Haaaa, I know that Syawal sudah pun berakhir, tapi still nak tulis pasal Hari Raya. Maklumlah, final year pun dah start dan aku jadi semakin busy *busy ke?*
Seperti mana yang saudara saudari tahu, tahun ini buat julung2 kalinya aku dan rakan2 seperjuangan menyambut Syawal yang mulia di Glasgow, bukan di Malaysia seperti kebiasaannya. Sedih tau, sayu je perasaan bila dengar lagu raya. Tapi nasib baik tak selalu pasang lagu raya kat bilik ni, kalau tak mesti dah banjir bilik yang sempit ni.
Kalau kat Malaysia, ramai je saudara-mara dan rakan2 buat open house kan? Kat sini pun tidak kurang hebatnya, dalam satu hari boleh pergi sampai 4-5 buah rumah. Memang balik rumah perut full, terbongkang lalu tidur dengan senang hati. Terima kasih banyak2 kepada abang2/akak2 postgrad yang rajin buat open house untuk adik2. Terima kasih juga kepada Ustaz Abduh yang selalu mengangkut kami untuk pergi beraya, selalu datang pick up kami dekat hall. =)
Oleh sebab tak mahu kalah, maka adik2 undergrad (batch kami) pun ingin melaksanakan open house sendiri. Kami buat pada minggu terakhir Syawal sebab awal2 raya memang banyak postgrad buat, tengah2 raya pulak kami semua pergi berjalan, melancong ke tempat jauh. Setelah dipersetujui, kami pun buatlah open house pada hari Sabtu dan diadakan di unit bercantum rumah perempuan.
Kami buat 2 sesi; sesi pagi untuk batch kami manakala sesi petang untuk family postgrad. Jemputan dalam 150 orang je, jemput through FB event dan juga jemput2 mulut. Tugas2 memasak dibahagi sama rata tak kira lelaki mahupun perempuan. Dalam batch kami cuma ada 5 lelaki & 8 perempuan Melayu je. Rumah perempuan masak soto, bubur ayam mekdi kacang dan fruit cocktail. Rumah lelaki pulak masak nasi, ayam merah dan acar jelatah.
Rumah dibuka pada jam 10 pagi. Sebab busy duduk kat dapur godek2 ayam merah, aku naik atas lambat sikit. Tapi bila naik je, memang dah full rumah atas. Suasana riuh-rendah maklumlah bila semua rakan2 bertemu memang semua nak berborak sakan. Ramai jugak batch kami yang hadir, dalam 80% camtulah.
pertandingan ratu kebaya... Visha menang tanpa bertanding.. =p
kuih raya diterbangkan khas dari Malaysia melalui Airasia..
Pada lebih kurang jam 12, tetamu mulai beredar. Kami pun mengambil rehat selama 2 jam sebelum rumah dibuka semula untuk sesi petang. Dalam break tersebut, Chei Wan datang. Kesian dia, sebenarnya nak pergi ramai2 pagi tadi, tapi takde sorang pun contact dia. Lol
Sesi petang mengambil masa lebih lama sebab ramai juga family Melayu di Glasgow ni. Kalau buat kejap je, karang memang tak muat rumah. Antara yang terawal datang ialah family abg Masrul, abg Akhtar dan diikuti yang lain2. Antara tetamu yang hadir ialah Ustaz Abduh, abg Shahrul with 5 askar, Joe, Idris, abg Nukman, Dr Che An, abg Saidi dan juga ustaz Asyraf yang baru sahaja tiba dari Malaysia. Sebenarnya ramai je yang kami tak kenal nama tapi kenal muka. Ada juga yang tak kenal langsung. Hahaha.. Itulah fungsi open house, untuk berkenalan dengan komuniti Malaysia di Glasgow ni.
hidangan tersedia, enak sekali
Amru comel! *abaikan si baju purple*
Ryan & Amir pujaan hati Cik Lolly
anak2 kecil kebosanan lantas bermain guling2..
rakan2 dari Dundee
Best jugak buat open house ni, penat tetapi berbaloi. Barulah berseri hari raya tahun ni. Kepada keluarga di Malaysia, maafkan anakanda kerna tidak dapat beraya bersama.. Buat open house pun tak dapat nak tolong, tolong tengok dalam skype je boleh la.. hihihi...
Surprisingly, aku takde amek gambar pun masa open house ni. Reason? Kitorang suruh Duwe jadi photographer sebab malas pulak nak bawak keluar kamera banyak2.. Karang in the end, gambar2 semua sama je kan!
Pastu, abang2/akak2 postgrad dok puji2 kitorang masak sedap. Sedap ke?? Kitorang rasa macam biasa je.. Tapi budak2 batch pun kata sedap.. Well... *ehem ehem, jangan bangga sgt ok!*
Ok la, sampai di sini dahulu post pasal open house kami.
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR!! =)
Nak rehat2 dulu.. Penat baru lepas bersukan setelah 3-4 bulan tak bersukan. Otot2 pun dah berkarat... =/
0 comments:
Post a Comment