Saturday, October 8, 2011

Japanese Dinner @OKO Express

Japanese dinner? Best tak dengar? Dekat Glasgow ni, kalau jumpa kedai makanan asia yang halal, memang dah cukup bertuah!

OKO Express merupakan restoran makanan Jepun yang halal yang terletak di Queen Street, Glasgow. Restoran yang simple ini terletak berhampuran dengan Gallery of Modern Arts, Costa dan juga Starbucks. Thanks kepada Amirah & Anis sebab menjumpai restoran ni, iyelah dah lama tak makan sushi kan. Kalau kat Malaysia tu, selalu je beli sushi dekat Jusco or Giant. Sedap jugak la..

Sebenarnya dah pergi ke OKO Express ni dua kali. First time pergi dengan Anis & Bee. Masa tu kitorang keluar jalan2 dekat city, pastu kelaparan sebab dah lunch time. Menu yang diorder ialah Spicy Korean Chicken. Anis pulak try beef noodles. Sedap jugaklah makanan kat sini. Sedap betul eh, bukan sedap sebab nak sedapkan hati. Harga boleh tahan mahal la. Spicy korean chicken dihidangkan bersama nasi berharga £8.95 (tidak termasuk 10% tax). Ye, 10% memang menyayat hati. Duit melayang begitu sahaja. Hari tu tak beli air pun kat kedai ni since dah beli mocha dekat Costa.




Spicy Korean Chicken
Beef Noodles





Mirah's birthday

Selang beberapa hari, kami kembali ke kedai ni dengan membawa semua ahli keluarga *member2 batch*. Ni sebenarnya plan untuk surprisekan Mirah sebab birthday dia bukan hari ni, tapi lg 3 hari. Kami buat awal sebab weekdays memang agak busy dengan kelas dan workshops. Aleen sebagai perunding acara untuk kali ni, tapi aku dengan Anis yang dok berlakon dekat Twitter. Kononnya ajak Mirah saje2 sebab first time pergi hari tu tak ajak Mirah. Dia pun agak terkilan sebab kitorang pergi dulu. Mirah pun termakan perangkap dengan lakonan kitorang. Selonot sangat!

Sesampai sahaja di OKO Express, kami pun lepak2 kejap dan memesan makanan yang diingini. Kali ini, aku try pulak Beef Teriyaki with rice, octopus nigiri (sushi), kacang edamame dan juga apple juice. Aku rasa aku order paling banyak dan harga pun dirahsiakan supaya hati tidak terkilan pabila membaca post ini kelak. Aku duduk semeja dengan Mirah, Anis dan Farrah yang datang kemudian. Then, ada meja Fariz, Fairuz dan Kak Pah. Manakala satu lagi meja ada Aleen, Bee, Wanji & Duwe. 

 luar kedai

 dalam kedai

buku menu







Antara menu lain yang diorder ialah:




several sets of sushi

beef cha han

beef teriyaki

edamame

chicken tempura


 Chicken Katsu
Chicken Teriyaki
Salmon Maki
Prawn Nigiri 


Aleen dan Bee datang lambat sikit, tu pun menyorok2 kat pintu supaya Mirah tak nampak. Then, Happy Birthday to You dinyanyikan secara sopan. Mirah pun terkedu, terkelu lidah, terdiam seribu bahasa. Muka memang terharu habis la. Ini bermakna surprise menjadi! Kek untuk kali ni ialah Strawberry Cheesecake yang comel.


 "terkejutnya I" teriak Mirah dalam linangan airmata..

comel kan strawberry cheesecake ni..


Lepas tu sesi ambil gambar beramai2 pulak... Bermacam2 gaya ada. Gaya sopan, gaya comel, gaya bebas.. 






Burppp.. Alhamdulillah memang kenyang sangat makan hari ni.. Mana tak nye, meja kitorang yang paling penuh dengan makanan..
Kepada Mirah, Selamat Hari Lahir yang ke-XX! *eh, dah belated sebenarnya*.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

=)



*lately sangat rajin tulis blog dalam BM.. rindu terhadap bahasa kebangsaan gitu... XD

5 comments:

amirahms said...

AUWWWWW!!! shooo shweeet!!!! syg u! <3 hehehe... thank u thank u thank u! terharu sgt2!! amboi pandai je buatkan dialog utk aku ye :P

Hazwan Samian said...

Amboi2.. Aku mmg pndai buat skrip palsu.. Lol

Anonymous said...

hye, terjumpa ur blog and read semua part travel. most of tempat you pergi, you speak in english / what? like paris,berlin.

thanks!

Hazwan Samian said...

english pun dah cukup sebenarnya.. kadang2 saja je cakap thanks dalam local language.. tu pun senang je.. mostly diorg boleh faham simple english..

thanks for dropping by.. =)

Anonymous said...

wee. thanks!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited