Monday, December 31, 2012

Imbasan 2012 (Part Two)


07 | Julai

Bulan Julai dibuka dengan family trip ke Ireland pasca majlis graduasi aku di University of Strathclyde. Self-planned trip je, semua uruskan sendiri. Antara tempat yang dilawati ialah Belfast yang terletak di Ireland Utara. Manakala di Republic of Ireland, kami bersiar2 di Dublin dan juga Galway. Belfast dan Dublin dua2 bandar besar tapi Galway sangat kaya dengan keindahan alam sekitar. Sangat best!



Tanggal 10 Julai, aku dan beberapa rakan meninggalkan bumi Scotland for good. Untuk selama-lamanya.. Eh takdelah, insyaAllah kalau ada rezeki, nak kembali ke Scotland pada masa hadapan untuk melancong. Balik Malaysia je, Emie ajak pergi Bon Odori yang dianjurkan di Stadium Matsuchita Shah Alam. Memang ramai manusia kat sini, sesak dan panas. Sempat menyaksikan tarian dan juga persembahan. Kat sini beli kuih dorayaki dan air Pokka je. Pastu amek kipas banyak2.. haha..



And then, sambutan birthday buah hati Arissa. Dah 3 tahun. Cepatnya budak ni membesar.. Yela dah setahun tak jumpa kan.. Cuk3.. Icha pakai baju princess yang umi beli kat Scotland aritu.. Bukan main glemer lagi..




08 | Ogos

Pejam celik pejam celik, Ramadhan pun kunjung tiba. Rindu suasana menyambut Ramadhan di Glasgow. Puasa 18 jam pada musim panas memang mencabar. Urmmm, tak mencabar sangat sebenarnya sebab kat sana sejuk. Tak peluh2 dan tak penat sangat. Di Malaysia, puasa macam biasa la ye. Sempat keluar beriftar dengan rakan2 baik seperti Bella, Sipot dan Azery. Lokasi di Midvalley, makan kat Nando's. Mereka ni semua masih study di UK, aku sorang je yang dah permanently pulang. Sorang London, sorang Southampton dan sorang Dundee.



Lepas tu, iftar dengan family seperti biasa di Kedai Kopi. Buffet style gitu. Antara menu yang wajib disambar ialah ikan, udang dan sotong bakar. Sotong dia besar2, memang puas. Lauk-pauk memang banyak sampai rambang mata. Kuih-muih pun sama.



Hari Raya Aidilfitri kali ni bertemakan kelabu silver, yang tak shiny2 sangat. Seperti biasa, solat sunat Aidilfitri di surau berdekatan, lepas tu ambil gambar family and makan2. Lepas tu baru balik kampung kat Johor. Menu Aidilfitri ialah ketupat nasi dan pulut, ayam merah, rendang, lontong, sambal kacang, sambal sotong dan sambal goreng. Yumm yummm..



Pada Syawal yang kedua, kami berfamili2 melancong di Singapura. Eh, sempat aje melancong kan.. Yela, Singapura tu bukanlah jauh mana pun kan.. Trip kali ni disertai juga Mak Induk & family. Antara tempat yang dilawati ialah Marina Bay, Orchard Road, Bugis Street dan Sultan Mosque. Aku dah pernah pergi Singapura tahun lepas, so tak shopping souvenir sangat. Hehehe..



Then, Johor Bahru food trip with Lukman. Trip kali ni memang asyik pergi makan je. Sushi King, Anugerah Steak House, Banafee Village dan open house rumah Ahmad. Yela, sebab Aidilfitri pun belum habis lagi kan. Sempat merasa sup tulang merah di Banafee Village, tapi tak sedap pun. Harap2 kedai lain ada yang sedap..




09 | September

Sebagai pengumpul barangan Hard Rock Cafe, aku memang tak menolak kalau kawan2 ajak pergi Hard Rock. So, ada satu hari, Emie ajak pergi Hard Rock Cafe Kuala Lumpur sebab dia nak pergi submit report kat area berdekatan. Aku pun apa lagi, on jeeeee... Beli t-shirt dua helai, pastu pin badge satu. Harga pin agak mahal berbanding kat Europe. Mahal RM10 kauuuuu... Lepas tu dinner kat Sushi King Sunway Pyramid.




Open house sana sini, tapi family aku pun buat open house jugak. Aku pun kali ni rajin pergi beraya rumah kawan2, sebelum ni memang jarang la beraya rumah kawan. Mula2 pergi rumah Sipot kat Klang, pastu rumah Mirah & Faiz kat Kajang dan juga rumah Kak Pah di Gombak. Siap main kejar2 arnab Kak Pah lagi. Pandai dia melesapkan diri ke belakang almari. Lepas tu, Lukman pulak buat open house kat Seremban. Aku pun pergilah dengan Emie lepas dia habis kerja.




Pada 8 September, sekali lagi kami menghadiri majlis konvokesyen. Kali ni, diadakan di IMU Bukit Jalil. Surprisingly, Lukman & Emie bagi aku teddy bear purple besarrrrrr, pastu semua orang jeles.. Hua3.. Kau ada? Tak ramai pun yang hadir dari batch kami, hanya 30+ orang je. Yang lain ada yang sudah bekerja di UK, ada yang masih lagi tidur di rumah kesayangan. Lepas tu, umi & ayah rush balik Shah Alam sebab ada wedding manakala aku lepak dengan Lukman & Emie kat McD sementara tunggu Along amek aku. Malam ni ada event lagi, tapi kat Taiping.




Ini la event malam tu, Atih bertunang secara rasmi dengan kesayangannya di Taiping, Perak. Petang tu, pekena kuetiau Doli yang agak femes tu. Tapi seperti biasa, servis sangatlah lembab. Demi menjaga kualiti katanya. Majlis malam tu diadakan serba ringkas, 5 dulang berbalas 7. Ramai juga saudara-mara yang hadir.



Esoknya, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Sempat singgah beraya di rumah Wanji di Nibong Tebel. Tak susah cari jalan ke rumah dia, tapi nak cari rumah yang payah. Sebab ke dalam sket. Kesian Wanji, pagi2 aku dah kejut bagitau yang kitorang nak datang dua kereta. Menu yang dibedal ialahl aksa Penang, kuih cincin dan kek. Lepas borak2, kami mengundurkan diri dan meneruskan perjalanan ke Hard Rock Hotel Penang yang terletak di Batu Feringghi. Bukan untuk menetap, tapi just nak beli souvenir je. Seperti biasa, t-shirt sehelai dan pin badge sebiji.



Lepas Penang, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands pula untuk menghirup udara segar tanah tinggi. Tapi sekarang tak taulah segar ke tak, sebab cuaca dah tak sejuk sangat macam dahulu kala. Global warming gitu. Tempat2 yang dilawati termasuklah KHF Strawberry Farm, Gunung Brinchang, ladang teh, dan Kea Farm.



Birthday Along kali ni disambut di Dave's Deli, Subang Parade. Makan western food. Sedap makanan kat sini, silalah cuba ye.. =)



Bercuti di Pantai Timur pulak, ke Kelantan dan Terengganu kami jejakkan kaki. Adik aku tengah study break, so umi tak bagi balik Shah Alam, instead kami yang ke Terengganu untuk jumpa dia. Lepas amek dia, kami terus ke Kota Bharu, Kelantan. Melawat Pasar Siti Khadijah dan Pantai Cahaya Bulan serta bershopping di Rantau Panjang.



Di Kuala Terengganu pula, kami sempat melawat Taman Tamadun Islam dan masuk ke Taman Monumen. RM15 je per entry. Seronok tengok monumen masjid di serata dunia ni. Ada Masjid Negara, Masjidil Haram, Masjid Sultan, dan Taj Mahal. Kat luar pulak, ada Masjid Kristal. Memang bling2..




Pergi another trip with Lukman dan Emie. Pergi Port Dickson je, untuk bersiar2. Menetap di rumah Lukman di Senawang. Lepas tu makan seafood yang tak berapa meriah. Yela, macam2 habis. Udang takde, sotong pun takde. Makan ikan dengan kerang jela. The next day, kami kutip Badd kat Seri Kembangan dan bersama2 meneroka shopping mall yang baru dibuka iaitu Paradigm Mall. Lepas tu kami menikmati cupcakes di +Wondermilk, Uptown Damansara. Sedap cupcakes kat sini tapi agak mahal. Sebiji RM4.50 dan saiznya tak berapa memuaskan. Kalau saja2 nk rilek2 boleh la. Kalau dah lapar sangat tu, silalah makan kat kedai lain ye.




10 | Oktober

Pertama kali ke Laman Grill, iaitu restoran milik Chef Zubir Masterchef. Agak puas dengan makanan kat sini, memang sedap, walaupun harga masterchef. Aku try lamb shank dan saiznya agak memuaskan. Memang classy dan eksklusif. 



16 Oktober, merupakan satu titik permulaan baru dalam kehidupan aku. Secara rasminya, aku kini bergelar pegawai farmasi aka pharmacist dan bertugas di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Hellooooo working life! Taktaulah perasaan camne, hepi dan sedih at the same time. Sebab dah tak boleh lepak2 lagi, dah ada tanggungjawab besar.



Mak Induk & Pak Su ajak makan kat Senibong. Ada satu restoran tu masuk Jalan-jalan Cari Makan. Memang sedap. Dari sini, boleh nampak Singapura kat seberang Selat Tebrau. Menu utama kat sini ialah seafood yang bermacam2 jenis.



Sekali lagi, kami sefamily naik ke Cameron Highlands. Saje jalan2 nak hilangkan stress. Pergi masa cuti Raya Haji. Basically, pergi tempat yang sama macam hari tu. Hehe..




11 | November

Hellooooo Legoland! Finally, merasa jugak pergi ke Legoland. Mula2 tengok preview dengan Lukman, time ni tengok kat luar je, tak masuk pun. Sebab memang tak plan. Selang beberapa hari, pergi dengan family pulak. Beli annual pass terus, sebab duduk kat Johor kan so agak berbaloi la beli annual pass. RM275 per pass, tapi sekarang ni dah naik harga ye, jadi RM325. Masa ni pergi just jalan2 tengok Miniland je, tak naik rides pun except naik keretapi.



Makan2 family lagi. Kali ni kami memilih Big Brother Restaurant yang terletak di Seksyen 7. Makanan yang disajikan ialah western food. Gathering ni dilaksanakan sempena menyambut aku yang dah memulakan alam pekerjaan.. hehe..




12 | Disember

Tahniah Aiman Maarof! Akhirnya, classmate masa kat MRSM Beseri dulu kini sudahpun menamatkan zaman bujangnya dengan yang tersayang. Wedding Aiman ni aku pergi dengan Ijah sebab dia sorang je yang dekat Shah Alam sekarang. Majlis ni dilangsungkan di Kampung Baru.



Sekali lagi, aku dan family pergi ke Legoland. Kali ni pergi beramai2 dengan Mak Induk, Along dan juga nenek. Nenek pun ikut tau, jangan memain. Seronok juga sebab pergi ramai2, dan naik most of the rides. Naik Project X, roller coaster naga, berbasahan di atas bot, main tembak2 dan lain2 lagi. Cuaca agak terik pada mulanya, kemudian diiringi hujan. Stay sampai pukul 8 mlm. Petang2 baru naik roller coaster sebab dah ramai balik. So, beratur pun tak panjang sangat.



Family day & kenduri doa selamat pada malam sebelum Krismas. Ramai sanak-saudara datang berkumpul. Menu yang disajikan ialah nasi jagung, ayam merah, dalca dan laksa johor. Mak Induk buat dua biji kek birthday, tart buah dan cupcakes. Ada sukaneka jugak, aku main tiup2 tepung untuk cari gula2. Haha.. memang gamatlah malam tu. Esoknya, aku kerja ye, tak cuti pun.. =.=



Orait, itu sahaja aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2012 ni. Diharapkan tahun depan dapat diisi dengan pelbagai macam lagi aktiviti berfaedah dan menyeronokkan. Ini imbasan saya, imbasan anda pula bagaimana?

=)

4 comments:

Henry Fox said...

Happy New Year wan! Semoga tahun baru 2013 memberikan kekuatan utk terus bekerja dan travel! hehehe insyaALLAH!

Hazwan Samian said...

Happy new year too henry! Semoga 2013 kita sama2 cemerlang dan dapat bonus banyak2.. hehe. :)

Janggel / Rain said...

Selamat melangkah ke tahun 2013! :-)

Hazwan Samian said...

selamat2.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited