripada Wanji, Lukman, Mija, Fariz dan Kaklong. Lama jugak diorg lepak kat rumah I, sampai pukul 3 jugak lah..
Then petang I bantai tidur sampai pukul 5 petang.
Malam pulang ke Vista dengan hati yang berat sebab esok still ada kelas. Then, family I terus berangkat ke Johor.
Sambutan Aidiladha diteruskan di rumah vista B. Cipak telah berbaik hati untuk membuat jamuan kecil2an untuk kami semua. Sayang Cipak! Cipak menghidangkan nasi himpit, rendang ayam, sambal kacang, serta laksa penang. I bawak coklat Langkawi jek...
Hari ini penuh dengan aktiviti memakan lemak especially masakan melayu yang penuh dengan santan. Gemuk.. Gemuk.. Gemuk!