Walaupun dah nak masuk Hari Raya Haji, tapi still nak tulis pasal Aidilfitri yang lalu. Maklumlah, banyak entri bertimbun2 so banyak la yang agak ketinggalan sebenarnya. Entri pasal travel pun belum habis lagi, tapi terpaksa selang-selikan dengan non-travel entri. So apa yang berbeda untuk Aidilfitri tahun ni??
For the very first time of my life, tahun ni paling banyak pergi beraya kat rumah kawan2. Sebelum2 ni memang tak pergi beraya rumah kawan ye. Sebab malas drive kot ye? Dan juga tak banyak jemputan open house. Tapi tahun ni lebih meriah. Mungkin sebab kitorang semua baru habis study dan banyak masa terluang kot? Ke sebab memang aku tak ramai kawan? Hahaha...
Selain pergi rumah kawan2, rumah saudara-mara juga adalah wajib ye although tahun ni tak dapat banyak duit raya sangat. Maklumlah dah nak kerja kan. Hehe.. Selepas 4 bulan pun still menganggur ape kes??
Meh sini kita tengok apa yang kawan2 aku masak.. Hehehe..
Sipot
Pada suatu malam, secara random ajak Emie pergi beraya kat rumah Sipot kat Klang. Dekat je, sebab tu gigih nak pergi gak. Makanan yg dihidangkan ialah mee goreng tanpa sayur (sebab Emie tak makan sayur) dan juga homemade carrot cake. Sedap!
Open House
Ni open house kat rumah sendiri. Makanan separuh katering dan separuh masak sendiri. Antara yang dikater ialah nasi briyani, ayam goreng, lauk nanas, kambing golek dan sate manakala hidangan sendiri ialah laksa Johor. Open house ni diadakan sehari sebelum konvokesyen IMU, so ramai la jugak yag hadir, termasuk orang Sarawak. Hehehe..
Wanji
Masa jalan2 kat Penang bersama family, sempat singgah rumah Wanji kat Nibong Tebal. Laksa utara menjadi hidangan. Selain itu ada kuih cincin dan juga kek puding hasil air tangan kakak Wanji. Kesian Wanji dan parent yang baru tiba di Penang pagi tu. Pagi2 aku dah kejut Wanji suruh bangun sebab kitorang nak datang.
Mirah
Hari ni beraya di Kajang pulak. Ada dua rumah, mula2 rumah Mirah then rumah Faiz pulak. Mirah masak nasi lemak. Oooo saja nak gemukkan aku balik yeeeee.. Hehehe.. Pastu ada jugak kek coklat dan juga tart blueberry yang sedap! :)
Faiz
Lepas beraya kat rumah Mirah, kitorang pergi rumah Faiz pulak yang terletak di Bukit Mahkota, lebih kurang 20 minit jugak la perjalanan walaupun Bukit Mahkota juga sebenarnya juga dialamatkan under Kajang. Sebagai anak jati Terengganu, Faiz menghidangkan keropok lekor dan juga tapai pulut yang dibalut dengan daun getah. Tapai ni kuat efek dia. Mirah sampai pening2, Kak Pah sampai tersasul banyak kali dan aku pulak jadi mengantuk gila. Faiz bubuh apa dalam tapai tuuuu? Cepat cakap!
Lukman
Lukman buat open house kat Senawang. Kitorang pergi lepas Emie balik kerja. Ramai budak IMU yang hadir pada malam tu, dah setahun tak jumpa korang tau. Menu malam tu ialah soto, mee goreng and murtabak.
Kak Pah
Last but not least, kitorang ke rumah Kak Pah yang terletak di Taman Melewar. Kak Pah sediakan menu istimewa iaitu Chicken Cordon Bleu. Sedappppppp! Ada nasi ayam jugak, merah betul ayamnya tapi tak pedas. Sempat main kejar2 dgn arnab Kak Pah yang malu2 manja. Selalu je lari menyorok bawak kerusi.
Ok, itu je update untuk kali ni. Thanks kawan2 yang sudi masak best2! Next year datang lagi yeeee.. Hehehe..
0 comments:
Post a Comment