Showing posts with label Greeting. Show all posts
Showing posts with label Greeting. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H




Selawat & Salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Saturday, August 31, 2013

Salam Kemerdekaan yang ke-56 Malaysia!



Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri 2013 | 1434H


Selamat Hari Raya Aidifitri semua!

Di kesempatan ini, penulis ingin memohon seribu keampuan jika ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, tercaci, termaki, tercerca dan sebagainya. Maaf dari hujung rambut ke hujung kaki ye.

Semoga pada hari raya ini, kita semua dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan menziarahi sanak-saudara dan rakan taulan.

Eid Mubarak!

:)

Sunday, July 14, 2013

Happy Ramadan!


Salam Ramadan everyone!

Ni baru sempat nak buat post pasal Ramadan. Lately baru ada mood nak berblogging kembali.

Anyway, selamat berpuasa semua! Semoga Ramadan kali ni membawa seribu berkat dan ambillah peluang untuk meningkatkan lagi ibadah kita kepada Allah. Perbanyakkan amalan sunat, bersedekah, solat terawih, solat dhuha, baca al-Quran dan qiam.

Nampak gayanya tahun ni first time berpuasa sebagai orang yg bekerja dan akan menikmati Ramadan ni kesorangan most of the time. Yela, duduk sorang2 kan.. Sahur sorang2, buka sorang2.. Sedihnya hidup.. Hehe.. Tapi takpe, bazaar Ramadan bersepah2 kati sini, so takdelah sedih sebab takde makanan kan? kan?

Ok la, cheers semua! :)


Comel tak? Comel tak?


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru!


Selamat Hari Guru 

diucapkan kepada cikgu-cikgu di Malayisa. 
Lecturer pun included jugak sebab diorang pun cikgu gak kan..

Tak lupa juga kepada ibu dan bapa yang juga merupakan guru dalam hidup aku semenjak lahir lahir. Lagipun dulu umi memang berkerja sebagai guru sekolah menengah. 

Kepada cikgu sekalian, ribuan terima kasih diucapkan sebab mendidik aku hingga berjaya ke menara gading dan seteruskan ke alam pekerjaan. Alhamdullilah, dengan berkat usaha yang gigih dan berterusan dari cikgu dan doa maka insyaAllah anak-anak murid akan cemerlang dalam mencapai cita-cita.

Walaupun dulu kononnya bercita-cita nak jadi doktor, terpaksa padamkan hasrat sebab geli tengok darah.. Hahaha.. Maka beralih ke bidang yang berkaitan iaitu farmasi. Tak payah tengok darah banyak2..


Taski ABIM Seksyen 24, Shah Alam
SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam
SRA Seksyen 3, Shah Alam
SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam
MRSM Beseri, Perlis
International Education Centre (INTEC) Seksyen 17, Shah Alam
International Medical University (IMU), Bukit Jalil
University of Strathclyde, Glasgow, Scotland

plus, cikgu-cikgu tuisyen sebab aku memang kerap pergi tuisyen.. seminggu dalam 2-3 kali pergi tuisyen berbeza subjek.. 

Gomawooooo... :)


Sedikit gambar pasal kenangan bersama cikgu:


Cikgu Zul, bapa homeroom N10 MRSM Beseri.


Miss Noli, lecturer English di INTEC

Pn. Hezlin, lecturer Statistics di INTEC

First day di IMU

SIPBS 101, University of Strathclyde

Christine Dufes, lecturer dari France yang mengajar di Strathclyde.. Ajar cytarabine dgn liposome bagai.. hehe...

Cikgu terhebat dalam hidup.. Ayah & umi.. :)


Guru kini ibarat lampu skrin handphone yang menyuluhi murid.. bleh x? 

Sunday, May 12, 2013

Happy Mother's Day!


Selamat Hari Ibu diucapkan kepada umi tercinta.. Umi saya best sebab suka bawak anak2 travel merata tempat, suka bawak anak2 keluar makan, suka masak sedap2, suka macam2 lagi la..

Sebab tu dah berjangkit kat anak2 dia. Semua suka travel.. hihihi...

Maafkan anakmu tak menyambut Hari Ibu sebab sibuk bertugas di hospital dan juga lokasi Shah Alam dan Johor Bahru bukanlah sejengkal. Hehe..

Saya tahu ada orang cakap hari-hari ialah Hari Ibu, tapi takkan hari-hari nak suap ibu makan kek kan? Sangat tidak sihat itu... Hehehe..

Saya sangat sayang umi saya..

Kbai..

:)


Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013!


Dear readers....


Happy New Year!

Semoga tahun 2012 akan menjadi kenangan terindah bagi kita semua dan kini tiba masanya mulakan azam baru untuk 2013 pula. Mudah-mudahan pada tahun baru ini, kita semua dapat terus sukses dan terus berusaha keras dalam mencapai azam yang dinginkan..

khas buat pembaca sekalian.. ecece, poyo kan..


Urmmmm, aku ada beberapa azam yang rasanya perlu dicapai tahun ini. Antaranya ialah:

1. Update blog sehingga up-to-date. Maklumlah, entri 2012 masih banyak lagi yang tergendala sebab kesibukan bekerja. Come on laaaa, dah 2013 ok, kena pastikan rajin menulis.. Pergi Legoland sampai 2 kali tapi masih belum ada masa nk menaip. Hihihi..

2. Kurangkan travel sebab sebagai seorang pegawai farmasi tempoh percubaan, permohonon untuk cuti panjang adalah tidak dibenarkan. So, nak jadikan tahun ni sebagai tahun berehat sebentar.

3. Bekerja dengan bersungguh2 supaya requirement untuk menjadi fully-registered pharmacist tercapai by Oct 2013. Tak mau tangguh sampai meleret2. So kenalah isi 9 logbook mengikut masa yang sepatutnya.

4. Banyakkan ibadah kepada Allah. Banyakkan buat ibadah sunat selain yang wajib. Dulu rajin buat puasa sunat, sekarang ni dah sangat jarang.. 

5. Nak kuruskan ukurlilit pinggang. Staff nurse kata pinggang aku lagi 1 cm nak ke borderline. =.=

dan lain-lain...



Ok laaa, itu sahaja update ringkas sempena tahun baru 2013. Diharapkan anda semua pun ada matlamat masing2, jangan segan silu untuk dikongsi bersama ye.

 =)




Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri 2012


Selamat Hari Raya Aidilfitri
diucapkan kepada semua yang sudi menerjah ke blog ini.

Maaf zahir & batin.
Mohon ampun jika terkasar bahasa, terlaser, terlahar dan sebagainya. Halalkan makan & minum mahupun jika ada terlebih ataupun terkurang di sepanjang perkenalan.


Gigih pulak lukis kad raya sendiri kan.. Hehe..

Wednesday, February 22, 2012

Happy Birthday Imani!


Happy first birthday to my lovely and cuddly niece, Imani yang tembam! 

Uncle rindu sangat kat Imani, bila skype je Imani selalu jerit2.. Uncle tak paham.. hahaha..
InsyaAllah uncle akan balik dalam masa beberapa bulan. Tunggulah ye.. XD

I love you just the way you are..

Oh, her eyes, her eyes, make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair, falls perfectly without her trying
She's so beautiful, and I tell her every day..


*eh, tetiba feeling Bruno Mars pulak kan!*







Semoga comel2 selalu!

dan jadi anak yang solehah..

=)



Isn't she lovely?

Tuesday, January 24, 2012

Happy Chinese New Year!



To all my Chinese friends,


Happy Chinese New Year!
Wishing you Happiness, Prosperity and Longevity...

Gong Xi Fa Cai!



Thanks to the dedicated photographer for today's CNY photography session. The photos are all nice and we all looked really good in red! 

=)


Monday, January 2, 2012

Di Sepanjang Meeting dengan YB


Selepas keletihan berjalan sakan di Zoo Edinburgh, tibalah giliran untuk bermesyuarat bersama YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Semua pelajar tajaan JPA dan MARA dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini. Walaupun pada mulanya, tiada wakil Glasgow nak pergi oleh sebab kelewatan membalas emel JPA, akhirnya 6 orang berjaya menghadirkan diri at the very last minute. Iyela, JPA hantar emel masa kitorang pergi Spain, of course tak sempat balas. Alhamdulillah JPA emel sekali lagi cakap boleh pergi. So, masa tu terus bincang2 siapa yang nak pergi..

Mesyuarat ini berlangsung di Mosque Kitchen yang terletak berhampiran dengan Edinburgh Mosque di Nicholson Square. Dekat je dengan city, boleh jalan kaki. Tapi oleh sebab terlajak naik bas, maka kami tersesat sampai ke satu tempat yang agak jauh, lalu kami naik teksi pula untuk membetulkan arah.

Wakil Glasgow terdiri daripada aku, Duwe, Kak Pah, Kak Long, Bee dan Elaine. Wah, nama semua nama samaran kan. Meriah budak2 Glasgow ni. Ramai jugak la yang hadir, tengok senarai attendance, ada la dekat 60 orang students. Majoriti dari Edinburgh yang pasti.

Mesyuarat bermula dengan kata-kata aluan dan kemudian sesi soal jawab bersama menteri. Agak rancak juga soalan2 yang ditanya. Mula2 Joash mengorak langkah bertanyakan tentang AUKU. Dekat 2-3 kali jugak la Joash bangun tanya soalan. Lepas tu ada soalan pasal hudud, censorship, pilihanraya, Sabah dan Filipinanya serta gay di Dublin. Motif isu gay pun nak dibincangkan?? Aku pun layan jela, sebab time tu dah sangat lapar, penat dan mengantuk. Mana taknya, berjalan seharian di zoo dan hanya lunch sebutir donat. Tak kenyang tau.. Nak tau isi lanjut pasal meeting ni? Aku pun tak ingat sangat, plus I'm not into politic so much. Tau gitu2 je.. Mungkin boleh tanya pada Kak Pah yang sering konsentrasi semasa meeting.

Selepas bertalu2 soalan ditanyakan, which is 2 jam kemudian, barulah kami dibenarkan makan. Makan secara buffet tapi kena beratur panjang tauuu... Alhamdulillah makanan semua cukup. Banyak juga lauk Pakistan yang disediakan, semuanya sedap2 belaka! Tapi aku makan sekali hadap je. Memang mula2 tu ambil makanan banyak2 terus. Lepas tu tak tambah dah. Sebelum makan tadi ada sesi photography dulu. Mula2 dengan students Edinburgh, lepas tu dengan non-Edinburgh yang ada beberapa kerat je.

Edinburgh

Non-Edinburgh - Glasgow, Aberdeen,  Scottish Border, Ireland & Keele

Glasgow


Selepas habis makan2 semua, kami pun berangkat pulang ke Glasgow. Punya la payah nak pergi stesen Edinburgh Waverly sebab jalan ditutup untuk sambutan Hogmanay (New Year). Pastu Kak Pah tanya akak guard macam mana nak pergi stesen tu. Dia cakap kena lalu jalan belakang menuruni tangga spiral yang punyalah tinggi! Nasib baik tak sesat lagi...

Tiba di Glasgow dengan selamat. Dalam tren mula2 semua rancak berborak sambil mengudap2 kerupuk yang Kak Pah bagi. Lepas tu semua tertidur sampai High Street. Naseb baik aku dan Duwe tak tidur sebab takut terlepas stesen.

Balik bilik terus, ingatkan kalau rajin nak keluar semula tengok fireworks. Tetapi apakan daya, dek kerna kepenatan yang amat, sebelum jam 12 aku sudah pun melayari mimpi indah.



HAPPY NEW YEAR!!!
Goodbye 2011, welcome 2012!


Mudah-mudahan pada tahun yang baru ini, banyak amalan2 baik dapat dilaksanakan. Kurangkan aktiviti yang melaghakan dan jangan lupa study untuk masa depan.



*sorry gambar tak berapa clear, sebab orang lain yang snapkan.. *tetiba salahkan orang lain kan!* =/

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H



Salam Maal Hijrah diucapkan kepada family dan rakan2 sekalian..

Semoga tahun ini kita dapat laksanakan beberapa pembaharuan dalam hidup kita serta dapat lebih lagi mendekatkan diri kepada Allah swt..



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman




Doa Akhir & Awal Tahun


Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 1432H



Salam Aidiladha
diucapkan kepada keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan yang berada di
Malaysia, Glasgow, London, Bristol, Galway, Southampton, Mesir, Rusia dan juga di tempat-tempat
di serata dunia yang serba luas ini.

Semoga kita dapat perbanyakkan ibadah kepada Allah swt dan mudah-mudahan dosa kita yang lalu diampunkan-Nya.

=)


Ini kali kedua penulis beraya di perantauan. Walaupun agak sedih tidak dapat beraya bersama keluarga tercinta, tetapi beraya bersama keluarga Glasgow juga tidak kurang meriahnya. 




*gambar pemandangan bunga api Bonfire Guy Fawkes dari tingkap James Blyth Court*

Tuesday, November 1, 2011

Deepavali Celebration

Just another day out with a few of my batchmates to celebrate Deepavali. This time, we celebrated this light festival at Bombay Blues which is an Indian restaurant located at Hope Street, Glasgow.

This restaurant serves lunch buffet from 12 - 3 pm at £7.95. The food was great ranging from garlic naan, rice, curry, korma, popadom, pakora, onion rings, salads although only a few desserts were available. There were ras malai, carrot pudding and a bulat2 kuih.. =.=

Not many of our batchmates could join us for the celebration, only approximately 27 people showed up. 
By the way..

Happy Deepavali to all my Indian friends! 
*I know this post is kinda late* XD



Photograph mementos:









Thursday, October 6, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri 2011

Haaaa, I know that Syawal sudah pun berakhir, tapi still nak tulis pasal Hari Raya. Maklumlah, final year pun dah start dan aku jadi semakin busy *busy ke?*

Seperti mana yang saudara saudari tahu, tahun ini buat julung2 kalinya aku dan rakan2 seperjuangan menyambut Syawal yang mulia di Glasgow, bukan di Malaysia seperti kebiasaannya. Sedih tau, sayu je perasaan bila dengar lagu raya. Tapi nasib baik tak selalu pasang lagu raya kat bilik ni, kalau tak mesti dah banjir bilik yang sempit ni.

Kalau kat Malaysia, ramai je saudara-mara dan rakan2 buat open house kan? Kat sini pun tidak kurang hebatnya, dalam satu hari boleh pergi sampai 4-5 buah rumah. Memang balik rumah perut full, terbongkang lalu tidur dengan senang hati. Terima kasih banyak2 kepada abang2/akak2 postgrad yang rajin buat open house untuk adik2. Terima kasih juga kepada Ustaz Abduh yang selalu mengangkut kami untuk pergi beraya, selalu datang pick up kami dekat hall. =)

Oleh sebab tak mahu kalah, maka adik2 undergrad (batch kami) pun ingin melaksanakan open house sendiri. Kami buat pada minggu terakhir Syawal sebab awal2 raya memang banyak postgrad buat, tengah2 raya pulak kami semua pergi berjalan, melancong ke tempat jauh. Setelah dipersetujui, kami pun buatlah open house pada hari Sabtu dan diadakan di unit bercantum rumah perempuan.

Kami buat 2 sesi; sesi pagi untuk batch kami manakala sesi petang untuk family postgrad. Jemputan dalam 150 orang je, jemput through FB event dan juga jemput2 mulut. Tugas2 memasak dibahagi sama rata tak kira lelaki mahupun perempuan. Dalam batch kami cuma ada 5 lelaki & 8 perempuan Melayu je. Rumah perempuan masak soto, bubur ayam mekdi kacang dan fruit cocktail. Rumah lelaki pulak masak nasi, ayam merah dan acar jelatah.

Rumah dibuka pada jam 10 pagi. Sebab busy duduk kat dapur godek2 ayam merah, aku naik atas lambat sikit. Tapi bila naik je, memang dah full rumah atas. Suasana riuh-rendah maklumlah bila semua rakan2 bertemu memang semua nak berborak sakan. Ramai jugak batch kami yang hadir, dalam 80% camtulah.







pertandingan ratu kebaya... Visha menang tanpa bertanding.. =p



kuih raya diterbangkan khas dari Malaysia melalui Airasia..



Pada lebih kurang jam 12, tetamu mulai beredar. Kami pun mengambil rehat selama 2 jam sebelum rumah dibuka semula untuk sesi petang. Dalam break tersebut, Chei Wan datang. Kesian dia, sebenarnya nak pergi ramai2 pagi tadi, tapi takde sorang pun contact dia. Lol

Sesi petang mengambil masa lebih lama sebab ramai juga family Melayu di Glasgow ni. Kalau buat kejap je, karang memang tak muat rumah. Antara yang terawal datang ialah family abg Masrul, abg Akhtar dan diikuti yang lain2. Antara tetamu yang hadir ialah Ustaz Abduh, abg Shahrul with 5 askar, Joe, Idris, abg Nukman, Dr Che An, abg Saidi dan juga ustaz Asyraf yang baru sahaja tiba dari Malaysia. Sebenarnya ramai je yang kami tak kenal nama tapi kenal muka. Ada juga yang tak kenal langsung. Hahaha.. Itulah fungsi open house, untuk berkenalan dengan komuniti Malaysia di Glasgow ni.

 hidangan tersedia, enak sekali




Amru comel! *abaikan si baju purple*

Ryan & Amir pujaan hati Cik Lolly









anak2 kecil kebosanan lantas bermain guling2..

 rakan2 dari Dundee


Best jugak buat open house ni, penat tetapi berbaloi. Barulah berseri hari raya tahun ni. Kepada keluarga di Malaysia, maafkan anakanda kerna tidak dapat beraya bersama.. Buat open house pun tak dapat nak tolong, tolong tengok dalam skype je boleh la.. hihihi... 

Surprisingly, aku takde amek gambar pun masa open house ni. Reason? Kitorang suruh Duwe jadi photographer sebab malas pulak nak bawak keluar kamera banyak2.. Karang in the end, gambar2 semua sama je kan!

Pastu, abang2/akak2 postgrad dok puji2 kitorang masak sedap. Sedap ke?? Kitorang rasa macam biasa je.. Tapi budak2 batch pun kata sedap.. Well... *ehem ehem, jangan bangga sgt ok!*

Ok la, sampai di sini dahulu post pasal open house kami. 

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR!! =)



Nak rehat2 dulu.. Penat baru lepas bersukan setelah 3-4 bulan tak bersukan. Otot2 pun dah berkarat... =/





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited