Tuesday, June 24, 2008

Bosankah duduk di rumah?

Aktiviti masa lapang

Bosannya duduk di rumah.. Aku tidak tahu nak buat apa pada cuti lama ini. Cuti bukan sebulan dua, tetapi lebih kurang 7 bulan. Cuti lepas SPM pun tidak selama ini. Huhu..

Abang aku akan berkahwin pada bulan Ogos ni, macam-macam perkara yang aku kena buat. Kemas rumah, dan juga membuat apa-apa yang perlu disediakan menjelang hari perkahwinan nanti. Nanti kena gam paper bag.. Kena fikir macam mana nak buat hantaran, dan macam-macam lagi.

Kalau ikutkan hati, nak je kerja, tetapi terpaksa tangguh selepas abang aku kahwin. Nanti kesian pula kedua ibu bapaku kena buat kerja sendirian. Adik aku dah la malas..

Kawan-kawan aku yang mengambil jurusan perubatan akan memasuki IMU pada bulan Ogos manakala aku yang mengambil jurusan farmasi hanya akan masuk IMU pada bulan Januari. Dah intake dia memang pada bulan Januari, terima jela... Harap2 result A-Level aku ok.. Nanti boleh la masuk IMU dengan senang hati..

Azri Marican kata nak ajak keluar, tetapi tak jadi pula sebab dia ada BTN. Kena tunggu lepas dia tamat kem untuk olympiad la pulak.. Nasib baik dekat UM je.. Dia kata nak ajak Izzat sekali. Bagus la tu sebab aku pun dah lama tak jumpa Izzat tu..

Mak aku ajak aku pergi melancong pada bulan 11 ni. Aku meminta untuk pergi ke Korea sebab pemandangan di Korea memang cantik2 macam yang terpampang dalam cerita2 Korea. Aku dah ajak beberapa rakan untuk ikut serta terutama sekali classmates aku yang teringin nak buat class trip. Tetapi diorang tak jadi pula sebab kata mereka bulan 11 tu lambat sangat.. Ada juga yang ibu bapa tak bagi.. Anis sudah menyatakan minatnya tetapi dia masih sedang mencari teman. Cipak meninggalkan Anis sebab Cipak nak ikut Kak Lehanya ke Jepun untuk bertemu dengan kakak yang seorang lagi. Kawan aku di MRSM (Helmi) dulu pun sudah menyatakan minatnya. Siap nak bawa sepupu lagi.. Aku harap diorang jadi la ikut.. Aku tak tahu kenapa budak2 perempuan malu nak ikut sebab malu dengan parent aku.. Dorr~~ Memang lame betul excuses diorang ni. Kalau tak nak pergi, cakap jela tak nak pergi.. Aku kini bergantung kepada keputusan Helmi dan Anis je.. Kalau diorang jadi, aku pun jadi la.. Mesti best pergi melancong dengan kawan2.. Selama ini melancong dengan family je..

Kata Aminnur, iaitu kawan aku yang sedang belajar di Korea, currency dia RM3 sama dengan 1000 won.. Harap2 barangan di sana tidak mahal sebab boleh la aku shopping banyak. Kalau bernasib baik, boleh la terserempak dengan SNSD ataupun Super Junior (berangan je lebih aku ni). Kata Adon iaitu sepupu Azri Marican yang juga aku kenal melalui Aminnur, bln 11 iailah penhujung musim luruh dan hampir masuk ke musim sejuk. Aku memang tak berapa suka musim sejuk sebab kat Iran dulu, musim sejuk dia memang sejuk gila. Tak best untuk berjalan2..


Perkahwinan Miss Noli di Kuantan

Pastu, Miss Noli iaitu lecturer English kitorang dulu akan berkahwin seminggu selepas A-Level. Aku memang nak pergi. Azery pun ajak. Tapi masalahnya, jauh. Miss Noli akan berkahwin dengan arjunanya di Kuantan. Nampaknya tiada peluang la nak melihat Miss Noli yang cute semasa hari bahagianya. Apapun, aku dah rancang dengan geng aku iaitu Anis, Ida, Cipak, Bella, Azery, Badd dan Helmy untuk membeli hadiah untuk Miss Noli. Mula2 kitorang ke Giant untuk mencari hadiah. Kitorang bercadang nak beli set pinggan mangkuk. Tapi lepas tu tiba2 aku terfikir. Miss Noli sure dah balik Kuantan sebab minggu depannya dia bersanding. So, kitorang pun telefon Miss Noli tetapi dia sudahpun menukar nombor telefon bimbitnya. Jadi, kitorang call la pulak Pn Lin, Pn Liza dan juga Miss Rahmah untuk bertanyakan nombor Miss Noli. Setelah lama menunggu, kami pun dapat nombor dia.

Selepas itu, kami pun menelefon Miss Noli. Cipak yang call tapi mengaku dirinya Ida. Hehe, diorang ni, ada2 je.. Setelah Ida yang betul berbual2 dengan Miss Noli, rupa-rupanya Miss Noli dah tidak akan kembali ke Shah Alam kerana dia sudahpun meminta untuk dipindahkan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP). Dengan sedihnya, kami pun tak jadi nak beli hadiah sebab tak tahu nak bagi macam mana.

Tapi selepas aku pulang ke rumah, dan buat clearance asrama, aku masih lagi ingin membeli hadiah untuk Miss Noli kerana aku banyak terhutang budi kepada beliau. So, aku pun beli hadiah yang kecil, ringan dan senang dipos. Nasib baik hari itu pergi ke Amcorp Mall, so sempat la mencari hadiah untuk beliau.

Lalu aku pun pos lajukan bungkusan hadiah itu dengan harapan ia akan sampai ke tangan penerimanya.

~Selamat Pengantin Baru~



Harap-harap di sepanjang cuti ini aku akan mendapat idea2 bernas untuk mengisi masa lapang. I'm gonna miss my friends so much...

Saturday, June 21, 2008

Graduation + ALM Dinner

Majlis Graduasi

Pada hari Jumaat lalu, iaitu sehari selepas tamat paper terakhir A-Level iaitu Chemistry Unit 6B (Synoptic), kami semua menghadiri majlis graduasi di Dewan Besar INTEC. Kami pergi dengan menaiki kereta Badd kerana kami semua perlu tiba di sana pada jam 7.30. Aku agak tergesa2 pada pagi tersebut kerana terbangun agak lewat.

Selepas ketibaan VVIP, doa dibaca serta lagu Negaraku dinyanyikan. Selepas itu, Dr Bib memberikan ucapannya yang terbahagi kepada 5 bahagian. Taklah panjang sangat ucapan Dr Bib dan semua kata-katanya memang bermakna. Majlis penyerahan sijil dimulakan dengan pelajar ACTP diikuti dengan ADFP (junior). Selepas itu, Alot memberikan ucapan sebagai valedictorian program ATU. Kami semua agak jeles dengan ucapannya yang berbunyi "See you guys in New York during New Year Eve".. Mereka semua akan ke US untuk menyambung pengajian mereka. Selepas ucapan selesai, giliran pelajar ALM pula menerima sijil. Aku, Badd dan Azery antara orang yang terawal kerana kami duduk di barisan keempat. Apabila nama Azery disebut, para hadirin menjerit2.. Malu Azery dibuatnya.. Tetapi, aku dan Badd juga kena jerit sampaikan Dr Bib berkata kepada aku "You've got a lot of friends down there". Ye je, aku bukannya ada ramai kawan pun..

Setelah selesai majlis graduasi iaitu pada jam 10.20 (2 jam lebih awal daripada dijangka), kami semua diminta untuk tunggu sehingga lunch disediakan. Sementara itu, kami mengambil gambar kenangan terakhir di INTEC bersama2 rakan2 dan lecturer. Memang agak sayu keadaan pada ketika itu. Pelajar2 memang sibuk mengambil gambar masing2, di dalam dewan mahupun di luar dewan.

budak2 sengal

ex-MRSM Beseri

classmates

geng lahar

Kami singgah di bilik Pn Lin dan Pn Mimi untuk bertemu mereka buat kali terakhir. Ida dan Bella juga sudah ada di situ. Kami juga mengambil beberapa keping gambar bersama mereka. Pn Lin memberikan kami cenderamata. Memang rajin Pn Lin ni..

Pn Lin, Miss Rahmah, Miss Shuhada

Pn Mimi

ALM Annual Grand Dinner

Kami tiba di Hotel Grand Blue Wave agak lewat kerana menunggu para wanita untuk bersiap. Majlis sepatutnya bermula pada jam 8 malam tetapi kami tiba 40 minit kemudian. Badd membawa Ida dan Bella manakala aku membawa Azery, Anis dan Cipak. Selepas menghantar Ida dab Bella, Badd segera ke Bukit Raja untuk berjumpa dengan rakannya. Aku pula meletakkan kereta di besmen dan segera naik ke lobi. Alangkah malangnya kami kerana tidak mendapat refund RM10 kerana terlewat tiba. Takpelah, aku menyalahkan budak2 perempuan kerana kelewatan mereka.

Semasa aku, Azery, Anis dan Cipak melangkah masuk, sesi ucapan sedang berlangsung. Ida, Bella dan Najwa sudah ada di meja no 8. Kami pun segera duduk dan berbual2 mesra. Taklah ramai sangat yang datang, cuma ada beberapa belas meja je. Antara tetamu yang hadir ialah Dr Bib, Pn Rita, Pn Liza, Pn Ziana, Dr Yamin dan Pn Lim. Aku sempat menjeling2 keadaan sekitar untuk melihat2 siapa yang hadir pada malam itu. WanG memakai baju melayu oren, Duwe pakai apa ntah dan mereka duduk di meja Sodox, Mel, Awi, AreA, Achik dan beberapa orang lagi. Pelajar2 perempuan memang melaram sakan la pada malam itu.

Anis yang pakai contact lens warna purple (tak nampak sangat dalam gambar ni)

K dan girlfriendnya iaitu Mira datang duduk menyertai meja kami kerana meja kami terdapt beberapa kekosongan. Beberapa cabutan bertuah dijalankan (aku memang tidak pernah bertuah). Terdapat juga persembahan band daripada junior AUSMAT dan juga tarian daripada pelajar. Haleem juga tidak ketinggalan menyanyikan beberapa buah lagu. Elia kelihatan cantik pada malam itu dengan memakai pakaian serba putih.

Elia Mazni yang menawan

Aufa Dahlia yang elegan

Hidangan pertama pada malam itu ialah sup yang sedap. Kami terpaksa makan dengan cepat kerana para pelayan di situ akan mengambil mangkuk sup tersebut walaupun kami belum habis makan. Kemudian, ayam blackpepper yang masin dihidangkan disusuli dengan ikan kerapu sweet & sour. Selepas itu, udang masak apa ntah, sayur dengan cendawan serta nasi goreng nanas yang pelik rasanya. Akhir sekali, kami dihidang dengan air laici dan juga sejenis penkek.
Banyak juga kami bergambar pada malam itu. Dengan rakan2, dengan lecturer dan dengan sesama sendiri. Setelah lama bergambar, kami pun pulang ke kolej.

classmates perempuan (budak2 laki dah bersepah)

Pn Liza yang comel

Pn Ziana (tengok mata Anis, purple btol)

berposing di tangga sebelum balik

Agak kenyang la makanan pada malam tu, tetapi agak leceh kerana pinggan yang diberi sangat kecil dan udang pula sukar untuk dibuang kulinya. Puas hati juga la dengan makanan pada malam itu.. Aku berharap agar dapat bertemu dengan rakan2ku lagi pada masa hadapan.


Saturday, June 14, 2008

Birthday Jah @ Pizza Hut

Pada hari Jumaat yang lalu iaitu sejurus selepas habis paper Biology unit 4 & 5B yang teramatlah susah, aku bersama2 beberapa rakan2ku pergi menyambut hari lahir Jah yang ke-20 di Pizza Hut, SACC Mall. Birthday Jah sebenarnya ialah pada 9 Jun iaitu pada beberapa hari lepas.

Aku pergi dengan menaiki teksi yang diambil di depan ESSO Seksyen 18 bersama dengan Badd dan juga Azery. Pada mulanya, Wang, Duwe dan Mije ingin mengikuti kami, tapi oleh sebab kami lambat bersiap, mereka pergi dahulu dengan menaiki bas mini. Setibanya di SACC, kami terserempak dengan Jah, Mirah dan B yang ingin ke Plaza Alam Sentral sebentar untuk membeli kek.

Kami berjalan2 dahulu di Giodarno kerana Azery ingin menyurvey harga seluar hitam di situ. Tiba2, WanG dan yang lain2 bertembung dengan kami di situ. Di Pizza Hut, kelihatan Anis dan Cipak dengan berbual2 mesra. Kami mengambil tempat masing2 dan menunggu Jah & the geng tiba. Budak2 laki memesan set untuk 6 orang serta tambahan 1 piza besar. Maklumlah, kami semua lapar setelah penat memerah otak untuk bio petang tadi. Budak2 perempuan pula sudah memesan makanan mereka sebelum kami tiba. Tidak ramai sangat yang hadir, cuma Jah, B, Mirah, Anis Cipak, aku, Badd, Azery, WanG, Duwe dan Mije. Cuma 11 orang sahaja yang hadir. Aleen tidak dapat hadir kerana ibu bapanya datang ke sini manakala yang lain tidak tahu kenapa. Mungkin nak study lebih kot.. Sodox pula pada mulanya ingin turut serta, tetapi tengok2 dia tak jadi pergi pula. Ada hal la tu..

bahagian sini

bahagian sana

Kami semua menjamu selera dengan bersemangat sekali. Walaupun makanan perempuan sampai dahulu, tetapi makanan lelaki habis dahulu. Budak perempuan siap offer lagi piza diorang yang tak habis. WanG dan Azery berlumba2 siapa yang makan lebih banyak. Duwe pula malu2 untuk menambah makanan walaupun dia sebenarnya ingin makan lagi. Mija seperti biasa, diam sahaja.

Agak bising juga la kami pada malam itu, dengan lawaknya, dengan ketawanya dan dengan riuh-rendahnya. Akhirnya, Jah membuka kek birthdaynya yang dibeli dari Bee's Bakery. Kek Blueberry yang tertulis Eidil Milad Khadijah yang bermaksud Selamat Hari Jadi Khadijah.. Walaupun kekenyangan yang teramat sangat, kami makan juga kek tersebut. Azery dan Duwe menghabiskan lebihan kek terbabit kerana kami malas untuk membawanya pulang ke kolej. Aku dan WanG memberi hadiah kepada Jah..

Jah dengan keknya

kontrol macho

kontrol ayu

Pada jam 10 lebih2 sedikit, kami pun berangkat pulang kerana pintu Pizza Hut sudahpun diturunkan separuh. Budak2 perempuan pulang dengan menaiki Avanza 'pak cik' kesayangan WanG manakala kami pergi ke PKNS untuk menunggu bas. Lama juga kami tunggu.. Agak seronok sambutan tadi, segala kesusahan yang dikecapi semasa exam dapat dilupakan begitu sahaja.

Setibanya di kolej, kami singgah di bilik Jiji untuk mengambil cerita2 yang best tetapi malangnya, Jiji tiada di bilik. Kami pun segera pulang ke bilik masing2..

Malam yang indah.. Memang rasa gembira sangat...



Monday, June 9, 2008

Sambutan Birthday Ayah

Pada hari Sabtu yang lepas, aku sekeluarga pergi menyambut hari lahir ayahku yang ke 55 di Kelana Jaya. Restoran yang kami pilih pada kali ini ialah Restoran Cowboy yang terletak di sebelah tasik di Kelana Jaya. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan barat dan juga makanan tempatan. Tetapi malangnya, makanan tempatan tidak disediakan pada malam itu. Pada mulanya, Along mencadangkan kami makan di Holiday Inn Glenmarie, tetapi oleh sebab sudah penuh, kami pun beralih arah ke Cowboy.

Sambutan kali ini disertai juga oleh mama (mak mertua Along), Kyra (tunang Angah) dan juga Kimi (anak saudara abang iparku). Aku dan keluargaku tiba agak awal dan menunggu dahulu di luar. Aku dan adikku pula berjalan2 dan memanjat2 taman permainan yang ada di situ, tetapi sekejap sahaja kerana keadaan di situ basah akibat hujan siang tadi. Aku juga beberapa kali bermain2 dengan kucing2 yang ada di kawasan itu.

Sebenarnya, pada petang itu, umi, ayah, atih dan adikku baru sahaja pulang dari Langkawi. AKu tidak ikut sebab aku sibuk dengan peperiksaan A-Level. Hmm, dah 2 kali miss berjalan2... First pergi Indonesia dan second, pergi Langkawi. Takpelah, bukan rezeki aku kali ni. Ada banyak masa lagi di dalam dunia ini yang boleh diluangkan untuk berjalan2 dan melancong.

Aku dan adikku memesan Cowboy BBQ Chicken di mana hidangan ini merupakan seekor ayam kecil yang dibakar dan dihidangkan bersama sos BBQ, fries dan juga salad. Aku memesan minuman Fruit Punch. Harga makanan dan minuman di sini agak mahal daripada biasa. Ini merupakan kali kedua kami ke sini. Sebelum ini, kami ke sini juga untuk menyambut hari jadi (tapi tak ingat birthday siapa).

bergambar dengan topi Cowboy

Keadaan di restoran ini agak lengang dan sunyi. Tetapi bak kata Kak Kyra, biasanya di sini memang ramai orang. Ini adalah kerana restoran ini terletak bersebelahan dengan stadium Kelana Jaya. Jika ada perlawanan bola sepak, restoran ini pasti akan penuh dengan peminat2 bola.

Setelah 2 jam menikmati hidangan di sini (dan juga memberi kucing makan), kami pun bersalam-salaman dan pulang ke rumah masing2. Komen aku, tak kenyang sangat la makan malam ni.. Kuantiti makanan yang diberi seperti sudah berkurang berbanding dengan dulu (walaupun aku melantak fish & chip ayah dan umi serta menghabiskan salad Along).

Hmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited