Friday, January 25, 2008

Study

Hmm, walaupun trial tinggal lg beberapa minggu je, tapi aku belum ade mood nak study lg.. Memang kritikal keadaan aku pada ketika ini. Tau nak enjoy je.. Apa la nak jadi dgn aku ni.. Keputusan sem lepas cukup2 makan je.. Macam mana la nak dapat 15 point macam Helmy tu.. Pandai nak mampus! Walaupun Chemistry dia dah A, tapi die tetap kata markah dia teruk.. What the *****!!

Apa-apa pun, aku dh pun mula menyelak2 lecture notes terutama skali Organic Chemistry yg susah nak mampus tahap nk lepas American Idol Season 7. Gitu... Hari Ahad ni ada Anugerah Juara Lagu.. Nmpknya sape2 yg nk tgk AJL kena la berebut tv kat Cemara tu. Sbb mlm tu pun ade bola. Yang aku tau, MU main. Mesti bising tahap cipan jantan2 kat cemara tu. Aku masih ragu2 lagi sama ada nk tgk kt rumah ataupun tgk kt cemara sbb biasanya aku balik cemara malam Ahad.

Lagi berita menarik yg berlaku di cemara. Pada hari Selasa yg lepas iaitu malam sebelum cuti Thaipusam, aku dan Badd dan Helmy dgn spontannya bermain badminton kt halaman depan blok 8 cemara. Ktrg main dlm pukul 12 pagi dan habis dalam pukul 12.30. Lepas tu, ktrg sambung berborak kat bilik Helmy sampai pukul 2 lebih. Aku dgn Badd yg jarang bersukan telah memberegukan diri melawan Helmy yg sememangnya terer bermain badminton seperti pelesit. Ktrg pinjam raket Tee Tat ngn sape2 punya ntah lagi yang ada dlm simpanan Helmy pada ketika itu. Habis dua shuttlecock ktrg tibai smpai togel benda tu. Hehehe..

Pada awalnya ktrg merancang nk tgk American Idol malam tu. Tapi oleh sebab 'mak datin' pegi tgk tv cerita Las Vegas, ktrg tukar la rancangan dgn bermain badminton di awal2 keheningan pagi2 buta tersebut.

Tapi aku masih risau dgn keadaan aku yg xde mood nk study. Aku tak mampu nak study macam Tee Tat mahupun Azery Sudeyhiah.. huhuhu..

Rasa nak bubuh gambar pulak supaya post ini kelihatan menarik. Hehehe..

Badd, Iwa, Helmy

2 comments:

Anonymous said...

insaf2 la drag~~
hehe...

Hazwan Samian said...

insaf la ni.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited