Monday, January 2, 2012

Imbasan 2011 (Part One)


Bismillahirrahmanirrahim...

Haaaa, akhirnya sempat jugak siapkan gambar2 untuk disematkan kat dalam post ni. Seperti tahun 2009 dan tahun 2010 yang lalu, tahun 2011 juga tidak ketinggalan untuk dibelogkan tentang aktiviti2 suka dan duka yang berlaku sepanjang tahun. Diam tak diam dah 7 bulan aku menetap di bumi Glasgow yang sejuk ini. Mari kita lihat satu persatu apa yang telah berlaku sejak dari bulan Januari sehinggalah Disember.



01 | Januari

Tahun 2011 dibuka dengan percutian ke Krabi, Thailand. Memang best Krabi ni, nak cari makanan halal pun senang sebab populasi Muslim agak ramai. Seronok2 pun, malang tidak berbau apabila kaki aku terpijak kaca kat tepi pantai lantas tak dapat snorkel dua kali. Alhamdulillah sebelum tu sempat snorkel sekali semasa melompat pulau.
 


Seperti biasa, geng 7M6 tidak akan lari daripada menyambut birthday ahli2 geng walaupun dah agak belated. Kali ni kitorang gabung birthday Aleen (Dec) dan Fariz (Jan) sekaligus dan sambutan bertempat di Papparich, The Gardens. Sambutan yang ringkas tapi seronok. Main2 cendol dengan Wanji. Hahaha... Bila tengok balik gambar ni, terasa muda pulak.. LOL





02 | Februari

Bulan yang paling bermakna dalam kehidupan kami sekeluarga kerana Allah telah mengurniakan cahaya mata kedua kepada Angah & Kak Kyra. Jadi, bertambahlah ahli keluarga kami lagi seorang. Alhamdulillah.. Bayi comel ini diberi nama Aleeya Imani. Sekarang makin tembam dan comel! Rinduuuu...


Ni gambar kanak2 terbabit yang agak terbaru.. Comel tak? XD






03 | Mac

Di penghujung semester 5 di IMU, kami ditugaskan untuk menghadirikan diri ke hospital untuk membuat attachment selama 3 hari. Bee sama group dengan aku, so agak senang jugak la. Kami ditempatkan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Dekat je dengan rumah, everyday drive ke sini. Di hospital, kerja kami tidak lain tidak bukan adalah meng'clerk' patient. Salin semua nota2 penting yang ada di bedhead ticket patient tu.Dapatlah jugak kumpul 4 kes.


Oleh sebab family aku suka jalan2, maka kami pun ke Melaka untuk bersiar2 di kota bersejarah ini. Tahun lepas dah pergi dengan classmates, kali ni dengan family pula. Kami melawat tugu A' Famosa dan juga Stadthuys. Seperti biasa, cendol tidak dilupakan.. Slurrrp~





04 | April

This was the most memorable event in my life. Pergi ke Singapore for the very first time dengan BFFs (Lukman & Emie). Memang best travel dengan diorang. Agak gila2.. Main kat Universal Studio sampai puas. Naik roller coaster sampai cakar2 tangan Lukman, terus melecet. Sorry banyak2! The next day, jalan2 Singapore sampai sakit kaki. Antara tempat yang dilawati ialah Bugis Street, Sentosa Island, Marina Bay dan Orchard Road. Memang best! Memang duit habis banyak kat sini. Tapi tak beli t-shirt Hard Rock sebab kena bajet2 duit.



Dah puas2 berseronok, tibalah masa untuk sesuatu yang lebih berilmiah. Kami sebagai pelajar tajaan JPA diwajibkan untuk menghadiri kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan Nilai, Negeri Sembilan. Kem ini sangat menarik dan agak santai. Tak sangka BTN boleh jadi best macam ni. Tapi kitorang la peserta yang paling tua, yang lain semua belas2 tahun.Tapi diorang ni memang power!





05 | Mei

Bulan ini merupakan bulan persiapan untuk fly. Sedih sangat bila bulan Mei menjelma. Tapi dalam masa yang sama sedikit gembira. Banyak birthday celebration berlangsung dalam bulan ni. Birthday aku bulan April tapi seperti biasa akan digabungkn dengan birthday Atih yang juga pada bulan April. Tetapi disambut dalam bulan Mei. Makan kat Chilli's, Empire Gallery. Hari tu celebrate dengan BFFs pun dekat Chilli's jugak, tapi kat KLCC.



Masa celebrate dengan kawan, lepas tu pergi ke Seremban untuk bermalam di rumah Lukman. First time tidur sini. Ajak Badd, Emie & Azery sekali. Lepas tu pergi makan kat restoran mak Ida. Makan western. Sedap! Lepas tu auntie belanja tuna sandwich! =)



Lepas tu Kak Pah anjurkan cupcakes party utk 5 orang punya birthday. Bee, Anis, aku, Wanji & Kak Long. Thanks Kak Pah for the cuppies! Sedap tau.. Bulan ni jugak la kitorang busy pergi buat visa kat KL. Lepas buat visa, beli kek birthday untuk Kak Long + Wanji. Celebrate dekat KLCC lagi..



Aku ni memang tak sabar2 nak konvo. Maka, aku pun merajinkan diri untuk ke majlis konvokesyen IMU. Sebenarnya umi yang suruh pergi. Hehehe.. Ni konvo part A je tau, yang betul2 punya konvo insyaAllah bulan Julai 2012. Doakan la kami semua ye.. =)

Selain itu, family aku juga menganjurkan kenduri kesyukuran sempena keterbangan aku ke Scotland nanti. Sedih sangat time ni. Iyela, nak tinggalkan rumah selama setahun. Tapi best tau, umi order seekor kambing panggang. Memang melahap habis la.. Antara rakan2 yang turut melahap ialah Badd, Lukman, Wawa & Emie. Thanks korang sebab datang! Lepas tu kat airport pun korang datang lagi. =)



Percutian family yang terakhir before fly. Kami bercuti di Kota Kinabalu, Sabah. First time sampai sini, sebelum ni pernah pergi Tawau je. Makan seafood kat sini memang sedap dan berbaloi. Ada juga singgah di kaki Gunung Kinabalu untuk ambil angin. Nak panjat memang tak dapatlah kan.. Semputttt~



Tadaaaa! Ni gambar raya yang diambil sebelum raya. Sebab raya nanti aku takde kat Malaysia dah. I miss my family.. cuk.. cuk.. cuk..

 




06 | Jun

Tibalah masanya untuk aku menyambung pelajaran ke Glasgow. Ni gambar kat airport. Sedih sangat time ni. Kejap dengan family, kejap dengan kawan. Last2 kawan2 duduk dengan family. Senang sikit nak sembang. Haha..



Alhamdulillah, kami semua selamat tiba di Glasgow safe and sound. Agak excited la sebab first time jejakkan kai ke UK ni. Cuaca agak sejuk. Kami disambut dengan hujan renyai2.. First week tu agak busy dengan registration bagai. Dengan uni la.. Dengan NHS la.. Kalau boleh, hari2 nak keluar pergi city explore kedai2 kat situ. Hehe..



Wahh, awal2 lagi kami dah dijemput ke Malaysian Glasgow Family Day. Sangat best sebab tak sangka ramai Malaysian kat sini. Aku main pijak2 belon tapi awal2 lagi dah kalah. Makan pun best, ada BBQ.. Ada sorang akak tu bawak ayam tandoori, memang layannn...


Jalan2 di Pollok Country Park. Oleh sebab pada awal2 semester kami belum lagi busy, maka selalu jugaklah duk google2 tempat mana yang best untuk dilawati di sekitar Glasgow ni. Pollok ni agak besar ye, kitorang habiskan 4-5 jam berjalan kaki di sekitar taman ni. Ada highland cows kat sini. Anjing pun banyak juga.. Asyik duk elak2 anjing2 je.. Mesti omputeh kat sini pelik..



Aku dikunjungi oleh seorang best friend dari Bristol which is Azri Marican. Dia ni memang tak sabar2 nak melawat Glasgow. Dia pernah cakap dia nak tunggu aku ada kat Glasgow dulu baru dia datang. Dah alang2 dia ada, kami pun pergi ke Edinburgh bersama classmates yang lain. First time ni keluar Glasgow. Hehehe.. Best jugak Edinburgh ni, souvenir dia murah2 compare to Glasgow. Entrance ke Edinburgh Castle agak mahal, so kami bergambar di luar je.. Terima kasih Zulaikha sebab bawa kami semua jalan2 dan juga bawak panini yang sedap! =)



Sekian sahaja Imbasan 2011 Part 1 ini.. Part 2 akan disambung di dalam post yang berikutnya sebab panjang sangat nanti.. =)


Imbasan 2011 (Part Two). Klik di sini.

5 comments:

100:1-100:11 said...

wanji...berisi, hahaha

LoLLy~ said...

tudiaaaa....meriah taw mcm harry potta ade part 1 part 2...klaka gile ko cakar tgn org time naek rollercoaster, dengan kitorg ko wat cool jek?? :P

Hazwan Samian said...

@hanafiah

bukan wanji je berisi, aku rasa aku pun berisi gak.. haha..

@lollu

tu diaaa, meriah bagaikan halilintar kan.. kalau aku duduk sebelah ko masa main roller coaster, konpem kena cakar..

PahPihPuh said...

Kellesss ko ngan bee,
gamba pkai labcoat kat hospital..
mmg menyerupai doktor
dalam grup btn,adik2 lagi byk ide dari kite kannn

Hazwan Samian said...

kat hospital ade patient panggil adek doktor tauuuu... bee pulak ade patient panggil cucu.. hahaha...

dlm btn, abg2 n akak2 bagi can kat adik2 bg idea.. lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited