Assalamualaikum dan salam ceria everybody~
Nampaknya tahun 2013 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Seperti biasa, aku akan buat imbasan tentang aktiviti2 yang aku dah lakukan di sepanjang tahun 2013 ni. Aku akan buat month by month lah ye.
01 | Januari
First trip kami ke Hello Kitty Town & Little Big Club di Nusajaya. Aku pergi dengan Zu & Nur merangkap rakan2 gosip aku kat HSI. Best jugak jadi kanak2 untuk sehari. Sehari ke? Rasanya berhari2 kitorang perangai macam kanak2. Banyak rides kat sini tapi mostly untuk kanak2. Tapi who cares? Kami redah semua. Hahaha.. Alhamdulillah tak ramai orang pada hari tu, so semua kami conquer. Makanan kat sini harga standard fast food tapi souvenir semua mahal2. Menci.
02 | Februari
Celebrate birthday Imani kat rumah Angah. Tugas aku ialah membuat food tag dan poster Pocoyo. Best makan kek rainbow.
03 | Mac
Pergi pameran kraftangan kat Kuala Lumpur. Nak survey2 doorgift untuk wedding Atih gitu. Ok la, tak ramai sangat macam Matta Fair. Balik makan steak kat kampung baru. Chop N Steak.
Bulan ni juga, nendaku jatuh sakit sebab diserang strok. First time aku amek emergency leave kat hospital tu. Nenek dimasukkan ke dalam ward untuk beberapa hari lepas tu dibawa pulang ke Bangi. Maka, aku tinggal sorang2 la kat Johor tu. Huhu, sedih.
04 | April
Family trip ke Kuala Terengganu dan Cherating. Mula2 Angah ambik Sufi kat UiTM dulu lepas tu kami bermalam di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu untuk 1 malam. Pergi jalan2 kat Pantai Batu Burok dan malam tu kami makan di Air Buah Pior. Memang besar2 gelas yang dia hidangkan. Esoknya pergi Pasar Payang untuk shopping sikit. Di Cherating pun kami spent 1 malam. Mandi2 laut dan juga swimming pool. Kelakar pulak bila Imani geli kat pasir. Haha.
Melaka trip with kawan2 dari Melaka-Manipal. Makan seafood dengan diorang then pergi Jonker Walk untuk cari souvenir sket2. Memang trip kali ni jalan2 cari makan jela. Bebudak ni pun suggest tempat makan yang best2 kat sana.
Hujung bulan ialah birthday aku dengan Atih. So kami sekeluarga pergi bercuti di Port Dickson. Stay di PNB Ilham Resort. Memang best. Budak2 tu pun suka. Balik dari Port Dickson sambung celebrate kat Chilis, Citta Mall. Haha, tamak nau celebrate banyak2 kali.
05 | Mei
Cuti Hari Perkerja aku ke Desaru dengan Zu dan Nur seperti biasa. Mula2 pergi pantai Desaru. Gila ramai orang. Makan nasi ayam kat sini kejap pastu cabut ke Batu Layar. Sangat cantik Batu Layar ni. Pantainya dihiasi batu2 yang unik. Tengah enjoy2 camwhoring tetiba hujan. Haha..
Hujung bulan aku pergi Penang. Naik flight dari Johor. Ada dua wedding. First kami pergi Kulim untuk wedding abang Azri Marican. Lepas tu ke Arau untuk wedding Mije pulak. Aku stay kat rumah Wanji. Alang2 dah ke Penang, mestilah jalan2 cari makan kan. Yang penting, pergi ke Hard Rock Cafe/Hotel untuk beli souvenir.
06 | Jun
Aku pergi ke Legoland lagi buat kali ketiga. Maklumlah ada annual pass kan. Kali ni pergi dengan Emie berdua je. Alhamdulillah Emie beli tiket and dapat 1 tiket free untuk bulan Julai. Rezeki. Main semua rides yang bukak, ada yang tutup untuk maintenance. Ish3. Kacau daun betul. Aku borong Lego seperti biasa untuk tambah koleksi.
Another trip ke Kuching bersama Wanji. Tujuannya trip ni bukan sebab ada wedding, saje je nak travel. Kat sana kami disambut oleh Duwe dan Fyruz. Antara tempat yang dikunjungi ialah Damai Beach, makan seafood di Top Spot, Kampung Budaya Sarawak dan waterfront. Kali ni kami menetap di Tunes Hotel yang terletak berhampiran dengan waterfront.
Pharmacy Family Day di Austin Hills Golf & Country Resort. Aku dipaksa jadi emcee sebab aku sorang je PRP melayu. Memang bengang gak la sebab aku memang tak suka jadi emcee. Tapi aku buat jela sebab dah takde orang sangat. Aku join main bowling dan of course la tak menang kan. Haha..Meriah jugak malam tu, cuma makanan je kureng. Nasi keras.
to be continued...