Monday, March 12, 2012

Tanggungjawab Bersama


Assalamualaikum wbt dan salam musim bunga..

Hari ni nak cakap sikit pasal tanggungjawab atau dalam dalam bahasa omputehnya disebut responsibility. Bukan nak feeling2 perfect dengan sendiri or nak bongkak ke apa, tapi cuma sekadar peringatan bersama supaya kita sama2 dapat hidup dalam suasana yang harmoni.

Kita di bumi asing ni bukanlah hidup secara sendirian duduk sorang2 dalam bilik tapi hidup secara berkawan ataupun lebih tepat lagi secara ber'housemate'. So, secara logiknya bila hidup bersama, adalah beberapa tugasan ataupun tanggungjawab yang perlu dilakukan secara bersama mahupun bergilir2. Contohnya memasak, mengemas dan mem'plan' aktiviti jalan2 pada musim cuti. Benda2 macam ni memang nampak mudah dan simple, tapi kalau tak pernah buat menang tak tau betapa 'senang'nya benda ni. Orang yang buat je tau perasaan ni.. Agak menggarukan kepala juga la..

Kadang2 minda ni berfikir, dah besar umur puluh2 ni pun masih nak kena suruh, tunjuk dan arah ke? Aku tak nak jadi 'queen control' ke apa, tapi kalau benda ni ditimbun2kan, memang sakit hati. Taktaulah nak husnuzon tang mana dah, kalau puluh2 kali pun macam tu je. Tolonglah kenalpasti tanggungjawab yang perlu dilakukan. Aku taklah terer sangat pun bab2 uruskan rumah tangga ni, kadang2 ada je terlupa nak cuci toilet ke, cuci bilik mandi ke, vakum lantai ke.. Tapi itulah lumrah hidup manusia. Tapi kalau setiap minggu lupa, itu sangat dot dot dot..

Bab memasak pun, bukanlah nak suruh masak tahap Masterchef kan. Masaklah dengan seikhlas hati. Jangan cincai boncai sangat. Orang boleh nilai kalau masakan tu dimasak berpandukan usaha yang dilakukan. Giliran memasak tu pun silalah alert ye. Penat jugak nak kena cakap everytime turn masak dah tiba.

Ok la, itu sahaja sekadar renungan bersama..

Jangan benci diriku kerna diriku hot... Ok, ini tiada kaitan.. =p



Spring is in the air. Photo taken at University of Glasgow ground.


Renung-renung dan amalkanlah.. 

Bak kata Aleen Hoho, sehari satu zikir...
Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Cheers mate!

=)

4 comments:

Miss said...

hi..silent reader sini!! suka bace blog org di perantauan ni..anyway best of luck ^^

amirahms said...

tu diaa....bawak bertendang dek ;)

Hazwan Samian said...

@Miss

tenkiu.. x sangka ada silent reader kt blog ni.. hehe..

@nozomi mi goreng

tgh bertendang la ni.. kalo x, mmg aku dah bakar2 blog ni.. =p

nabila ibrahim said...

hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited