Monday, January 2, 2012

Di Sepanjang Meeting dengan YB


Selepas keletihan berjalan sakan di Zoo Edinburgh, tibalah giliran untuk bermesyuarat bersama YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Semua pelajar tajaan JPA dan MARA dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini. Walaupun pada mulanya, tiada wakil Glasgow nak pergi oleh sebab kelewatan membalas emel JPA, akhirnya 6 orang berjaya menghadirkan diri at the very last minute. Iyela, JPA hantar emel masa kitorang pergi Spain, of course tak sempat balas. Alhamdulillah JPA emel sekali lagi cakap boleh pergi. So, masa tu terus bincang2 siapa yang nak pergi..

Mesyuarat ini berlangsung di Mosque Kitchen yang terletak berhampiran dengan Edinburgh Mosque di Nicholson Square. Dekat je dengan city, boleh jalan kaki. Tapi oleh sebab terlajak naik bas, maka kami tersesat sampai ke satu tempat yang agak jauh, lalu kami naik teksi pula untuk membetulkan arah.

Wakil Glasgow terdiri daripada aku, Duwe, Kak Pah, Kak Long, Bee dan Elaine. Wah, nama semua nama samaran kan. Meriah budak2 Glasgow ni. Ramai jugak la yang hadir, tengok senarai attendance, ada la dekat 60 orang students. Majoriti dari Edinburgh yang pasti.

Mesyuarat bermula dengan kata-kata aluan dan kemudian sesi soal jawab bersama menteri. Agak rancak juga soalan2 yang ditanya. Mula2 Joash mengorak langkah bertanyakan tentang AUKU. Dekat 2-3 kali jugak la Joash bangun tanya soalan. Lepas tu ada soalan pasal hudud, censorship, pilihanraya, Sabah dan Filipinanya serta gay di Dublin. Motif isu gay pun nak dibincangkan?? Aku pun layan jela, sebab time tu dah sangat lapar, penat dan mengantuk. Mana taknya, berjalan seharian di zoo dan hanya lunch sebutir donat. Tak kenyang tau.. Nak tau isi lanjut pasal meeting ni? Aku pun tak ingat sangat, plus I'm not into politic so much. Tau gitu2 je.. Mungkin boleh tanya pada Kak Pah yang sering konsentrasi semasa meeting.

Selepas bertalu2 soalan ditanyakan, which is 2 jam kemudian, barulah kami dibenarkan makan. Makan secara buffet tapi kena beratur panjang tauuu... Alhamdulillah makanan semua cukup. Banyak juga lauk Pakistan yang disediakan, semuanya sedap2 belaka! Tapi aku makan sekali hadap je. Memang mula2 tu ambil makanan banyak2 terus. Lepas tu tak tambah dah. Sebelum makan tadi ada sesi photography dulu. Mula2 dengan students Edinburgh, lepas tu dengan non-Edinburgh yang ada beberapa kerat je.

Edinburgh

Non-Edinburgh - Glasgow, Aberdeen,  Scottish Border, Ireland & Keele

Glasgow


Selepas habis makan2 semua, kami pun berangkat pulang ke Glasgow. Punya la payah nak pergi stesen Edinburgh Waverly sebab jalan ditutup untuk sambutan Hogmanay (New Year). Pastu Kak Pah tanya akak guard macam mana nak pergi stesen tu. Dia cakap kena lalu jalan belakang menuruni tangga spiral yang punyalah tinggi! Nasib baik tak sesat lagi...

Tiba di Glasgow dengan selamat. Dalam tren mula2 semua rancak berborak sambil mengudap2 kerupuk yang Kak Pah bagi. Lepas tu semua tertidur sampai High Street. Naseb baik aku dan Duwe tak tidur sebab takut terlepas stesen.

Balik bilik terus, ingatkan kalau rajin nak keluar semula tengok fireworks. Tetapi apakan daya, dek kerna kepenatan yang amat, sebelum jam 12 aku sudah pun melayari mimpi indah.



HAPPY NEW YEAR!!!
Goodbye 2011, welcome 2012!


Mudah-mudahan pada tahun yang baru ini, banyak amalan2 baik dapat dilaksanakan. Kurangkan aktiviti yang melaghakan dan jangan lupa study untuk masa depan.



*sorry gambar tak berapa clear, sebab orang lain yang snapkan.. *tetiba salahkan orang lain kan!* =/

2 comments:

amirahms said...

curlast ko dipeluk menteri! hahaha:P

Hazwan Samian said...

curlast kau.. kalo die pelok cipak, lg curlast.. pasni cipak leh jd menteri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited