Saturday, December 29, 2007

Percutian Terakhir Tahun 2007 - Pulau Pangkor

Pada hari Jumaat yang lalu, aku telah mengikut keluargaku untuk ke Perak utk menghantar abangku pulang ke UiTM Seri Iskandar. Mulanya aku malas nk ikut, tp ikut jela sbb dh bosan duduk kt rumah lama sgt. Tak sbr2 nk masuk semester baru. Dah lama tak jumpa kawan2 semua.

Selepas menghantar abangku, kami terus bergerak ke jeti yang terletak di Lumut. Abangku tidak mahu ikut atas alasan ingin keluar dgn kawan (dating la tu, macam la aku tak tau). Kami tiba di jeti pada waktu tengah hari dan terus membeli tiket ke Pulau Pangkor. Kami tiba di Pulau Pangkor selepas 30 minit dan makan tengah hari di gerai yang terletak berhampiran dengan jeti. Nasi campur di sini memang sedap sehingga menjilat pinggan. Aku telah melantak nasi putih beserta lauk ayam merah dan pajeri nanas.


jeti Lumut

Selepas makan, kami menaiki van yang berwarna pink ke chalet kami. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Di sepanjang perjalanan, kami telah terserempak dengan monyet2 yang bersukaria di tepi jalan. Apabila tiba, kami segera check in dan tidur selama beberapa minit untuk merehatkan minda. Pada jam 4.45 ptg, kami menaiki van ke Kota Belanda dan juga Pekan Pulau Pangkor untuk membeli sedikit barangan. Aku telah membeli magnet peti sejuk manakala ibuku memborong berplastik2 ikan bilis. Di Kota Belanda, aku telah mengambil beberapa gambar. Tempat ini memang sudah byk berubah semenjak lawatan terakhirku di sini beberapa tahun dahulu.


masa kecil
masa remaja

Petang itu, kami bermandi-manda di pantai berhampiran tempat kami menginap. Ombak yang agak kuat membuatkan aku tidak gembira semasa bermandi-manda. Ibuku pula hanya mencelup2 badan sahaja. Aku dan adikku bermain di buaian berhampiran dan melompat2 kegirangan.

buai laju2
Malam tersebut kami makan di restoran yang terletak di sebelah chalet kami. Makanan di sini agak mahal dengan stail hotel. Hal ini adalah kerana banyak mat saleh makan di sini dan kurang orang Melayu makan di sini. Aku memesan nasi goreng ayam yang berharga RM5.90.



Keesokan paginya, kami menaiki bot ke pulau kecil berhampiran untuk berenang2 dan snorkelling. Kami tiba agak awal dan suasana di pulau tersebut agak sepi. Kami dibekalkan dengan roti untuk memberi makan ikans2 yang kebuluran. Memang kebulur ikan2 tersebut. Dalam sekelip mata sahaja, roti tersebut habis dibedal mereka. Aku melihat2 ikan dengan menggunakan goggle sewaan dan berenang2 di lautan biru. Kat tepi2 je, tak berani pergi ke kawasan dalam walaupun pakai life jacket. Aku ni mmg takut sedikit dgn laut dalam. Selepas 1 jam, keadaan di pulau itu sudah mulai sesak. Bot demi bot berlabuh untuk menjatuhkan penumpang mereka.


bagi ikan makan
Pada jam 10.30 pg, kami dibawa pula meronda2 kawasan pulau. Kami dibawa melawat batu2 besar berbentuk kepala buaya dan ikan paus. Selepas berjalan2 di atas air selama beberapa minit, kami dihempaskan ke tepi pantai. Kami segera pulang ke chalet dan bersiap2 untuk pulang ke Shah Alam. Seperkara lagi yang membuatkanku terpegun ialah kewujudan burung2 enggang yang bebas berkeliaran di pulau ini. Burung kebanggaan Sarawak ini memang sukar untuk ditemui di tempat2 lain.

Huh, rasa gembira sangat sebab dah lama tak mandi laut. Tak macam Mary, mandi swimming pool je.. Ape klas.. Hahaha...

Sunday, December 23, 2007

Sambutan Aidiladha

Hmm.. kali ni, aku telah menyambut Hari Raya Aidiladha di Johor Bahru iaitu di rumah nenek sebelah ibuku.. Aku bertolak ke kampung pada hari Rabu pagi bersama ibu dan adikku.. Manakala ayah dan Angah bertolak pada malam itu iaitu selepas pulang dari kerja. Semasa tiba, 2 keluarga sudah pun tiba iaitu Mak Poji dan Mak Ina (kedua2nya merupakan adik ibuku)..

Pagi2 Khamis, tatkala mendengar takbir berkumandang di masjid yang terletak 1km dari rumah nenekku, aku segera bersiap2 untuk ke masjid dengan memakai baju rayaku yang berwarna biru muda beserta butang Habib Jewel (lawa, siap ber'diamond2' lagi).. Aku ke masjid bersama adik dan sepupu-pupu-kupu-kupuku...

Sesudah semayang, daging lembu bahagian ibuku dan makcikku pun tiba.. Beberapa pekerja pakcikku menolong memotong2 daging berkenaan manakala aku dan sepupu-pupuku bersukaria bermain laptop di dalam bilik..

Pada petang tersebut, nenek memasak daging masak merah dan pajeri nanas untuk kenduri tahlil beserta yasin pada malam tersebut. Kenduri ini hanya dihadiri oleh saudara-mara terdekat sahaja iaitu adik-beradik ibuku. 6 daripada 9 keluarga sahaja yang hadir (Mak induk dan pak su pergi haji, pak dil dan makcik julia ada tetamu di rumah, pak ngah sudah hilang berita). Selepas kenduri, aku melantak daging masak merah besera pajeri nanas kegemaranku.

Pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat, ibu memasak sup tulang yang sememangnya sedap. Aku bersama2 sepupu2ku melantak sup tersebut dengan roti. Angah pulang ke rumah pada petang itu kerana esok dia ada jemputan kahwin membernya.

Pada hari Sabtu pula, kami sekeluarga bergerak ke Segamat untuk melawat sepupuku yang comel iaitu anak Mak induk dan pak su yang pergi haji. Kami tiba pada waktu tengah hari dan dijamukan dengan nasi ayam yang enak. Alangkah ruginya kerana Siti Fatimah malu2 untuk berada dgn kami dan menangis apabila dipegang. Geramnya,,

Selepas itu, kami ke Batu Pahat untuk ke kampung sebelah bapaku pula.. Aku telah menolong nyai(nenek) membakar sampah di belakang sambil memotong2 batang pokok ubi untuk ditanam pada hari esok. Malam itu, kami makan sate di kedai wak ngadino. Satenye mmg sedap hingga menjilat kucing.. Byk kucing berkeliaran di kwsn itu..

Keesokan harinya, aku bgn pagi untuk menanam ubi.. Senang je, just cucuk batang ubi ke dalam tanah yang telah digembur oleh adik dan ayahku.. Selepas itu, kami pulang ke Shah Alam dengan aman.. Kami singgah untuk makan mi bandung di Parit Bulat, Muar.. Mi bandung di sini mmg sedap kerana mengandungi udang, sotong, ayam beserta sotong.. Slurppp.. habis licin satu pinggan aku bedal..

Selepas itu, kami terus pulang ke rumah, Setibanya di rumah pada jam 3.30 petang, aku segera solat dan terus online kerana Mary telah menyuruhnku check blog yang telah diupdatenya.. Selepas itu, aku terus menulis post ini.. hehehe... =)

Sunday, December 16, 2007

Boring!!!

Urghh.. bosannya duduk kat rumah.. Asyik buat benda yg sama je setiao hari.. Makan, tidur, online, makan, tidur, online, bla bla bla.. Ada la jugak buat benda2 lain.. Takkan nk sebut semua kot... Selama aku berada di rumah, macam2 cerita dah aku tengok.. Bosan la, Astro asyik ulang cerita sama je..

Dah la PS2 abang aku bawak pergi rumah nenek aku.. Geram2.. Aku ada 2 game lagi nk habiskan iaitu Harry Potter and the Order of the Phoenix dengan Digimon World Data Squad.. Aku baru plan nak habiskan game2 tersebut semasa cuti panjang ni.. Huh! Geram2..

Nasib baik ada rancangan One In A Million dgn Asian Idol.. Terhibur jugak la dengan cerita2 berunsur begini.. Pastu td aku tgk cerita The Ant Bully dgn X-Men. Semalam aku tgk Behind the Enemy Lines dengan The Prince and Me 2... Apa lg eh cerita yang aku tgk sepanjang cuti ni? Hmm.. Banyak kot, tp x ingat tajuk.. Alamak, 8TV tgh tayang result Asian Idol.. Nampaknya pemenangnya ialah Hady Mirza dari Singapura.. Cis2, xpe2. Jac x menang.. Aku pun x kesah sbnrnya sbb bkn aku yg masok pun..

Wednesday, December 12, 2007

Besday Angah

the Street


Hari ini hari Selasa. Aku telah menyertai makan tengah hari sempena menyambut hari jadi abangku (walaupun besday dia bulan lepas). Kami makan di the Curve.. Nama kedai makan tersebut ialah Waroeng Penyet. Restoran ini menyajikan makanan Indonesia seperti ayam penyet, bakso dan gulai. Aku telah memesan ayam panggang dgn nasi serta soda gembira (minuman feveret kalau pergi indonesia, hehehe). Air soda gembira ialah air strawberi berkarbonat yang dicampurkan dengan krimer manis, cuma di sini, ia tidak dicampurkan dengan limau). Geram juga kerana rasanya tidak sama seperti di Indonesia. Jamuan ini cuma disertai oleh keluarga rapat je (adik-beradik) kecuali abang ketigaku yg sedang bekerja di Johor.


Apa yang bes di sini ialah... jeng jeng jeng! Apa lagi! Kedai mainan la! Di bangunan sebelah (Cineleisure) ada 3 buah kedai mainan! Geram btol aku dibuatnya. Cuma duit je yang xde.. Kalau ada duit, sudah tentu aku sudah rembat mainan Optimus Prime yang berharga RM109.90 tu.. Eiiisshhh.... Xpelah, xde rezeki.. Lain kali boleh la beli (nk beli jugak tu). Memang kedai2 di cini bes2 belaka serta branded2.. Kami juga berjalan2 di Ikano. Ayahku membeli DVD player (dah lame xde dvd player kt umah, bape tahun ntah). Bes la jugak ada DVD player walaupun jarang tgk cd cerita. Biasa tgk dkt kolej je dengan Badd dan Helmy.


Ni je kot yang aku nk tulis untuk post ni.. Macam xde bende sgt nk ceritakan. Haha..

Tengok wayang je...

Sekali lg, pada hari Isnin (10 Disember 2007), aku telah diajak keluar oleh Bella, Fadh, Azam beserta Sudeh (Azery Husin).. Tujuan ktrg keluar pd hari ini adalah untuk tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menonton wayang (aku sorang je, yg laen nk g eye on malaysia pastu). Pada awalnya, aku malas nk join diorg sebab dh kesuntukan wang.. Tp oleh sebabkan paksaan Bella yang asyik dibuli oleh mereka bertiga (Fadh,Azam,Azery), aku meringankan kaki utk menyertai diorang..

Mengikut rancangan asal, Fadh menyuruhku tiba di Midvalley pada jam antara 11 hingga 12 tengah hari.. Oleh sebab aku mmg sentiasa menepati waktu, aku pun tiba di Midvalley pada jam 11.50 pagi.. Beberapa langkah selepas aku keluar dari komuter, Fadh menelefon aku.. Kring kring.. (bunyi henpon aku bukanlah cenggini, ini sbg simbol sahaja). Fadh mengatakan bahawa mereka still on the way.. Oleh sebab aku dapat rasakan bahawa aku mmg akan smpai sebagai orang pertama, aku pun berjalan2 sebentar di Jusco dan Toys R Us.. Aku ni mmg gilakan mainan sejak dari dulu lagi.. Mmg x boleh elak daripada melihat2 kedai mainan yang ada di shopping complex.. Mainan yang mahal2 la, yang murah2 apa klas.. X hingin pown..

Bella pun smpai lewat sedikit kerana tren delay.. Huh, menyirap darah aku (xdelah, gurau je.. aku ni mmg penyabar orangnya). Aku pun terus berjalan di Jusco dan membeli sebiji Transformers yang kecil.. RM14.90 je.. Aku mmg minat Transformers sejak azali lagi.. Cuma masa kecil dulu xde duit nk beli mainan.. hehehe..

Apabila Fadh tiba, mereka bertiga terus membeli tiket wayang sementara aku menunggu Bella turun dari tren. Selepas itu, aku dan Bella pergi ke atas untuk menemui Azery, Fadh dan Azam. Mereka telah membeli tiket cerita The Golden Compass. Wah! Memang menepati cita rasa aku yang amat gemarkan cerita fantasi dan berunsur magis.

Oleh kerana tayangan bermula pada jam 3.30 petang, kami pergi lunch dahulu di food court. Aku telah melantak sizzling chicken chop rice dan air milo ais. Selepas bersolat, kami berjalan2 sebentar di sekeliling dan Azery telah membeli sehelai t-shirt di Samuel&Kelvin.. Tp apa yang menarik minat aku ialah cardigan murah yang terdapat di Romp.. Huhu, xpelah, tggu duit masuk dulu baru boleh beli..

Selepas diasak oleh Fadh, aku dan Azery segera bergegas ke wayang dan terus masuk ke Hall 11 dan pada ketika itu, iklan sedang ditayangkan.. Kesian Bella sebab dia kena duduk sebelah Chinese loving couple yang aksi mereka memualkan kami dan tergelak2 aku dan Bella dibuatnya (aku duduk sebe;ah Bella). Cerita Golden Compass ni memang bes bagi kanak2 (aku la tu) sebab mmg byk CG digunakan. Pelakonnya juga bes2 spt nicole kidman dan daniel craig. Tp yang paling bes ialah setiap orang memiliki daemon (binatang ala2 pokemon gitu) tersendiri. Daemon mereka juga comel2 belaka seperti Pan (kejap serangga, kejap kucing, kejap raccoon). Namun, cerita ini tergantung di tengah jalan apabila Lyra baru sahaja berlepas untuk menyelamatkan bapanya, Lord Asriel (Daniel Craig). Geram btol aku dibuatnya.. Kena tggu sekuel la nampaknya..

Selepas tamat, kami segera solat Asar dan seteruskan makan lagi di Burger King sementara menunggu waktu Maghrib. Aku dan Azery berjalan2 lagi untuk menyurvey pakaian. Selepas maghrib, aku memisahkan diri untuk pulang bersendirian manakala Bella, Fadh, Azery dan Azam pergi bersukaria di Eye on Malaysia.

Semasa perjalanan pulang, di KL Sentral, aku telah terserempak dengan Ain yang baru pulang dari mendulang emas di Mersing. hehe.. Gurau je, dia baru balik dari mersing sbb ada wedding. Kami berbual2 di sepanjang perjalanan ke Shah Alam.. Mujur Ain ada, kalau tidak, tentu kebosanan aku dalam tren tu sorang2.. Kami berpisah di KTM Seksyen 18 di mana Ain pulang ke kolej menaiki teksi sementara aku diambil pulang oleh abangku.

Saturday, December 1, 2007

Rumah Pusaka Ida di Kuala Pilah

Selepas penat berjalan2 di Perth, aku memenatkan lagi diri dengan berjalan di Sunway Pyramid dan Times Square. Memang hidup ini penuh dengan kepenatan. Tetapi, keseronokan yang dialami begitu berharga dan penat bukanlah topik utama. Aku amat bersyukur kerana dikelilingi rakan2 yang amat baik dan sekepala dengan aku. Tak perlulah aku sebut siapa, tahu2 sajalah siapa.

Pada hari Jumaat (30 Nov), aku telah pergi ke rumah Ida yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aku pergi dengan menaiki kereta Azam. Pada mulanya, aku sepatutnya menaiki kereta 'seseorang' tetapi memandang 'seseorang' itu tidak jadi ikut, aku terpaksa meminta Azam mengambilku sahaja. Semasa mengambilku, Fadh dan Azery sudah pun wujud di dalam kereta Kenari berkenaan. Kami meneruskan perjalanan ke Semenyih dengan aku menjadi juru arah. Semenyih merupakan kampung Bella. Apabila tiba di simpang depan Kg Tanjung, kelihatan Bella berbaju oren berjalan seperti mak cik menjual kuih menuju ke kereta Azam. Agak kelakar juga kerana semasa Bella menghampiri kereta, Azam menggerakkan sedikit kereta ke hadapan. Jangan berasa pelik kerana kali ini, aku menyertai budak2 kelas 7M4 dan bukannya rakan sekelasku sendiri. Maklumlah, aku mmg suka menyibukkan diri dengan budak kelas lain.

Kami meneruskan perjalanan terus ke Seremban dan akhirnya tiba di Kuala Pilah. Sebelum tiba di rumah Ida, kami telah singgah di sebuah kedai makan untuk menjamu selera kerana semua orang sedang kelaparan pada ketika ini. Waktu pada masa ini ialah 5 petang. Aku memesan kuetiau goreng beserta air milo ais.

Kami meneruskan langkah dengan memandu terus ke rumah Ida sambil berpandukan suara Ida melalui telefon bimbit Azam. Jiran di hadapan rumah Ida akan melangsungkan majlis perkahwinan pada esok hari. Aku berasa amat pelik kerana tempat ini pernah muncul dalam mimpiku sebelum ini.

di depan rumah Ida

Kami disambut oleh Ida dan ibunya sedang memasak kuetiau goreng di dapur (kuetiau lagi). Aku dan Bella telah mempelajari cara mengupas sabut kelapa daripada mummy Ida dengan menggunakan sejenis alat yang rupanya seperti gunting gergasi. Selepas solat Asar, kami dijemput untuk makan di dapur. Selepas itu, kami bersiar2 di sekitar kampung berkenaan (rumah Ida merupakan rumah kampung yang agak besar) dan membeli roti kaya daripada bai yang membawa basikal. Ida juga membelikan kami aiskrim Malaysia berperisa oren. Selepas itu, kami bersembang2 di buaian di sebelah rumah Ida.


bersembang2 di buaian

Pada waktu malam, kami pergi ke pasar malam berdekatan untuk berjalan2. Azery memvolunteerkan diri untuk duduk di dalam bonet kereta. Nak tergelak kami semua melihat telatah budak sorang ni. Kereta tidak muat kerana Ida telah join untuk ke pasar malam. Ida membeli keropok lekor dan kuih Tokyo, Azery membeli kaya ball kegemarannya dan aku membeli apam balik yang rangup.

Setibanya di rumah, kami terus makan malam iaitu nasi putih berlaukkan ayam masak lemak cili api (sedap woo), ikan sambal dan tauhu telur. Masakan mummy Ida sangat sedap tetpapi memandangkan kami semua sudah makan banyak pada hari ini, kami hanya menjamah sedikit. Ida sahaja yang makan berulang2 kali. Air barli yang dihidangkan juga dilantak oleh kami (kecuali Azam yang tak minum air barli).

Suhu pada waktu malam agak sejuk dan aku, Azery dan Azam segera masuk ke dalam bilik tidur walaupun suara orang berkaraoke dari rumah depan sedang berkumandang. Oleh kerana penat, kami semua tidur dengan lena.

Keesokan paginya, budak lelaki bangun lebih awal daripada kaum wanita. Azam yang tidak tidur selepas Subuh pergi mencuci kereta sementara aku dan Azery masih lagi lena diulit mimpi. Pada jam 9.30 pagi, aku terjaga dan menjerit kepada Ida untuk bersarapan. Ida membeli roti kaya (dari bai semalam) dan kami melantak roti berkenaan sehingga habis. Oleh, kerana Bella ingin pulang ke Seremban untuk bertemu dengan sepupunya, kami bersiap2 untuj pulang pada jam 11.30 pagi. Sebelum pulang, kami dijamukan dengan makaroni berkuah putih. Yang penting, rasanya amat sedap dan aku menambah beberapa kali.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada Ida, kami segera menuju ke Seremban. Di Seremban, kami telah singgah di Seremban Parade dan juga Terminal One. Di Seremban Parade, aku telah membeli sehelai seluar di Parkson dan Azam juga telah bertemu dengan rakan sekolah lamanya. Selepas itu, kami pergi ke Terminal One untuk menjenguk PC Fair di situ. Keadaan di Terminal One agak sesak dan tak best. Selepas itu, kami pulang ke Kuala Lumpur. Azam telah menghantarku pulang ke Shah Alam.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ida sekeluarga (walaupun tidak berkesempatan makan di restoran mummy Ida) dan juga kepada Azam yang sanggup mengambil dan menghantarku pulang. Walaupun kami semua tahu memandu, hanya Azam seorang sahaja yang memandu di sepanjang perjalanan kerana kami semua tidak tahu memandu kereta auto. hehehe... =p

Behind-the-Attachment

Attachment yg diharapkan tidak best seperti yang dijangkakan. Oleh itu, aku dan beberapa rakan yang lain membuat rancangan utk berjalan2 sahaja sepanjang tempoh attachment hospital kami.


Sunway Pyramid

Pada hari Selasa, selepas attachment di Jabatan Ortopedik Hospital Serdang, kami menuju ke Sunway Pyramid dgn tujuan asal bermain ice skating (tak main pun akhirnya). Kami pergi ke Sunway utk berjalan2 sahaja sambil window shopping. Mary pula tidak henti2 meluahkan keinginannya utk bermain2 di Sunway Lagoon. Tetapi apakan daya, setelah harga tiket disurvey, kami hanya menutup msebelah mata. Harga tiket ialah RM45 utk Wet Park dan Amusement Park. Kami hanya berminat utk bermain di Amusement Park sahaja tetapi apakan daya, tiket dijual secara pakej. Hiasan bertemakan Krismas juga menarik perhatian mataku sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam bangunan berkenaan.





Kami juga telah menemankan Apal untuk membelikan besday present utk girlfriendnya. Sepanjang berada di sini, kami telah berjalan di macam2 kedai serta makan di Food Court Jusco. Aku memilih utk makan claypot chicken rice sama dgn Apal. Aku berasa sgt best kerana wing baru yg dibuka amat besar dan banyak kedai baru dibuka. Kami berjalan2 di Parkson dan Jusco utk mencari hadiah yg sesuai utk awek Apal. Pah pula membelikan adiknya mainan Transformers (Starscream) di Jusco. Semasa sedang asyik berjalan2, tiba2 terlihat satu mesin dancing game. Apa lagi, aku yg berpengalaman dlm game menari ini (Sodox yg ajar) terus membeli token dan berlawan dengan Mary yang baru first time main. Keputusannya, mestilah aku yang menang. Hehehehe.. =)



lawan menari dgn Mary


Selepas solat Maghrib, kami segera bertolak pulang ke Serdang. Kami semua singgah di kopitiam yang terletak berhampiran rumah Badd untuk makan malam. Aku telah melantak kuetiau tomyam beserta air nestlo ais. Selepas itu, Yah memandu budak perempuan pulang ke rumah Senah di Bangi dan aku, Badd dan Apal pulang ke rumah Badd.


Berjaya Times Square

Pada keesokan harinya (Rabu), setelah memulangkan nametag di Hospital Serdang, kami segera pergi ke Berjaya Times Square yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dengan memandu kereta (Apal dan Badd). Walaupun kami semua tidak tahu jalan, kami redah sahaja dengan mengikut signboard ke KL. Mujurlah kami berjaya juga tiba di Times Square berkenaan.
Benda pertama yang kami buat ialah segera ke Cosmo's World Theme Park utk membeli tiket untuk bersuka ria di theme park berkenaan. Roller coasternya membuatkan aku tidak sabar untuk bermain semua rides yang ada.

Kami hanya berenam yang membeli tiket masuk (Aku & Mary, Badd & Pah, Apal & Mimi) manakala Senah lesap bersama boifrennya dan Yah juga begitu. Harga tiket adalah RM35 iaitu lebih mahal daripada tahun lepas (RM25 kot). Harga tiket pada hari biasa ialah RM30. Walaupun harga tiket mahal, kami teruskan juga niat kami untuk berseronok.

Ride pertama yang kami main ialah Spinning Orbit. Bagi aku, ride ini tidak begitu menyeramkan dan aku hanya berpusing2 di udara sambil menjerit2. Menurut Mary, ride ini agak thrill baginya. Selepas itu, kami terus ke Dizzy Izzy. Ride ini agak seronok dan aku amat seronok menjerit2. Seterusnya, kami bermain di Ooort's Express iaitu duduk sambil berpusing2 seperti tornado. Semasa sedang berpusing, aku terpaksa menahan sakit akibat hentaman Mary yang duduk di sebelahku. Berat juga Mary ni, ingatkan ringan macam plastik. Nasib kami agak tidak baik kerana Space Attack tutup untuk maintenance. Selepas bermain 3 rides tersebut, Pah dan Mary sudah tidak tahan lagi lalu memutuskan untuk berehat sahaja. Pah siap muntah2 lagi (kt dalam toilet la).

Baki yang tinggal terus pergi bermain DNA Mixer iaitu ride yang paling thrill dan gila. Berpeluh2 aku semasa dipusing2kan. Sampai basah handle kerusi berkenaan. Mary menyertai kami semula untuk bermain Supersonic Odyssey iaitu roller coaster yang sangat best (bg Mary x best sbb menakutkan). Selepas itu, kami semua bermain permainan kanak2 seperti Fantasy Trail, Botanic Drive, Buddy Go Round dan juga Crazy Bus. Kami semua tanpa segan silu bermain children rides berkenaan tanpa rasa ragu2. Aku menarik diri daripada bermain Robo Crash iaitu kereta langgar2 kerana pada masa itu, kepalaku sudah mulai pening.




Berikut adalah bilangan aku bermain rides di Cosmo's World:

1. Supersonic Odyssey - 2 kali
2. DNA Mixer - 3 kali
3. Lain2 - 1 kali je
4. Robo Crash - tak main sebab dah pening2
5. Children Rides - ada yang tak boleh main sebab untuk kanak2 je
6. Family Rides - yang ni bolehlah main


Aku berasa kagum dengan Badd, Apal dan Mimi kerana bermain tanpa pening sedikit pun. Mereka bermain dengan riang kesemua rides yang ada.



selepas bermain di Cosmo's World


Selepas selesai solat Asar dan Maghrib, aku telah singgah di kedai permainan Time Machine di mana kedai ini menjual pelbagai jenis permainan yang aku gemari seperti Transformers. Aku amat meminati Transformers semenjak dari kecil lagi. Sejujurnya, aku juga telah memiliki beberapa permainan Transformers. Namun, harga permainan di sini lebih mahal daripada biasa kerana semuanya diimport dari Jepun. Aku amat geram dengan patung Bumblebee, Starscream, Devastator dan Optimus Prime. Alangkah indahnya jika aku memilik RM1 juta. Bolehlah aku borong 1 kedai mainan tersebut.

Sebelum pulang, kami dinner di KFC. Senah dan boifrennya juga menyertai kami. Selepas itu, kami berpisah secara aman dan masing2 mengucapkan selamat tinggal kerana tiada lagi esok untuk diseronokkan bersama2 lagi. Mary & Mimi akan pulang ke Kelantan, dan yang lain2 akan pulang ke rumah mereka (Lembah Klang je pun).

Setibanya di rumah Badd, Apal bersiap sedia utk pulang ke rumah sepupunya di Bangi dan aku meneruskan 1 malam lagi di rumah Badd. Keesokan paginya, Badd menghantar aku pulang ke rumah. Terima kasih kepada Badd yang bersusah payah untuk aku dan terima kasih juga kepada rakan2 yang terlibat menimbulkan keseronokan semasa kita bersama2.

Aku amat berharap kami semua akan dapat lepak bersama2 lagi kerana aku berasa lebih seronok bersama mereka berbanding rakan2 sekelasku sendiri yang penuh dengan konflik. Thanks guys.. =)

Attachment ke?

Pada hari Isnin (26 Nov 2007) iaitu pd hari aku pulang dari Perth, aku telah menetap di rumah rakan karibku, Badd selama beberapa hari (4 hari kot). Tujuannya adalah utk menghadiri attachment di Hospital Serdang yg dijadualkan bermula pd 26 Nov dan tamat pd 29 Nov. Aku tiba di rumah Badd pd jam lebih kurang 8 malam. Aku disambut oleh Badd dan Apal di hadapan Secret Recipe di Jusco Taman Equine (dkt je dgn rumah Badd). Attachment seangkatan aku disertai oleh geng2ku dari 7M8 (Badd, Apal, Mary, Senah, Pah, Mimi) dan juga Yah (7M berapa ntah, tapi sama kelas dgn Haleem).

Attachment aku bermula pd hari Selasa walaupun aku sepatutnya mula pd hari Isnin (apa boleh buat, baru smpai Malaysia hari Isnin). Menurut kata Badd dan Mary, attachmentp pd hari Isnin adalah sgt bosan bagaikan tidak dilayan (mmg x dilayan pun). Tetapi, aku tetap pergi ke hospital pada hari Selasa dengan menaiki kereta Apal. Pada hari ini, kami dibawa ke Jabatan Ortopedik (pasal tulang2) dan dibawa berjumpa Mr Basir iaitu Ketua Jabatan Ortopedik. Kami telah di'sound' oleh doktor berkenaan kerana tidak berpakaian formal. Aku sebenarnya mmg sudah membawa pakaian formal di rumah Badd, tetapi Badd dan Apal yg kecewa dengan hari semalam tidak mahu lagi berpakaian formal kerana tidak dilayan. Mr Basir memperkenalkan kami dengan sister iaitu ketua misi di jabatan ini.



Sister berkenaan juga telah menegur pakaian kami (kasut Converse aku yg cantik dikatakan kasut jogging!, selipar bunga2 Yah pun ditegurnya, Badd pny jeans pn kne tegur, Yah main pusing2 rambut pun kena tegur! Hahaha). Mmg lahar sungguh sister berkenaan. Katanya, kami seperti mahu berjalan2 atau pergi bershopping (mmg betul pun). Sister membawa kami melawat sekitar Wad Ortopedik berkenaan. Kami ditunjukkan dengan Bilik Utiliti (bilik persediaan ubat), bilik dressing dan juga Bilik Plaster. Selepas mengajukan beberapa soalan bernas kepada sister berkenaan, kami dibenarkan utk melawat dan bersembang2 dengan pesakit di wad berkenaan (eiw!). Kami telah mencabutkan diri kami lebih awal daripada yang ditetapkan. Semua bagaikan tidak mahu bersembang2 dgn pesakit2 di situ kerana dikhuatiri mengganggu privasi mereka (Hehehe, alasan semata2).

Pada hari Rabu, kami pergi juga ke hospital pada waktu pagi dgn tujuan memulangkan nametag. Aku, Badd dan Apal bersarapan di kafe Fakulti Perubatan UPM. Aku tak dapat nametag pun sbb dtg lambat dan nametag pun sudah habis. Kami berbincang tentang destinasi kami yang seterusnya. Setelah berbincang, kami semua pulang ke rumah Badd (termasuk pompuan2 pun) utk menyalin pakaian untuk melahar di tempat lain. Aku juga berpeluang menaiki jejantas yang menghubungkan Hospital Serdang dan juga Fakulti Perubatan UPM.

selepas berbincang

makan coklat Spiderman dalam kereta


Kesimpulannya, attachment yang diharapkan dapat memberi seribu satu pengalaman rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Pengalaman tidak dilayan membuatkan kami berasa malas utk membuat attachment lagi. Walaupun begitu, pengalaman di Wad Ortopedik juga agak berharga kerana itu merupakan satu2nya jabatan yang melayan kerenah kami. Terima kasih diucapkan kepada Mr Basir, sister dan kakitangan wad Ortopedik =)

Thursday, November 29, 2007

Perth Vacation

Maybe some of you knew already that during my semester break this year, I went to an English-speaking country which is Australia. This was my first time traveling to an English country even though I had travel a lot before this. Usually, my family and I had traveled to neighbouring countries such as Indonesia (Jakarta, Bandung, Medan, Padang, Bukit Tinggi, Danao Toba, Bali), Thailand (Bangkok, Chiangmai) and some Arabian countries such as Dubai and Iran (Tehran, Isfahan). I had also went to Saudi Arabia to travel as well as our main intention which was to perform 'ibadah' to Allah.

This, our travel to Perth, Australia was also joined by my uncle and his family, his workers and also my grandmother.


Perth City


21 Nov 2007 - Wednesday

We left KLIA to Bandar Seri Begawan by Royal Brunei flight. The journey took approximately 2 hours and we had a transit there for several hours. During this transit, we took chances to perform our prayer, went to toilet as well as buying some food to fill our starving stomach. Then, we continued our journey to Perth which took 5 hours. On board, I had the chance to watch a couple of moives which were Harry Potter and the Order of Phoenix and also a musical movie, Hairspray. I loved Hairspray because it cointains a lot of interesting songs which were sung by the casts. This movie also starred some famous actors such as James Marsden, Zac Efrom and Amanda Bynes. Even though so, I still got a plenty of time to sleep which most of the people did in flight. The food served in the flight also not very bad such as Roasted Chicken with Potato and Ginger Fish woth Fried Rice. We used Royal Brunei flight service because it was cheaper than the direct flight.

at KLIA before boarding


We arrived at Perth at 6.40 pm (the time at Perth is 1 hour earlier than in Malaysia). We were welcomed by Sir John, the bus driver and also served as a tourist guide. He's not very informative as he rarely spoke during our journey. Then, we checked in at Perth Ambassador Hotel which is located at Adelaide Terrace. This hotel is situated in the middle of the city. I found out that there were no drainage system in Perth because the sandy soil here is enough to absorb water. Besides that, rain also rarely come down.

in front of the hotel


We had our dinner at Oleh-oleh Cafe which is an Indonesian restaurant which is located at Hay Street. It was just a 15-minute walk from our hotel. The price of the food was quite expensive but it's very worthy since they served the foon in large proportion. Our menu for the dinner was plain rice with fish and chicken curry. The food was very tasty and delicious. We ate the food very quickly because we were very hungry at that time.


22 Nov 2007 - Thursday

We were brought for sightseeing at King's Park Botanical Garden in the morning. The view here was very beautiful and stunting with the fresh air, greenery, the monument and architecture. Perth city also can be seen from this garden which is located on a hillside. The trees and plants here were very different from my place, and the grass was like a green giant carpet.





After tired of walking around the park, we were given a chance to board a cruise along the Swan River heading to Freemantle. During my way, I can see a lot of local people did some recreational activities such as jet skiing and also boating. Lots of jellyfishes could be seen on the river surface. In the cruise, we were given a free drink (either coffee or tea). There was also a small stall selling souvenir at a corner of the cruise. I bought several small koala bears as souvenir.


We arrived at Freemantle at noon and directly had our lunch at a nearby restaurat, Char Char Bull Restaurant. This restaurant served seafood and some other dishes. We had sweet potato and tomato soup, fish & chips, fresh fruits (watermelon, honeydew and pineapple) and hot drink. The fish & chips was very appetising and mouthwatering. The fish fillet was very big and compact until some of us couldn't manage to finish it. This meal was served with frsh vegetables like salad leaves, carrots, cabbage and some other unknown gree vegetables and also served with the delecious tartar sauce. The weather outside was very windy and cold. I could see a lot of seagull flying in the sky. There was also a cleaning boat which functioned to collect rubbish from the river.


fish & chips


outside the restaurant

Before heading back to the city, we dropped by a memorial monument which named Fallen Sailors & Soldiers Memorial. We had a quick tour around the monument for photograph. After that, we went to a shopping complex at harbour town. I bought a long sleeve t-shirt and some souvenir for my friends. The price was also quite cheap. The shops here were very tempting but I had to closed my eyes because I didn't have a lot of money to spend. My shopping desire was tamed by the delicious kebab which was bought by my uncle.


monument

23 Nov 2007 - Friday

Selepas bersarapan di hotel (Roti bakar, hash brown, cereal - makanan lain xleh mkn sbb dikhuatiri tidak halal), kami menuju ke Caversham Wildlife Park untuk meninjau haiwan2 unik di bumi Australia ini. Cuaca pd hari ini diramal 40 darjah celcius (panas nk mmps!). Antara haiwan2 yg sempat aku lihat dan belek2 adalah kangaru, koala, wombat dan walabi. Ada juga tasmania devil, dinggo, unggas2 serta beberapa haiwan biasa yg lain. Aku amat seronok melihat ibu kangaru yg mempunyai anak kecil di dlm pouchnya. Sgt comel! Aku memberi mknn kpd beberapa ekor kangaru serta mengambil gmbr dgn kangaru2 berkenaan. Ada kangaru coklat dan ada juga yg berwarna putih (albino agaknya). Terdapat juga burung merak di sini. Selepas itu, kami dibawa ke pondok wombat iaitu sejenis binatang yg sgt gemuk dan berat. Kami hanya dibenarkan menyentuh perutnya sahaja. Koala merupakan haiwan yg sgt comel tetapi pemalas. Ia hanya tidur sepanjang hari dan hanya bgn seketika sahaja. Aku sempat mengambil gmbr dgn koala tersebut. Sebelum keluar, aku memberi patung pewter kangaru dan koala utk dijadikan kenangan.





Pada jam 11 pagi, kami dibawa ke Margaret River Chocolate Company. Di sini, kami diberi sample percuma dan dibawa melihat proses pembuatan coklat. Terdapat pelbagai jenis coklat dijual di sini spt dark chocolate, white chocolate, nougat, chocolate milk dan juga t-shirt. Aku hanya meninjau2 keadaan sekeliling sahaja dan tidak membeli apa2 pun kerana mahu jimatkan wang untuk dilaburkan utk benda lain. Ibuku hanya membeli sebotol air susu coklat untuk dikongsi bersama2.

tgk je, x bli pn

Pada waktu ptg, kami dibawa pula ke Tumbulgam Farm utk meninjau proses mengetam bulu biri2. Kami juga dipaparkan dengan cultural show yg menunjukkan ttg orang2 asli Australia. Kami juga diberi peluang bermain alat muzik 'Digiredu' iaitu batang buluh yang menghasilkan bunyi aneh apabila 'bubbling' di dalamnya. Kami dibawa ke Shearing Shed di mana proses pengetaman bulu kambing dilakukan. Selain itu, beberapa ahli kumpulan kami diberi peluang utk menyusukan anak2 biri2 yg sgt comel. Sebelum pulangm kami dibawa mengelilingi ladang tersebut dgn menaiki cart yg ditarik oleh tractor.



24 Nov 2007 - Saturday

Kami meneruskan perjalanan ke Madurah untuk melihat dolphin. Madurah terletak 67 km dr bdr Perth. Kami menaiki bot dan dibawa melalui rumah2 di tepi sungai. Rumah2 tersebut amat moden dan setiap rumah memiliki bot mereka tersendiri. Pastinya orang di sini sgt kaya sehingga sanggup membazirkan berjuta2 dolar utk mbeli bot dan rumah. Nasib kami agak baik pada hari ini kerana ada seekor dolphin muncul semasa dalam perjalanan pulang ke jeti. Dolphin tersebut hanya muncul seketika untuk mengambil udara dan seterusnya hilang daripada pandangan mata.



Kami meneruskan perjalanan menaiki bas ke Freemantle Markets untuk shopping. Walaupun sblm ini kami pernah dibawa ke Freemantle, tetapi pada hanya pada hari Freemantle Markets dibuka. Nenek telah membelikan sehelai baju untukku di sini. Aku juga telah membeli snow globe kecil yang mempunyai patung black swan. Aku berjalan2 bersama adik dan sepupuku di dalam pasar yang x best ini. Kami diberi masa 2 jam utk bershopping di sini.

Setelah pulang ke Perth, pada malam itu, kami menyertai makan malam bbq yang dianjurkan oleh pakcikku dan rakannya. Restoran Love & Care merupakan restoran milik warganegara Malaysia yang menyajikan makanan Melayu. Pada malam ini, menu kami ialah BBQ ayam, kambing serta daging. Ada juga sosej, lasagna, nasi putih, asam pedas dan rendang. Tidak ketinggalan air sirap bandung yang telah kulantak sebanyak 3 gelas.


25 Nov 2007 - Sunday

Hari ini merupakan hari Free & Easy di mana kami diberi kebebasan utk berjalan sendiri di sekitar bdr Perth. Aku mengikuti ibu bapaku berjalan2 di Hay Street dan juga singgah di pasaraya Myer utk membeli coklat. Aku membeli coklat 'the Simpson' dan juga Spiderman. Coklat Spiderman tersebut telah ku bahagi2kn kpd rakan2 se'attachment' dgnku spt Badd, Apal, Mary, Pah, Senah, Yah dan Mimi. Selepas lunch, aku mengikuti pula abang dan adikku berjalan2 di sekitar dan juga ke Swan River dgn berjalan kaki. Penat juga berjalan kaki ke sungai berkenaan. Kami singgah di taman utk mengambil gmbr serta di jeti dan Swan Bell. Hari ini hanya ku habiskan dgn berjln2.. Kami juga sggh di London Court yg suasananya seperti Diagon Alley dlm cerita Harry Potter. Byk kedai tutup pd hari ini kerana pd hari Ahad, kedai hanya dibuka tengah hari hingga petang dan ada yg tutup pada hari ini.

London Court


jln2 kt bdr Perth



26 Nov 2007 - Monday

Aku bgn pd jam 1 pagi dan bersiap2 ke airport kerana pd hari ini, aku akan pulang ke Malaysia. Flight kami adalah pd jam 6.10 pg. Kami tiba di Malaysia pada jam 3.10 ptg dan selepas bersalam-salaman dgn ahli kumpulan yg lain, aku segera pulang ke rumah mengikuti keluargaku. Pada ptg tersebut, aku bersiap2 pula utk ke rumah Badd selama beberapa hari utk attachment di Hospital Serdang.

Aku berasa sungguh gembira dan amat berterima kasih kepada ibu bapaku yg bersusah payah membayar kos percutian kali ini iaitu RM3000+ bagi seorang. Duit perbelanjaan adalah hasil kutipan duit rayaku (AUD$100) dan ayahku telah menambah AUD$30 lg utkku dan adik-beradik yg lain. Aku juga sgt berterima kasih kepada pak cikku yg menanggung kos makan & minum kami semasa berada di Perth.


Dan itulah sahaja kisah percutianku pada kali ini. Diharap agar aku dpt melancong lg ke destinasi yg menarik pd masa hadapan. Semoga anda enjoy membaca post aku ini.

p/s: terima kasih juga kpd Mary yg telah membuka mataku utk menulis blog sendiri.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited