Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru!


Selamat Hari Guru 

diucapkan kepada cikgu-cikgu di Malayisa. 
Lecturer pun included jugak sebab diorang pun cikgu gak kan..

Tak lupa juga kepada ibu dan bapa yang juga merupakan guru dalam hidup aku semenjak lahir lahir. Lagipun dulu umi memang berkerja sebagai guru sekolah menengah. 

Kepada cikgu sekalian, ribuan terima kasih diucapkan sebab mendidik aku hingga berjaya ke menara gading dan seteruskan ke alam pekerjaan. Alhamdullilah, dengan berkat usaha yang gigih dan berterusan dari cikgu dan doa maka insyaAllah anak-anak murid akan cemerlang dalam mencapai cita-cita.

Walaupun dulu kononnya bercita-cita nak jadi doktor, terpaksa padamkan hasrat sebab geli tengok darah.. Hahaha.. Maka beralih ke bidang yang berkaitan iaitu farmasi. Tak payah tengok darah banyak2..


Taski ABIM Seksyen 24, Shah Alam
SK Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam
SRA Seksyen 3, Shah Alam
SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam
MRSM Beseri, Perlis
International Education Centre (INTEC) Seksyen 17, Shah Alam
International Medical University (IMU), Bukit Jalil
University of Strathclyde, Glasgow, Scotland

plus, cikgu-cikgu tuisyen sebab aku memang kerap pergi tuisyen.. seminggu dalam 2-3 kali pergi tuisyen berbeza subjek.. 

Gomawooooo... :)


Sedikit gambar pasal kenangan bersama cikgu:


Cikgu Zul, bapa homeroom N10 MRSM Beseri.


Miss Noli, lecturer English di INTEC

Pn. Hezlin, lecturer Statistics di INTEC

First day di IMU

SIPBS 101, University of Strathclyde

Christine Dufes, lecturer dari France yang mengajar di Strathclyde.. Ajar cytarabine dgn liposome bagai.. hehe...

Cikgu terhebat dalam hidup.. Ayah & umi.. :)


Guru kini ibarat lampu skrin handphone yang menyuluhi murid.. bleh x? 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited