Tuesday, January 3, 2012

Imbasan 2011 (Part Two)


Ok, sekarang sambung untuk second half 2011 pulak ye..  Ceritanya begini...


07 | Julai

First time pergi hiking kat sini. Last pergi hiking ialah masa darjah 6, masa tu panjat gunung Ledang. Memang semput habis la kat Beinn Dubh tu. Dah la cuaca agak menghujankan. Lepas tu kat bawah singgah Loch Lomond. Sejuk... Oh ya, kami panjat bukit ni sehari before bulan Ramadhan tau..


Antara tempat yang dilawati pada bulan Julai ialah Riverside Museum di mana muzium ini memaparkan rangkaian kenderaan2 lama dan baru. Kat luar muzium ni ada kapal besar. Tapi masuk kena bayar. Lepas tu ada jugak ikut ustaz pergi memetik berry di East Yonderton Farm. Tak tau kenapa orang cakap sedap, tapi mostly berry yang dipetik agak masam.. >.<




08 | Ogos

Bulan puasa ni pulak rajin pergi jalan2. Kitorang pergi melawat Kelvingrove Art Gallery dan juga University of Glasgow. Memang cantik bangunan kat sini. Muzium ini agak luas dan banyak artifak yang boleh dilihat, tapi aku masuk kejap je lepas tu mengantuk. Lepak kat kerusi sambil tunggu rakan2 yang lain habiskan tour. Banyak juga ambil gambar kat sini. Kalau boleh semua artifak nak digambarkan..




First time ni sambut raya kat oversea, jauh daripada keluarga tercinta. Hari raya disambut di Victoria Hall bersama warga Malaysia yang lain. Masa ni la result summer semester keluar. Seriauuu.. Tapi syukur alhamdulillah, aku passed. Meriah jugak beraya di perantau, satu pengalaman baru yang tak akan dilupakan. Banyak juga pergi beraya dari rumah ke rumah. Mengekor ustaz je kerja kami.. Hehehe..





09 | September

Bulan September ni merupakan bulan yang paling aku banyak habiskan duit untuk travel. Tapi part yang paling best, ayah dan umi datang melawat aku di UK ni. Yeay!!! Mula2 bawak diorang jalan2 Glasgow & Edinburgh.. Pastu sampailah ke London dan Berlin. Gigih kau berjalan2.. Sangat best! Wanji & Duwe ikut sekali. Meriah sikit.. Lagipun cuti panjang kannn...





Balik dari Berlin, ayah dan umi pun pulang ke Malaysia. Agak sedih, tetapi masih lagi dapat mengawal perasaan. Lepas tu kami bertiga terus menyambung tour ke Bristol di mana kami bermalam di rumah Azri Marican. Esoknya, semasa Azri sibuk di kelas, kami ke Bath untuk berjalan2 di Roman Baths. Tak sempat pergi Stonehenge sebab termiss bas pukul 10 pagi. Takpelah, takde rezeki nak buat macam mana kan.. Di Bristol, Azri bawak kitorang pusing2 city dan juga ke Clifton Suspension Bridge. Tinggi tauuuu... Angin pun kuat gila..




On the way pulang ke Glasgow, kami bermalam satu hari di Manchester. Tempat yang dikunjungi adalah seperti Town Hall dan juga Old Trafford Stadium. Tak masuk stadium tour pun sebab masing2 malas dan tak cukup bajet. Lagipun takde orang yang betul2 minat ManU. Baju Hard Rock pun aku sempat beli. Beli yang murah dan simple je. Wheel of Manchester pun kitorang naik.



Di celah2 travel, kami celebrate birthday Farrah di Glasgow. Ni first time aku buat whole kek. Kek ni pakai resipi red velvet, tapi pakai 3 warna.So aku namakan kek ni multi-coloured velvet cake. Memang padat, makan sikit dah kenyang.



Sebelum semester baru bermula (final year tuuuu), kami bercuti sekali lagi dan kali ini ke Paris. First day pergi Eiffel Tower, second day pergi Disneyland dan hari last jalan2 city. Banyak jugak tempat yang dapat cover kecuali Versailles Palace. Tapi pergi Disneyland memang puas! Bawak balik souvenir banyak juga. Rasanya aku paling banyak borong souvenir dekat Disneyland. Iyela, bukannya nak pergi lagi lepas ni kan. Sekali dah cukup.. Berlaku insiden kehilangan tiket Batobus, maka terpaksa merayap naik Metro sorang2..




10 | Oktober

Autumn pun menjelma dan meninggalkan summer di belakang. Beberapa kali keluar untuk mengambil gambar autumn. Siap pergi kubur lagi untuk test lens baru. Hehehe.. Selain itu, kami pergi ke Victoria Park untuk berpicnic di bawah pohonan kuning. Tapi kat sini tak syok sangat, tak banyak pokok kuning. Tengok gambar2 kawan di Russia agak kejelesan.. Cantik pemandangan kat sana..



Pada bulan ini juga, kami mem'volunteer'kan diri untuk menjadi ahli jawatankuasa KMG Badminton Tournament yang diadakan di Scotstounhill. Siap dapat baju seragam lagi. Aku jadi photographer di sepanjang permainan. Member2 lain jadi linesman dan juga pengira markah.



Birthday Mirah pula disambut secara surprise. Pada mulanya, aku & Anis berlakon konon2nya mengidam makanan Jepun di OKO Express. Lalu kitorang pun ajaklah Mirah, Mirah tertipu. Masa tengah makan2 tu, Aleen dan Bee datang sorok2 bawak kek. Memang Mirah tak perasan. Tengok gambar di bawah, muka sangat gembira dan terharu. Makanan kat OKO ni agak mahal ye, kalau silap pilih akan rasa menyesal. Tapi aku order paling banyak; nasi, sushi & edamame. Puas dan sedap!



Selain itu, kami juga telah menyertai sambutan hari Deepavali yang diadakan di Bombay Blues. Makan buffet indian food. Boleh tahan jugak la, harga berpatutan. Lebih kurang suku batch je yang join. Aku makan 3 round kot. Tak ingatlah. Lepas tu ada sesi bergambar dengan rakan2 batch. =)



Bagi membalas lawatan rakan2 dari Dundee, kini giliran kami pula ke Dundee. Pergi sehari je. Sipot, Fara & Aimi bawak kami jalan2 around Dundee. Dundee ni terletak di tepi laut. So, angin pun agak kuat. Masa baru sampai, diorg bawak kami hiking di Dundee Law. Dari atas boleh nampak bandar Dundee. Yang paling best, makan buffet kat Taza. Sangat murah dan berbaloi! Next time nak pergi lagi.. Katanya kat Dundee ni best kalau pergi memancing.. Mungkin boleh dipertimbangkan.. =)



Sekali lagi, aku pergi ke Edinburgh, kali ini bukan untuk bersiar2 makan angin tetapi untuk menonton Edinburgh Games atau dikenali juga sebagai Malaysian Scottish Games yang dianjurkan warga Malaysia di sana. Ada game badminton, ping pong, basketball, futsal dan macam2 lagi. Ada kafe jual makanan Malaysia lagi tau. Aku try nasi hujan panas dengan ayam masak merah. Sedap jugak! Aku habiskan banyak masa ke hulu ke hilir. Kejap tengok Wanji main futsal, kejap tengok Faiz main badminton.



Di penghujung Oktober merupakan birthday Duwe. Lepas balik dari Edinburgh, kami celebrate ala picnic gitu. Dekat kawasan uni je which is Rottenrow Garden. Kali ni aku buat kek milo. Walaupun agak buruk, tapi sedap ok. Menu lain yang disediakan ialah carbonara, pizza, koktel buah dan sosej masin.. 




11 | November

Sekali lagi kami outsation untuk menonton Nottingham Games. Kat sini jumpa kawan2 lain dari UK seperti Azery, Ahmad, Akmal dan lain2.. Dah lama jugak la tak jumpa diorang ni. Kami banyak spend masa di Power League untuk menonton futsal sebab Wanji & Achik main kat situ. Tak sempat sangat tengok game lain.


Hari Raya Aidiladha juga disambut di Victoria Hall bersama warga Malaysia di Glasgow. Sambutan ringkas tetapi sedap. Raya Haji pun kami duk tour dari rumah ke rumah untuk menikmati juadah masakan Melayu. Hehe..





12 |  Disember

Kejakunan terserlah apabila salji turun buat pertama kalinya pada 4 Disember. Semua orang berpusu2 keluar dari hall untuk bermain dengan salji. Kami main lontar2 snowballs dan juga sliding. Syokkkk wehhhh.... =D

George Square pula dihias dengan dekorasi Krismas. Agak menarik dan berlampu2.. Kami ada la jugak keluar untuk ambil gambar kat situ.



Kak Pah sangat curlast. Oleh sebab itu, kami celebrate birthday dia 2 kali. Mula2 buat surprise masa dia tengah busy berdiskusi tentang IPL. Terperanjat katanya. Lepas tu, sehari kemudian kami celebrate sekali lagi secara proper dan menjemput beberapa kenalan lain juga. Kek surprise aku yang buat, kek tak surprise Mirah yang buat.


Geng trip to Andalusia, Sepanyol. Tapi sayangnya Kak Pah tidak dapat join sebab beliau perlu melayan tetamu yang datang dari Manchester. So 9 orang jela yang join. Trip kali ni kami tak payah plan, kami ikut tour by Perantau Holidays. Best juga travel ramai2 camni. Berbaloi! Bukan pergi satu bandar je, tapi 4 bandar ye. Gibraltar, Sevilla, Cordoba dan Granada. Banyak tempat2 bersejarah di sini especially pada zaman Islam beberapa ratus tahun dahulu. Tour guide kami juga sangat informative dan bermutu. Oleh sebab pergi ke 4 bandar, maka souvenir juga harus dikali 4.. Banyak juga hasil kali ni.. =)


Next birthday ialah birthday Aleen. Kami sambut di rumah je. Masak2 sendiri. Sebenarnya semua ahli geng kami terer je masak. Sedap2 belaka. Jadi secara officialnya, ini merupakan sambutan birthday yang terakhir buat tahun ini. Sambung next year pulak ye. Birthday Fariz bulan Januari ni.. Nak masak apa ye?



Ski trip tanpa ski. Apekah? Dek kerna angin kencang, kami hanya sempat main sledge sahaja. Oh ye, trip kali ni bertiga je dengan Wanji & Anis. Trip jejoyah gitu. 2 orang terpaksa undur diri sebab demam. Kami ke Fort William dan bermain salji di Nevis Range. Dah lama tak nampak salji, so jakun semula. Siap buat snowman lagi, walaupun kecik je.



This was my last trip in 2011. Pada 31 Disember, kami ke Edinburgh untuk bermeeting dengan menteri. Pada pagi itu, kami ke Edinburgh Zoo untuk melihat giant panda. Ada 2 ekor je. Banyak juga binatang dalam zoo ni. Zoo ini pun agak luas dan berbukit. Tapi sangat suka dengan penguin yang banyak! Banyak gila ok! Comel pulak tu! Malam tu ada meeting. Ambil masa dekat 3 jam la jugak.. Then, kami pulang ke Glasgow sebelum perayaan tahun baru. Memang tak plan pun untuk bermalam di Edinburgh. Ada la jugak member yang offer untuk tidur di rumah dia, tapi kami dah beli tiket return. Menolak dengan sopannya..



Anyway, 

SELAMAT TAHUN BARU!

Ini imbasan 2011 saya, imbasan anda pula bagaimana?

4 comments:

LoLLy~ said...

imbasan saya sudah siap! weeee....sedih x leh men ski,hukhukhuk

Hazwan Samian said...

imbasan diimbas2.. last skali tade sape pun main ski.. ahaha..

PahPihPuh said...

Bristol pnye bangunan ape tue..nak macam notre dame dahhh..

Kak Pah mmg curlastt..*terime kaseh*
kek seprais/tak seprais..LOL

Hazwan Samian said...

tu bangunan church/cathedral la kak pah oiii... seprais tak seprais mmg byk cathedral kan kat uk ni..

kak pah pastikan nynyian lebih bermutu dan curlast ok pasni.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited