Saturday, December 29, 2012

Imbasan 2012 (Part One)


Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca sekalian,

Seperti biasa, iaitu seperti tahun2 sebelum ini, tidak sah jika penulis tidak membuat ulasan dan imbasan serba sedikit tentang aktiviti yang dilakukan pada tahun ini. Mau baca imbasan tahun 2009, 2010 dan 2011? Sila klik link di bawah ini ye.
Imbasan 2011 (Part One & Part Two)

Oleh sebab banyak sangat aktiviti yang dilaksanakan setiap tahun, maka imbasan kali ini juga perlu dibahagikan kepada dua bahagian. Untuk bahagian pertama ini, entri ini akan meliputi aktiviti dari bulan Januari hingga Jun 2012 yang kebanyakannya adalah kenangan di bumi Glasgow tercinta dan bahagian dua adalah untuk saat2 penulis sudah berada di Malaysia tanah airku.


01 | Januari

Bulan pertama dirasmikan dengan sambutan hari lahir Siti Nurhaliza 7M6 iaitu Cik Fariz. Seperti biasa, sambutan dilaksanakan sebanyak dua kali. Satu surprise, dan satu lagi santapan beradap. Antara menu yg disediakan oleh Chef 7M6 ialah nasi briyani dua jenis; pedas dan kurang pedas, kari ayam, ayam goreng, sayur campur, dan cucur. Kek dibuat special oleh aku yang mana kali ini aku buat kek tiga lapis coklat dan vanilla difrostkan dengan chocolate ganache and dihiasi dengan taburan coklat putih. Selamat Hari Tua Fariz! Semoga kau suka jaket Primark tu yeeee.. :)



Sejak Disember lagi, research project telah pun membuka tirainya. Kumpulan aku terdiri daripada 6 orang iaitu 3 locals dan 3 dari Malaysia. Oleh sebab kami ni Asians, maka kami pun buatlah baking day sesama sendiri *eh, takde kaitan pun dengan Asians ke tak kannn*. Alex menyediakan chocolate chip oat cookies, Esther dengan marble cake sementara aku menghidangkan seafood pie. Aktiviti ini berlangsung di rumah Esther yang terletak di tingkat 5. Haiyooooo, senaman sangat tau kena panjat tangga sampai atas...



Surprise tak surprise, sambutan hari lahir kedua pada bulan Januari ini milik Hanafiah. Sebenarnya party ini terlalu surprise, sampaikan bila kitorang trick Hanafiah datang rumah kitorang, dia still blurr. Siap tanya lagi, ni ada nak ajak sape2 makan ke? Korang ada tetamu ehh kejap lagi? Lol.. Hanapiah memang blurr... Menu yang disajikan: mee hailam Wanji, pizza, nachos berkeju serta koktel buah-buahan sumbangan pihak wanita. Kek yang aku buat kali ni dua lapis je, still coklat dan vanilla tapi dengan cream cheese topping. Happy birthday Piah! Semoga kau sentiasa berjaya dalam kehidupan.. :)



Kemudian, batch kami ada buat sesi fotografi untuk Chinese New Year. Meriah kan? Serba merah semuanya. Ambil gambar dekat belakang James Blyth Court je.. Niceee~



Next, ada sambutan birthday lagi. Kali ni untuk naqib kami, iaitu Encik Joe. Kami perlu serbu rumah dia kat Kinning Park. Semangat tau bangun pagi2 naik subway pergi Kinning Park. Cuaca sangat sejuk, masih lagi kelihatan frost di atas rumput. So sekarang rumput dah jadi putih, no more green. Lepas makan kek, Joe belanja kitorang kat kedai makan berhampiran. Kedai fast food halal. Ada jual pizza, burger etc. Tapi sayangnya aku kena rush back sebab ada practice untuk Malaysian Night. Bungkus jela. Selamat Hari Lahir Joe! dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.. :)




02 | Februari

Setelah berbulan2 menyediakan persediaan, latihan dan perancangan menu, akhirnya tibalah masa untuk Malaysian Night yang dianjurkan oleh batch kami. Selain menjemput pelajar2 Malaysia di Glasgow, kami juga menjemput lecturer2 dan rakan2 Scottish dari batch kami tapi malangnya hanya sedikit je yang hadir. Tak mahal pun tiket, kitorang jual £6 je.. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah Malay dance, Indian dance, K-Pop & Hip-hop dance serta koir Rasa Sayang Hey. Selain itu, ada fashion show, mini-games, tayangan video and jamuan. Makanan sangatlah banyak sebab meliputi 3 bangsa utama di Malaysia. Makanan Melayu ada nasi tomato, ayam merah, pajeri nanas dan onde-onde. Hidangan Cina pula seperti vegie fried rice, black pepper beef, sweet sour chicken, popiah, mixed vegie dan lain-lain. Masakan India pula terdiri daripada butter chicken dan papadom.



Sejak duduk di Glasgow, kami juga berkesempatan untuk menyaksikan opera Hansel & Gretel yang di Theatre Royal yang terletak tidak jauh dari tempat tinggal kami. Lebih kurang 15-20 minit jalan kaki rasanya. Opera ni best, tapi sakit telinga sikit la sebab opera kan. So pelakon dia banyak terpekik terlolong la. Lol. Tiket tak mahal, £10 je rasanya and seat pun ok. Tapi tak boleh ambil gambar semasa pementasan, nanti kena tegur dengan makcik jaga tu...



Birthday seterusnya ialah milik Faiz. Ini pun surprise, sebab Faiz pun taktau yang kitorang tau hari ni birthday dia. Aku pun tau sebab hari tu ada sekali korek wallet dia pastu nampak student ID dia. Student ID kan ada tulis tarikh lahir, so kantoi la birthday dia bulan Feb. Faiz pun terkejut gak la kitorang buat sambutan ni, rasanya family dia bukan jenis yang sambut birthday. Menu kali ni ialah nasi goreng, ayam goreng, telur dadar, papadom, burritos, mee bandung dan juga cream puffs. Kek pulak aku buat kek oren. Oleh sebab aku puasa pada hari aku buat kek ini, makanya aku selalu suruh Anis rasa batter tu. Sebagai balasan aku pun tolong dia buat cream puffs tu.



Bulan Februari juga merupakan bulan yang manis bagi aku sebab family datang Glasgow! Yeayyyy! Umi, ayah, Sufi dan nenek datang menyerbu Glasgow. Oleh sebab family datang time ada kelas, tak boleh nak keluar selalu. Tapi ada satu hari tu Wanji bawak adik aku jalan2 Glasgow sebab aku ada meeting dengan Geoff Coxon. Thanks Wanji! Antara tempat menarik yang dilawati adalah seperti George Square, Kelvingrove Museum, University of Glasgow, Scotland Street School Museum, River Clyde, Celtic Park dan juga Ibrox Stadium.







03 | Mac

Since family datang selama 2 minggu, aku pun bawaklah adik aku pergi Manchester dengan menaiki bas. Tak jauh sangat, adalah dalam 4-5 jam perjalanan. Since adik aku ni peminat setia Red Devil aku pun bawaklah dia pergi Old Trafford Stadium. Pergi membeli-belah sikit. Selain itu, bawak dia pergi Hard Rock Cafe dan juga Town Hall. Ni pergi berdua je, parents dan nenek tinggal kat rumah sebab nenek tak boleh jalan jauh2 sangat. Kami bermalam di Travelodge seperti biasa.



Beberapa hari kemudian, aku bawak family pergi Edinburgh pulak. Kali ni tak naik bas, tapi naik train sebab lagi murah. Ada harga Groupsave iaitu £24 untuk 4 orang (same day return). Tapi aku pakai untuk pergi je, sebab balik hari esoknya, beli tiket lain. Aktiviti utama ialah untuk memborong souvenir. Generally, souvenir Scotland kat Edinburgh jauh lebih murah dari Glasgow. So belilah banyak2 ye.. Sementara ibu bapa menemani nenek di bilik hotel, aku pun bawak Sufi pergi jalan2 kat Edinburgh Castle dan kawasan sekitar. Esoknya singgah Hard Rock Cafe Edinburgh yang terletak berhampiran dengan stesen bas.



Birthday lagi? Yela tu, kali ni birthday Bee pulak pada bulan Mac. Seperti orang lain, sambutan adalah sebanyak dua kali, satu surprise dan satu secara proper. Menunya ialah mee kari, cream puffs, kek batik, koktel buah-buahan, tiramisu, murtabak dan sandwich. Kali ni aku berehat dari buat kek, so Cipak buat kek  untuk malam ni. Kitorang baru tau birthday Dilah & Michelle jugak adalah pada bulan Mac. So potong kek sekali la ye.. Happy birthday Bee! Semoga kau suka la perfume comel tu.. :)



Aku, Wanji dan Duwe juga berkesempatan untuk join satu aktiviti yang dianjurkan oleh ILuvIslam yang diadakan di University of Warwick. Joe yang jadi driver sebab dia sorang yang 25 tahun. Kalau below 25 tahun, insurans lebih mahal ye. Hehehe.. Aktiviti ini dinamakan SMILE dan terdiri daripada beberapa ceramah daripada penceramah terkemuka seperti Dr.Maza dan lain-lain.




04 | April

Selepas tamat aktiviti SMILE tu, kami pun menyambung perjalanan kami ke Stoke-on-Trent. Kat sini ada senior sekolah aku, Nadawi yang belajar di University of Keele. So, kami pun tumpang bermalam kat rumah dia. Esoknya, Awi bawak kitorang jalan2 kat University of Keele dan juga Britannia Stadium (Stoke City FC).



Selepas menghantar Awi pulang ke rumahnya, kami meneruskan perjalanan ke Liverpool. Di Liverpool, kami bersiar2 di Liverpool Pier, Anfield (Liverpool FC) dan juga Goodison Park (Everton FC). Walaupun tak minat bola, tapi ikut jela diorang pergi stadium ni sebab nak beli souvenir. Hahaha, memang wajib beli pin badge kalau singgah kat mana2 stadium.



Selepas Liverpool, kami meneruskan roadtrip ke Lake District. Lake District terletak di utara England sebelum sampai ke Scotland. Ianya kaya dengan pemandangan semulajadi yang menakjubkan serta menyegarkan. Kat sini ada tasik yang berlatarbelakang gunung-ganang yang indah. Subhanallah.. Selain itu, banyak kambing biri-biri berkeliaran kat sini. Nak pergi dekat ambil gambar sangat susah, nanti diorang lari.. Mbekkkkkkk~






Birthday bulan April dimulakan dengan birthday Anis. Masa ini sangat ajaib, sebab cuaca sangat sejuk dan salji turun secara tiba2. Turun sikit jela, tak putih pun pemandangan. Tapi still seronok tengok salji turun. Yela, kat Malaysia takde salji. So kat sini enjoy salji puas2. Menu yang disajikan ialah spegeti goreng, nasi goreng, pizza, karipap dan marshmallow salut coklat. Kek kali ni aku buat kek epal. Happy birthday Kak Mona! Semoga seronok kerja di Perghlih tu ye.. XD




Lepas birthday Anis, birthday aku la pulak ye. Birthday aku hujung2 bulan, tapi kengkawan buat sambutan awal. Sebab kitorang busy nak prepare untuk exam kot. Sambutan awal ni sepatutnya surprise tapi macam mana tah boleh kantoi. Huahuahua.. Aku berjaya menghidu drama Kak Pah & friends. Ntah kenapa pada hari sambutan itu, hatiku terdetik nak buat cupcakes. So, terus la hidang kat diorang. Kek birthday pulak Farrah yang buat iaitu kek rainbow 3 warna. Menu yang disajikan ialah roti jala, kari ayam, strawberi celup coklat dan pizza. Thanks guys! :') Lepas ni memang tak dapatlah nak celebrate birthday sama2 lagi ye. Semua dah berjauhan.




Another big trip this month iaitu ke Newcastle, Amsterdam & Brussels! Kali ni special sikit, tak naik flight tapi pergi naik cruise from Newcastle to Amsterdam. Ingatkan seronok naik cruise ni, rupanya pening2 jugak. Mabuk laut gitu. Kat dalam cruise ada kedai souvenir dan restaurant. Pekerja kedai souvenir tu pun orang Indonesia. Meriah tak? Ngomong2 aja.. Masa kat Newcastle, kitorang sempat melawat Tyne Bridge yang agak popular di sini.





Amsterdam, kami datang! Trip kali ni paling ramai penah kami handle, iaitu 14 orang. Tak pernah lagi jalan2 ramai camni. Walaubagaimanapun, trip kali ini tetap meriah dengan beberapa drama. Antara tempat menarik yang dilawati ialah melihat windmill di Zaanse Schans serta menikmati warna-warni tulip di Keukenhof Garden. Memang banyak gileeee tulip! Taman ini dibuka semasa musim bunga sahaja ye.



Selepas Amsterdam, kami menaiki bas pula ke Brussels. Brussels terletak di Belgium dan sangat popular dengan Belgian waffle. Kami sempat juga la rasa sekali. Memang sedap dan tekstur waffle agak berbeza dengan waffle biasa. Lebih tumpat dan mengeyangkan! Pada esoknya, kami pergi melawat Mini-Europe pula. Di sini, banyak model2 bangunan landmark di serata Europe boleh didapati, seperti Westminster Abbey, Eiffel Tower, Colloseum, dan lain-lain lagi. 




05 | Mei

Bulan Mei ada dua birthday. Wanji & Fyruz. Untuk suprise, buat pada malam birthday masing2 manakala untuk jamuan yang lebih proper, diadakan sekaligus dalam satu majlis. Tema untuk party kali ini ialah stripe, so kalau tengok kat gambar yang bawah tu, semua pakai stipe kecuali dot dot dot.. Menu untuk sambutan mega ialah nasi jagung, ayam merah pedas, sayur campur, chips dan tart coklat. Kek birthday dua biji pula aku yang buat seperti biasa. Satu oreo cheesecake dan satu lagi kek bingka tak menjadi. Taktau kenapa kek tu tak naik, so jadi macam kuih bingka pulak.. Sorry guys.. XD



Selepas exam final yang betul2 final, kami mengadakan satu lagi roadtrip. Kali ni untuk menikmati keindahan alam Scottish Highlands. Scotland memang terkenal dengan pemandangan bukit-bukau dan kehijauan yang mempesonakan. Kalau tengok cerita James Bond Skyfall, ada satu babak kat Scotland. Memang rindu gila masa tengok movie tu. Seperti biasa, driver ialah Encik Joe sebab dia paling tua. Lol.. Tempat yang dilawati termasuk Glencoe, Ranoch Moor, Glenfinnan (tempat penggambaran kereta api Harry Potter), Inveraray, Loch Awe Castle, Urquhart Castle, Loch Ness and juga Eilean Donan.



Kami bermalam di Broadford, Isle of Skye. Aktiviti hari esoknya ialah mengembara di Isle of Skye yang juga  kaya dengan keindahan kehijauan alam. Kami singgah di Sligachan, The Old Man of Storr, Quiraing, Portree dan juga Kilt Rock. Memang cantik pemandangan kat sini.



Lepas tu, nak dekat2 akhir bulan, Potter fans peringkat 7M6 menganjurkan satu trip untuk ke Harry Potter Studio Tour yang terletak di Watford. Watford ni terletak dekat dengan London so memang agak jauh la. So, kami plan untuk bermalam di Birmingham since kami semua belum pernah pergi Birmingham lagi. Kami menetap di Travelodge. Kat Birmingham, jalan2 dekat city je seperti di Bullring Shopping Mall dan kawasan sekitar. Esoknya baru kami bertolak ke Watford dengan menaiki train 2 jam.



Tadaaaaa, akhirnya kami tiba juga di The Making of Harry Potter: Warner Bros Studio Tour di Watford. Memang excited gila nak masuk studio ni untuk melihat props dan set penggambaran yang digunakan dalam 8 filem Harry Potter. Tiket masuk berharga £28 dan mesti dibeli secara online. Studio ni sangat luas dan menempatkan 5 seksyen iaitu Interior Sets, Exterior Sets, Magical Creatures, Diagon Alley dan Model Room. Seronok2! Memang menakjubkan set2 ni. Nampak sangat realistik! Shopping souvenir sampai £80. Takpe, sekali seumur hidup je kan pergi sini..



06 | Jun

Bulan terakhir kami di Glasgow. Pada awal bulan, kami dikehendaki untuk mengosongkan asrama James Blyth Court dan kami berpindah ke Thomas Campbell Court. Cuaca kat luar sejuk, tapi kami perlu jadi homeless selama 4 jam sementara menunggu check-ini dibuka. Check out JBC ialah pada jam 10 am tapi check in TCC pukul 2 pm. Keji tak? Lainkali bagi jela kami masuk TCC terus, tak perlulah bercamping kat luar tu..



Then, umi & ayah datang UK lagi untuk menghadiri aku punya graduation. Tapi since graduation adalah pada hujung bulan, maka kami berjalan2 di Prague (Czech Republic), Vienna (Austria) dan juga Budapest (Hungary). Trip kali merupakan half-package dan half-sendiri. Pakej sediakan hotel dan tiket train manakala aku uruskan flight dan juga aktiviti2 berkaitan. Ok la tu, kadang2 malas nak uruskan semua sebab takut tak sempat nak plan. Btw, result exam keluar masa aku kat Edinburgh, masa nak ke airport untuk ke Prague. Alhamdulillah, result ok. :)





Balik dari Budapest, kami meneruskan percutian kami di London pula. Ini kali kedua aku ke London. Kali pertama ialah pada summer tahun lepas. Time tu umi & ayah pun ada. Kali ni naik tour bus dan river cruise je. Tak banyak jalan sendiri except cari souvenirs kat Oxford Street, Bayswater dan Hard Rock Cafe. Kali ni sempat pergi M&M's World yang terletak di Leicester Square. Meriah tau, sangat colourful tapi merchandise kat sini sangatlah mahal. =.=



Lepas pulang dari London, kami join another trip to Italy & Switzerland. Yang ni plan sendiri secara last minute, sebab ada la satu tour tu mungkir janji. Konon nak buat private tour, tapi tak jadi pulak. Takpe, jalan sendiri lagi jimat ok. Sebelum ke Italy, aku dan family singgah di Leeds sebentar sebelum bermalam di Manchester. Di Italy, kami memulakan perjalanan dari Rome, Pisa, Florence dan last sekali ke Venice. Italy sangat panas pada ketika ini, lagi panas dari Malaysia. Rome sangat membencikan sebab berlaku kejadian pickpocket. Venice yang paling tenang dan best! Memang cantik dan romantis!




Switzerland memang terkenal dengan keindahan alamnya. Memang betullah tu. Memang cantik! Gunung-ganang terbentang luas, tasik2 yang kebiru-biruan airnya dan cuaca yang nyaman membuatkan aku rasa tenang kat sini. Tapi barang kat sini semuanya mahal! Kalau makan tu, kitorang masan sendiri kat hostel. Nasib baik ada dapur. Antara negeri yang dilawati ialah Zurich, Luzern, Interlaken dan Geneva.



Balik dari Swiss, budak perempuan balik Glasgow manakala aku dan family menyambung perjalanan ke Cardiff, Wales. Kat Cardiff, jalan2 kat city dan Cardiff Bay je. Cuaca pun tak berapa elok, mendung dan hujan renyai2.. Tak sabar nak balik ni! Lagi dua hari nak graduate! XD



Yeayyyy! Akhirnya impian untuk sarung jubah graduasi menjadi kenyataan. Pada 29 Jun, majlis graduasi MPharm diadakan di Barony Hall yang terletak berhampiran dengan asrama kami. Pada waktu pagi, kami adakan sesi bergambar dengan junior dulu. Kasi berkat gitu. Boleh tak? Lol.. Majlis graduasi kat sini simple je, takde rehearsal pun. Just naik pentas, kena capping dan lepas tu ambil sijil. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua! :)



Sehari lepas graduasi, aku beserta Wanji dan Anis mengadakan sesi bergambar bersama University of Strathclyde. Kami akan meninggalkan Glasgow for good so why not jalan2 ambil gambar kenangan terakhir kan.. Sedih2... Cuk cuk cuk.. :`(



Ok, itu sahaja untuk Imbasan 2012 (Part One) ni. Panjang kan? Panjang gileeeee... Tapi Part Two insyaAllah tak panjang sangat sebab dah balik Malaysia..


:)

2 comments:

Liyana said...

banyaknye jalan...kena ikut langkah senior ni.hehehe.

Unknown said...

haha, silalah jenjalan byk2.. nanti kat msia dah xde can.. dah keje lagilaaaa xde can..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited