Saturday, April 26, 2008

Birthday Celebration @ Pizza Hut

Happy birthday to me & Helmy!
-Kek Chocolate Strawberry dari Secret Recipe-


Pada hari Jumaat yang lalu (25 April), aku beserta rakan2 rapatku pergi ke SACC Mall untuk menyambut hari lahir aku dan Helmy secara serentak walaupun hari lahir kitorang bukan pada hari ini. Tarikh sebenar hari lahir aku ialah 29 April dan Helmy pada 11 Mei. Kami mencepatkan sambutan kerana kami akan menduduki peperiksaan A-Level pada bulan hadapan.

Kami bertolak dari kolej pada jam 8.15 malam. Ida tidak dapat sertai kami kerana mak cik dia mengajaknya pulang ke Kuala Pilah untuk bertemu bonda tercinta. Agak geram betul aku dan Helmy kerana kitorang dah lama merancang party ini. Najwa juga tidak dapat hadir kerana sebab2 yang aku sendiri tak tahu. Ok, kita lupakan pasal Ida dan Najwa dan teruskan dengan apa yang terjadi di SACC Mall.

Setelah tiba di SACC (dengan membawa kereta yang ditumpangi oleh Badd, Bella, Anis dan Cipak), aku menyuruh Badd mengecop tempat di Pizza Hut sementara aku pergi ke Secret Recipe untuk mengambil tempahan kek yang telah aku dan Helmy buat pada minggu lepas. Kek kali ini ialah Chocolate Strawberry. Semasa menuju ke Pizza Hut, aku terserempak dengan Helmy dan Azery yang sedang berjalan2 di jualan murah di tengah2 SACC tersebut.

Apabila semua jemputan sudah mengambil tempat duduk, Anis pun menjerit memanggil waiter untuk menempah makanan. Agak kelam-kabut kami memesan makanan kerana keliru. Akhirnya, kami menempah set hidangan 6 orang dengan tambahan pizza besar, air 7Up 1 jug, spaghetti bolognaise, creamy carbonara, lasagna, calamari ring dan salad. Selepas itu, beberapa orang keluar untuk mencucuk duit dan berjalan2 di kawasan SACC tersebut.

Anis & me

Azam & Fadh

Bella & Cipak

Badd & Azery

Agak lama kami menunggu makanan. Sup yang sepatutnya sampai awal tiba paling lambat. Kami menjamu selera dengan memakan hidangan selain pizza dahulu kerana pizza sampai agak lewat. Pizza yang kami pesan ialah Super Supreme, Hawaiian Supreme, dan Island Supreme. Suasana di Pizza Hut pada malam itu agak kelam-kabut kerana begitu ramai pelanggan wujud di situ. Cipak sempat mengusha abang waiter hensem berbaju putih dan bercermin mata berbingkai putih. Haha.. Memang liar mata Cipak..

muka tak sabar nak makan pizza

tukang serve

Pada malam itu. Bella asyik kena buli je dengan Badd sampaikan tiada orang untuk membackup Bella. Biasanya Ida ada untuk menyokong Bella. Ida juga menelefon kami beberapa kali untuk meminta maaf dan mengirim salam kepada yang lain. Kesian Ida.. Tak dapat join kitorang malam ini..

Setelah semua kekenyangan melantak pizza, akhirnya kami membuka kek Secret Recipe tadi. Dengan nyanyian lagu Happy Birthday yang agak suram (sebab Pizza Hut dah nak tutup), aku dan Helmy memotong kek dan membahagi2kan kepada semua. Oleh kerana semua dah kekenyangan, semua makan kek dengan lambat kecuali Azery yang menambah kek lagi sekali. Kami agak terkejut kerana tiba2 kami ternampak budak2 Intec di Pizza Hut tersebut iaitu Ameer, Anas, Mirul dan Mije. Diorang memang takde kerja kot tiba2 je makan pizza walaupun tiada sambutan apa2.

bersama kek birthday

Oleh kerana kek banyak lebih, kami memberikan kek tersebut kepada geng Kelantan tersebut dan selebihnya kami bawa pulang untuk Faiz dan Mibo. Sebelum beredar, kami menerima hadiah hari lahir daripada rakan2 yang hadir. Walaupun Najwa tiada, tetapi dia tetap memberikan hadiah kepada kami. Memang seronok menerima banyak hadiah. Selesai semua, kami mengambil gambar di depan Pizza Hut dengan bantuan Ameer. Terima kasih diucapkan sebab dia sanggup tolong ambilkan gambar walaupun dia sedang makan pada ketika itu.

bersama hadiah (eh, sibuk je Badd)

gambar beramai-ramai

Kami terus pulang ke kolej pada malam itu. Aku tidak jadi pulang ke rumah kerana teruja ingin membuka hadiah yang aku dapat pada hari ini. Di kolej, aku segera membuka hadiah yang aku dapat. Badd memberikan hadiah di bilik kerana malas nak membawanya ke Pizza Hut. Begitu juga dengan Azery.

Aku dan Helmy sempat menonton 10 minit terakhir American Idol kerana sibuk membuka hadiah. Antara hadiah yang aku dapat ialah baju (Anis), wallet (Cipak), patung bintang (Najwa), tempat letak handphone CJ7 (Azam & Fadh), mousepad (Badd) dan cawan (Azery). Helmy pula menerima bantal besar (Anis & Cipak), patung Stitch (Azam & Fadh), patung bintang (Najwa), tali nametag (Badd) dan stokin polka dot (Azery).

Memang puas la malam ni.. Cuma lain kali kalau ada sambutan hari lahir lagi, kitorang tak nak makan kenyang2 sebab nanti kek tak habis. Rugi je kasi orang makan.. Hehehe.. Mungkin lepas ni sambutan kat tempat karaoke kot.. =)

Saturday, April 19, 2008

Sesudah Exam Agama

Peperiksaan agama tadi boleh dikatakan agak mudah kerana soalan-soalan yang diberikan begitu jelas dan straightforward tanpa diputarbelitkan. Sebanyak 20 soalan objektif, 8 subjektif dan 1 esei telah aku jawab dengan tenang tadi. Peperiksaan dijalankan di Dewan Besar INTEC pada jam 8.30 hingga 10.30 pagi. Seperti kebiasaan dalam exam agama, ramai pelajar akan keluar awal memandangkan soalan-soalannya mudah dijawab.

posing di depan dewan sementara menunggu untuk masuk

bersama Fadh

bersama Helmy

Sebaik sahaja tamat peperiksaan CTU 302 (Introduction to Islam and Medicine), aku, Helmy, Ida dan Bella segera menuju je SACC untuk menunaikan kewajipan aku sebagai orang yang akan menyambut hari lahir pada bulan ini. Badd menarik diri pada saat2 akhir kerana ingin menaiki kereta Elia. Kami pun pergi berempat sahaja.

Setibanya di SACC, kami berjalan-jalan sebentar di kedai-kedai di dalam bangunan itu seperti Giodarno, Vincci dan sebagainya. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja aku membeli t-shirt Giodarno yang lawa-lawa tu, tapi memandangkan aku mengehadkan duit perbelanjaan aku, aku batalkan sahaja niatku.

Kami singgah di Secret Recipe untuk melihat-lihat kek yang sesuai dibeli untuk hari lahir kami nanti. Selepas itu, kami segera ke Kedai Kopi di tasik untuk makan tengah hari. Aku tidak pernah pergi ke Kedai Kopi yang ini kerana biasanya aku sekeluarga selalu ke Kedai Kopi di tepi masjid negeri. Kami tiba pada jam 11.10 pagi dan bertembung dengan beberapa penunggang basikal di situ. Ramai juga mereka, siap ada sesi fotografi lagi.

Kedai Kopi

pokok bunga dalam kuali

Pelayan di situ memberi kami menu sarapan pagi walaupun kami sebenarnya ingin makan tengah hari terus. Dia berkata bahawa menu makan tengah hari akan bermula pada jam 11.30 pagi. Oleh itu, kami menunggu sehingga 11.30 pagi untuk memesan makanan.

bersama Ida berlatarbelakangkan air terjun buatan

Helmy emo & Bella malu-malu kucing

Aku dan Helmy memesan Nasi Goreng Melayu, Ida dengan Mi Kantonis, dan Bella dengan Nasi Goreng Nenas Ikan Masin, Masakan di sini memang sedap dan lazat. Bella bagaikan tidak sabar2 dan hampir emosional kerana makanan lambat sampai. Kami makan sambil melahar2 seperti biasa.

ekspresi muka Ida yang kelaparan

Bella punya makanan

Sesudah makan, aku segera menghantar mereka pulang ke kolej..

Friday, April 18, 2008

Perancangan Mengejut Ke Sunway Pyramid

Pada hari ini (Isnin) semasa di kelas, aku telah dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Helmy. Apabila aku menjawab panggilan tersebut, bukan suara Helmy yang ku dengar, tetapi suara Ida Nadiena Nadya. Ida menyuruhku keluar dari kelas untuk membincangkan sesuatu perkara. Sebaik sahaja Ida keluar, Helmy dan Bella menyusul ala-ala Miss World berjalan di atas pentas.

Rupanya-rupanya, mereka ingin mengajakku keluar kerana kelas kami tamat pada waktu yang sama iaitu pada pukul 12 tengah hari. Aku pun bersetuju walaupun agak terkejut dengan ajakan tersebut. Aku sebenarnya memang sudah tiada mood untuk bershopping memandangkan duit pun makin lama makin berkurang di dalam akaun. Duit yang aku ada mungkin cukup-cukup sahaja sehingga selesai peperiksaan A-Level nanti.

Sebaik sahaja kelas tamat, kami terus menuju ke bus stop depan Intec untuk mengambil teksi terus ke Sunway Pyramid. Setelah melihat keadaan bus stop yang ramai, kami terus ke bus stand yang terletak jauh sedikit untuk mengambil teksi kerana di sana terdapat lambakan teksi. Sebelum itu, aku telah menyerahkan beg aku kepada WanG untuk dibawa pulang ke kolej dan aku hanya membawa payungku sahaja in case kalau hujan nanti. Kami pergi dengan berpakaian formal, aku dan Helmy memakai kemeja dan seluar hitam manakala Ida dan Bella memakai baju kurung. Tujuan kami ke Sunway Pyramid ialah untuk membelikan hadiah kepada rakan-rakanku yang akan menyambut hari lahir pada bulan Mei nanti. WanG pada 10 Mei, Helmy pada 11 Mei dan Fairuz pada 12 Mei. Memang pokai aku sebab kena beli hadiah untuk ketiga-tiga orang sekali.

aksi beramai2 di dalam lif

aksi panas Sufiah, eh silap, Ida Nadiena Nadya

Setibanya di Sunway Pyramid, kami berjalan-jalan di Jusco di mana aku membeli teddy bear, di IP Zone membeli t-shirt round-neck, dan di Topman membeli boxer untuk Helmy. Grand eh, boxer pun nak beli di Topman. Nasib baik harga berpatutan, mampu juga la aku beli. Di Everlast, Ida dan Bella bersetuju untuk membelikan sepasang kasut untuk aku sempena hari jadiku pada 29 April nanti. Memang terkejut aku sebab diorang sanggup membelikan hadiah untuk aku walaupun hari jadiku masih beberapa minggu je lagi. Untuk Helmy pula, Ida dan Bella membelikannya 2 helai t-shirt round-neck di Giodarno. Memang lawa dan cantik design baju tersebut. Helmy pula berkongsi duit dengan aku untuk membelikan aku beg baru.

Oleh kerana kami semua berpuasa (kecuali Ida), kami amat gembira kerana tidak perlu bersusah payah mengeluarkan duit untuk makan tengah hari. Memang jimat. Selain itu, kami singgah di Romp, Parkson, dan bermacam2 kedai lagi untuk mencari barang yang sesuai dijadikan hadiah.

berehat di Parkson

berposing di Fitting Room Giodarno

aksi ala-ala alim di depan surau

Kami pulang ke kolej pada jam 4 petang dan pada waktu itu, hujan renyai-renyai sudah pun turun. Kami agak kepenatan, maklumlah, berjalan-jalan sambil berpuasa memang memenatkan. Setibanya di kolej, aku tidur sebentar dan dikejutkan Helmy untuk ke pasar malam.

Hari ini merupakan hari yang sangat best memandangkan aku mendapat hadiah hari jadi yang agak awal daripada Ida, Bella dan Helmy. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka kerana sanggup menghabiskan puluhan ringgit untuk membeli hadiah untukku. Koranglah kawan yang terbaik yang pernah aku ada selama ini.

Hadiah yang aku dapat hari ini:
1. Kasut Everlast daripada Ida dan Bella
2. Beg EX daripada Helmy

Hadiah yang Helmy dapat:
1. DUA helai t-shirt Giodarno daripada Ida dan Bella
2. Boxer Topman daripada aku

Memang agak grand hadiah yang aku dapat daripada diorang ni. Memang lahar.

Aku berharap agar persahabatan kita semua kekal selamanya...

"Takut nak menghadapi tempoh selepas tamat A-Level nanti sebab akan terpisah dengan ramai rakan karib dan akan dibelenggu kebosanan duduk di rumah"


Sambutan besday awal

Pada hari Ahad yang lepas, aku bersama-sama keluargaku menyambut hari jadi aku dan abangku dengan lebih awal kerana semua akan sibuk menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Hari lahir abang aku adalah pada 25 April manakala aku 29 April. Kami makan malam di Naili's Place yang teletak di uptown Damansara.

Restoran ini kelihatan agak mewah bertemakan kayu-kayan walaupun terletak di tengah-tengah kesibukan orang ramai. Makanan di sini memang banyak pilihannya seperti makanan Melayu serta makanan Barat. Aku memilih untuk menikmati Chicken Chop dan minuman Mango Twist. Chicken Chop di sini biasa sahaja, tiada yang menarik tetapi proporsi ayamnya agak besar dan mampat. Air Mango Twist memang sedap dan diperbuat daripada campuran soda, mangga dan lemon. Slurppp...

Atih, aku, ayah, umi & sufi


chicken chop & mango twist


Selain itu, antara makanan lain yang kami pesan ialah Sizzling Yee Mee, Spaghetti Blolognaise, Sardine Fried Rice, Sirloin Steak dan juga Sup tulang. Makanan di sini agak memuaskan hati walaupun kesedapannya tidaklah ke sampai tahap yang boleh diagung-agungkan.

gambar kenangan beramai2

Angah yang sudah bertunang membawa tunangnya sekali. Mereka menghadiahkan aku dan abang aku (Atih) sehelai kemeja Padini yang agak menarik. Aku memang suka kemeja belang-belang.

Along dan abang iparku membayar makanan pada malam ini kerana ini merupakan rancangan mereka untuk menyambut hari jadi kami dengan lebih awal. Apa-apa pun, terima kasih diucapkan.

Friday, April 11, 2008

Sambutan Hari Jadi Anis yang Serba Ringkas

Hari itu, aku menyambut hari jadi Anis bersama Ida, Bella, Cipak, dan Azery. Kali ini, sambutan ini terjadi di KFC Seksyen 18 dan diadakan pada Selasa petang. Badd tidak mahu ikut kerana mahu tidur petang, puas aku dan Azery memujuknya tetapi dia tetap berdegil.

Hujan renyai2 turun bagaikan mutiara tetapi aku tetap pergi ke KFC. Aku dan Azery singgah di Pak Li Kopitiam sebentar kerana Azery mengidamkan Mi Mamak. Haruskah? Mengandung ke apa? Hehehe.. Anis membelanja kami semu aiskrim Sundae coklat yang amat sedap hingga menjilat cawan.

Di KFC, kami memesan menu terbaru KFC iaitu nasi ayam. Nasi ayam ini dihidangkan bersama 2 ketul ayam KFC, sup bebolala ayam serta timun segar dan air berkarbonat yang amat tinggi kandungan glukosanya. Komen aku tentang menu terbaru ini ialah biasa sahaja. Tidak seistimewa nasi ayam lemon Pak Li kerana rasanya sama seperti makan ayam KFC bersama nasi biasa beserta sos cili. Menu ini ketiadaan kicap, sambal serta salad segar. Walaupun begitu, aku tetap menikmati hidangan yang lazat ini.

Ida menyanyikan lagu Happy Belated Birthday kepada Anis tetapi hanya dinyanyikan sekerat jalan kerana tiada sambutan orang ramai. Kesian Ida. Seperti biasa, kami melahar2, bergosip serta membuat bising di KFC tanpa segan silu. Tiba masanya, kami memberikan Anis hadiah untuk hari jadinya walaupun hari jadinya sudah 4 hari berlalu iaitu pada Jumaat lepas. Anis bagaikan tidak sabar untuk membuka hadiah yang diberi.

Sambutan ini memang amat ringkas dengan ketiadaan kek hari jadi dan tiada sesi bergambar yang disukai aku. Walaubagaimanapun, Anis telah pun memberikan aku kek pada Jumaat lepas semasa menunggunya di bus stop untuk pulang ke rumah tercinta di Behor Goncar, Perlis. Sedap juga kek Chocolate Almond dari Four Season itu. Amat sedap, mampat dan bercoklat dan juga mempunyai kipas di atasnya. Aku masih lagi menyimpan kipas berkenaan yang akan berpusing apabila ditiup angin mahupun aku sendiri.

Apa-apa pun, terima kasih kepada Anis kerana membelanja kami aiskrim sundae. Paling kurang pun, harga secawan sundae mencecah RM3.

Kami pulang ke kolej pada waktu hampir2 maghrib kerana Ida katanya ada temu janji dengan hot stuff. Apa-apa jer.. Daa~~

"Hari yang indah"

=)

A-Level sudah menghampiri jiwaku

WAHH!! OMG!! A-Level hampir memulakan langkahnya pada bulan depan. Tinggal lagi sebulan je A-Level tapi aku masih belum serius dalam mengulangkaji pelajaran. Aku dah start baca dah cuma dalam keadaan yang main2.

Aku semakin risau.

Risau..

Risau..

Macam mana nak ada mood untuk study? Aku pun masih belum dapat mencari jawapan yang betul. Aku harap, dengan revision yang dibuat di dalam kelas mampu menyegarkan kembali ingatan aku terhadap subjek2 yang dipelajari.

Aku harus memaksa diriku untuk study kerana exam CTU (agama) pun sudah mulai dekat iaitu pada minggu hadapan.

A-Level Exam akan bermula pada 12 Mei dan insyaAllah akan tamat pada 19 Jun. Lama juga eh, dekat sebulan. Harap2 ada banyak gap untuk lebihkan ulangkaji. Tapi duit pun dah makin berkurang, kena la mintak duit kat parents untuk support living kat Cemara. Biasa la, aku memang suka overspend duit dengan membeli-belah.

Apa-apa pun,

Good luck to all my friends, to 7M6, 7M4 dan juga 7M8 yang merupakan kelas yang mempunyai ramai kawan rapatku. Semoga kita semua akan berjaya melepasi A-Levek dengan cemerlang walaupun haluan kita selepas ini berbeza. 7M8 akan ke India manakala 7M6 dan 7M4 akan bertemu kembali di IMU.

Aku ingin mengambil peluang untuk meminta maaf banyak2 kepada semua sama ada aku telah secara sengaja ataupun tidak menyakiti hati anda semua. Setiap manusia memang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Apa-apa jer..

Harap2 perhubungan kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan juga hingga ke alam kekeluargaan.

-Kepada Bella dan Ida, teruskan usaha mencari calon2 yang sesuai untuk diri anda dan jangan lupa jemput aku makan KFC (grand eh, kahwin makan KFC)..
-Kepada Helmy, jangan keliru eh.. Kepada Badd, jangan lupakan legasi tarian SNSD kita.
-Kepada Azery, jangan buat kontroversi je..
-Kepada Fadh & Azam. semoga kekal hingga ke anak cucu
-Kepada Anis & Cipak, jangan lupakan aku
-Kepada 7M8 (Wawa, Mary, Pah, Senah, Munya, Mimi), jangan lupakan aku bila dah belajar di Manipal nanti
-Kepada Elia, thanks sebab selalu bawak aku pergi jalan2 menaiki kereta
-Kepada lelaki 7M6, belajarlah rajin, jangan asyik main je
-Kepada wanita 7M6, korang dh mmg pndai, teruskanlah kepandaian anda semua

Daa~

Friday, April 4, 2008

Fadh punya besday

Selepas menyambut hari jadi Badd minggu lepas, kini giliran Fadh pula menyambut hari jadinya yang ke 20. Selamat hari jadi diucapkan. Semoga panjang umur dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Kali ini, sambutan hari jadi ini dilaksanakan di McD Seksyen 18 Shah Alam. Party kali ini disertai oleh Azam (sudah pasti), Aku, Helmy, Badd, Azery, Bella, Ida dan tambahan Wawa dan Najwa. Kali ini, party ini bukan secara berlapan, tetapi secara bersepuluh.

Aku menikmati hidangan Chicken McDeluxe yang sedap, pedas dan sedap dan pedad dan sedap dan pedas dan ...... Kami melonggokan kentang2 goreng di atas satu dulang dan kami taburkan pepper di atasnya. Memang sedap. Wawa dan Azery asyik usik-mengusik semasa sambutan berlangsung. Tidak kurang juga Helmy yang kena lahar dengan mak cik Ida dan Bella. Sentap rasanya!

Ida, Bella, Helmy dan aku

Najwa tak sabar2 nak makan

Aksi Wawa dan Badd memulakan suapan

bersama Azery

Tiba masa yang sesuai, Fadh pun membuka kek Secret Recipenya. Dengan tekaan yang betul, Azery meneka kek yang mereka beli iaitu Tiramisu yang rasanya seperti kopi. Sedap juga kek ni, tetapi cepat muak apabila dimakan begitu sahaja.

Aksi memotong kek yang malu2

Secara tiba-tiba, kami menghulurkan hadiah kami kepada Fadh dan Fadh kelihatan tersipu2 malu. Fadh dan Azam dalam persalinan hijau gelap pada malam ini. Kelihatan sedondon dan secucuk. Tetapi Badd menyepoilkan keadaan sebab Badd pun memakai baju hijau gelap. Selain itu, aku dan Helmy juga memakai baju Spongebob yang sama design tetapi lain warna. Hehe.. Memang lahar..

Suapan berempat

Kami menyanyikan lagu hari jadi untuk Fadh dan Fadh kelihatan cemas dan malu2.. Hahaha..
Kami juga sempat mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

Secara keseluruhannya, sambutan kali ini lebih meriah dan lebih bising berbanding sambutan hari jadi Badd minggu lepas. Dah la Azery tak datang masa birthday Badd. Apa-apa jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited