Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013!


Dear readers....


Happy New Year!

Semoga tahun 2012 akan menjadi kenangan terindah bagi kita semua dan kini tiba masanya mulakan azam baru untuk 2013 pula. Mudah-mudahan pada tahun baru ini, kita semua dapat terus sukses dan terus berusaha keras dalam mencapai azam yang dinginkan..

khas buat pembaca sekalian.. ecece, poyo kan..


Urmmmm, aku ada beberapa azam yang rasanya perlu dicapai tahun ini. Antaranya ialah:

1. Update blog sehingga up-to-date. Maklumlah, entri 2012 masih banyak lagi yang tergendala sebab kesibukan bekerja. Come on laaaa, dah 2013 ok, kena pastikan rajin menulis.. Pergi Legoland sampai 2 kali tapi masih belum ada masa nk menaip. Hihihi..

2. Kurangkan travel sebab sebagai seorang pegawai farmasi tempoh percubaan, permohonon untuk cuti panjang adalah tidak dibenarkan. So, nak jadikan tahun ni sebagai tahun berehat sebentar.

3. Bekerja dengan bersungguh2 supaya requirement untuk menjadi fully-registered pharmacist tercapai by Oct 2013. Tak mau tangguh sampai meleret2. So kenalah isi 9 logbook mengikut masa yang sepatutnya.

4. Banyakkan ibadah kepada Allah. Banyakkan buat ibadah sunat selain yang wajib. Dulu rajin buat puasa sunat, sekarang ni dah sangat jarang.. 

5. Nak kuruskan ukurlilit pinggang. Staff nurse kata pinggang aku lagi 1 cm nak ke borderline. =.=

dan lain-lain...



Ok laaa, itu sahaja update ringkas sempena tahun baru 2013. Diharapkan anda semua pun ada matlamat masing2, jangan segan silu untuk dikongsi bersama ye.

 =)




2 comments:

Aku Seorang Pengembara said...

Salam Dik

OOO...susahmye nak cuti panjang jadi pharmacist ni yer....

Semoga cita2 tercapai jadi registered pharmacist soon...

Hazwan Samian said...

Susah sgt nk cuti pjg tau.. paling2 2 hari max dlm sebulan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited