Salam semua.
Hari ni nak kongsi sikit tips persiapan sebelum/semasa berjalan di luar negara agak menjadi panduan kepada traveller semua, especially jika berjalan lama macam seminggu atau lebih.
1. Pakaian
Sila bawa pakaian yang mencukupi dan bersesuaian dengan cuaca di destinasi anda. Sila buat kajian sikit sebelum bertolak. Cuaca macam mana, suhu dan musim apa. Kalau musim sejuk tu, atau suhu belas2 darjah Celcius, silalah bawa jaket atau sweater yang bersesuaian. Kalau forecast kata hujan, bawalah payung atau baju hujan. Jangan melenggang jalan-jalan pakai seluar pendek pulak. Pastu komplen sejuk. Kalau rasa diri tu solat, pakai seluar panjang siap-siap atau bawak kain ke. Siap nak kena pinjam seluar kawan untuk solat dah kenapa kan...
2. Makanan
Bekalan makanan yang mencukupi pun agak penting lagi-lagi bagi sesiapa yang tak into makanan asing. Maklumlah ada orang tekak Melayu je, tak boleh makan makanan pelik-pelik sikit. Bawalah roti sikit, Brahims ke kan. At least boleh cover sikit kelaparan masa bersiar-siar tu. Pastu kalau hari-hari nak makan nasi briyani kat oversea tu memang tak la, sepinggan dalam RM30 camtu. Kalau sehari 2x makan selama seminggu, dah berapa kos tu? Oleh sebab travel ni memakan tenaga yang banyak, maka eloklah makan sarapan walaupun sedikit. Jangan cakap "aku kan biasa tak breakfast", lepas tu kau sendiri yang komplen pening-pening kepala lepas berjalan selama beberapa jam. Sila makan penumbuk.
3. Daypack
Daypack tu apa? Beg untuk dibawa semasa tour, tak kisahlah backpack ke, rucksack mahupun sling bag. Untuk apa? Untuk memudahkan diri sendiri mengisi barang keperluan seperti botol air, dokumen penting, isi jaket kalau tak pakai, letak payung ataupun isi barang shopping. So, tak perlulah menyusahkan orang lain dengan menumpang barang kau, sedangkan diri kau lenggang kangkung jalan dengan amannya. Sakit bahu kawan kau bawa barang lebih muatan tu.
4. Planning
Tolong plan. Kalau travel backpacking tu, kau jangan join menadah je. Sila tolong study sama-sama seperti plan route perjalanan, check tempat menarik, berapa tambang subway, kat mana nak shopping souvenir murah dan lain-lain. Kalau sekadar ikut then buat orang lain rasa annoying, silalah beli ticket balik awal. Tak payah join pun takpe. Kadang-kadang malam balik bilik, kitorang busy plan nak pergi mana esok, kau buat-buat tak tahu duduk sibuk susun souvenir dan ambil gambar hasil borongan hari itu.
5. Baggage Allowance
Sila add-on luggage allowance kalau rasa diri tu shopping banyak. Jangan hanya reti menumpang je. Kawan tu bayar untuk barang sendiri, bukan barang kau. Banyak option dan berat luggage yang ada, pilih sahaja yang mana berkenan. Kalau backpack tu, boleh je bawak beg lipat masuk dalam backpack tu, masa nak balik packing baru keluarkan beg tu. Tak susah pun.
6. Penginapan
Selalu kitorang pilih hotel bajet atau hostel je. Iyalah sebab nak guna untuk tidur malam je, tak payah mahal sangat kot penginapan. Dah nama pun hotel bajet, banyak la benda kena add-on kan, contohnya towel dan toiletries. Haaa, bawaklah towel sendiri ataupun towel nipis yang untuk travel tu. Tak payah la bazir duit beli towel mahal kat situ. Sekarang dah malas nak tidur hostel campur orang, prefer private room. Untuk keselamatan satu, dan ada privasi sikit. Kalau ada attached bathroom lagi bagus.
Eh, emo sikit masa tulis entri ni. Harap semua faham ye.