Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua..
Hari ni nak cerita pasal pengalaman pahit getir ketika melancong di luar negara. Maklumlah, walaupun tempat pelancongan tu maybe zero-percent crime rate, tapi kita tidak boleh pandang remeh tentang keselamatan ketika berjalan-jalan ye. Walau ke mana pun kita melancong, kena sentiasa berhati-hati dengan keadaan semasa serta dengan orang sekeliling. Kadang-kadang orang yang tak suspicious tu la yang akan merobek kocek anda.
1. Rome, Italy
Italy memang terkenal dengan kadar penyeluk saku yang tinggi ye. Kena sentiasa berwaspada pada setiap masa. Ada beberapa kes, kawan-kawan kena seluk tanpa disedari. Walaupun beg sentiasa berzip, kadang tangan pencuri ni pantas. Zap zap zap terus hilang dompet dan segala. Peristiwa ini juga berlaku kat ayah aku semasa menaiki Metro (subway) di Rome. Tetiba dihimpit orang dan lepas tu terus sedar wallet dalam kocek sudah pun lesap. Maka habislah wang Euro & Pound Sterling, kad pengenalan, kad kredit dan sebagaikan. Memang terus gelabah, lepas tu semua orang takde mood nak jalan2 dah. I won't come here again. Menyampah... Habis sumber kewanganku tau, kena berjimat cermat je lepas tu.
2. Venice, Italy.
Wahhh, Italy lagi. Kau memang bad luck ke apa? Selain kejadian curi-mencuri, negara Europe juga terkenal dengan mogok aka strike. Peristiwa yang mungkin terjadi adalah seperti mogok kenderaan awam mahupun mogok lapangan terbang. Kalau ini terjadi, sistem kenderaan akan lumpuh sebahagian besarnya. Semasa di Venice, during our last day of trip in Italy, perkerja2 Batobas (bot) bercadang untuk mogok selama satu hari. Maka kami terpaksa berjalan kaki dari hotel ke stesen kereta api yang jaraknya mungkin 3 km dengan mengusung beg, jalan celah2 bangunan dan juga turun naik tangga. Oh, I hate it.. Sampai kat stesen je terus beli air..
3. Brussels, Belgium
Ini pun berkaitan dengan mogok kenderaan awam. Metro memang lumpuh sepenuhnya manakala bas sedikit sahaja yang beroperasi. Maka berjalan la 2km dengan beg ke hotel dari stesen bas utama. 40 minit jugak la. Tak ke membazir masa tu? Lepas tu nak pergi city balik kena la jalan 2 km lagi. Ahhhh, benci.. Pembaziran di situ.
4. Paris, France
Ok, ini bukan la liku-liku sangat. Tapi nak cerita jugak. Ni pun berkaitan dengan kenderaan awam iaitu bot tambang. Ni memang salah sendiri, di mana kau kehilangan one-day tiket. Ish3, dalam 9 Euro camtu la tiketnya. Masa tu tengah busy dok shopping souvenir, mungkin tiket tu terkeluar dari wallet. Natijahnya, aku sorang naik metro ke Louvre manakala kawan aku lagi 3 orang pergi naik bot tu, juga untuk ke Louvre. The bright side is, aku sampai lagi awal daripada diorang. So, aku sempat jalan2 kat garden depan Louvre tu. Maunye 1 jam aku tunggu kot diorg tak sampai. Time aku tengah lepak2 makan roti, tetiba banyak burung merpati datang nak mintak roti. Kacau betul la.. =.=
5. Nevis Range, Scotland
Ski trip tak menjadi. Dah semangat tau pergi ke Fort William sebab nak main ski kat Nevis Range. Masa naik bas 4 jam dari Glasgow ke Fort William tu pun dah cukup mencabar. Met Office dah keluarkan warning angin kencang ribut taufan. Ok, itu terlebih sudah. Takde taufan pun, cuma angin yang sangat kuat. Banyak kali juga la dengar dentam dentum bas tu kena pukul angin. Memang sangat kuat. Alhamdulillah sampai juga ke destinasi. Dekat atas gunung tu pulak, kitorang plan nak main sledge dulu lepas tu baru ski. Masa tengah sledge tu memang ribut dan melibas2 muka aku. Dengan hujan batunya lagi, pedih gila muka. Maka rehat la kejap kat kafe dia sambil bantai hot chocolate. Lepas tu konon nak sewa peralatan ski kat bawah. Pastu orang tu cakap tak boleh sebab tempat ni dah nak tutup due to bad weather. Cis cis cis...
Ok, itu sahaja yang teringat buat masa ni. Kalau ada tambahan nanti, aku update la yeee...
:)
