Assalamualaikum dan salam Jumaat~
Kali ni nak bebaskan diri kejap daripada menulis entri pasal travel. Penat wooo tulis pasal travel, sebab nak kena belek gambar satu2, recap balik tempat mana yg dilawati hari tu. Maklumlah, travelnya berbulan2 lepas, tapi baru nak belog sekarang. Busy ok..
Topik sensasi hari ni berkaitan pengangguran kami semua selama 4 bulan. Hua3.. Bila tah nak masuk kerja, offer SPA dah dapat cuma placement je belum lagi. Surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka akan tiba pertengahan bulan Oktober ni which is lebih kurang lagi seminggu la. Walaupun aku dah tau placement kat mana, tapi still nak tunggu surat utk confirmkan. Mana la tau last minute nanti ditukar pulak kan.. Bukan boleh percaya..
Persiapan kerja.. Hmmmm, medical check-up da buat kat private clinic sebab nak cepat. Kena caj dalam RM95. Ok la tu, nak cepat kan. Kalau buat kat gov, kena tunggu seminggu dua baru result keluar. Kali ni medical check-up agak mudah, tak perlu blood test seperti Hepatitis dan HIV. Last time kena buat mende2 ni, kena hampir RM300. Pitam sangat.
Then kena buat akuan bersumpah dekat Pesuruhjaya Sumpah. Luckily kat Shah Alam ni ada pejabat Pesuruhjaya Sumpah, tapi since pesuruhjaya tu kawan bapak aku, so bapak aku jela yang pegi mintak sain dia. Haha, malas betul aku. Caj normal RM7 per signature kalau tak silap aku. Before fly ke Glasgow dulu, pergi sendiri mintak sain.
Next, pasal buku2 pembelajaran. Ye, walaupun akan bekerja sebagai Pegawai Farmasi, bukan bermakna boleh bekerja sewenang2nya. Ada beberapa buku yang perlu ditelaah seperti buku undang2, buku ubat dan juga buku dos ubat. Semalam baru habiskan RM489 untuk membeli buku2 terbabit dan juga 2 helai white coat. Mahalkan??? Nasib baik ada pama, alhamdulillah. Nak harap duit sendiri, memang goodbye la buku2 sekalian ye. Hari ni giliran kawan2 lain pula membeli buku di Syarikat Kamal. Sorry la tak join, sebab hari Jumaat kan.
Total cost: RM 399 |
Ok, itu sahaja update pasal pekerjaan. Nak kata excited nak kerja, tak jugak. Nak kata tak nak kerja pun, tak jugak. I'm stuck in between. *tetiba*.
Gambar fail dari tahun 2011 masa attachment kat Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang. |
InsyaAllah akan kerja mid Oct or early Nov. Mohon doa anda semua untuk permudahkan journey kami kali ini. Kali ni, kawan2 tak ikut kerja di tempat yang sama, so kena la cari kawan baru. Hihihi..
2 comments:
welcome to the 'real world' slamat bekerja ^^ V
haha.. thanks! malasnye nk kerja.. =.=
Post a Comment