Friday, April 16, 2010

Berdua menonton Clash of the Titans

Ok, tadi pergi tengok Clash of the Titans bersama Lukman.

Memang dah lama gila nak tengok movie ni, tapi tak berkesempatan since aku tak boleh keluar rumah sebab kena babysit Arissa bersama umi tersayang.

Movie ni dah keluar semenjak bulan lepas lagi, so aku agak ketinggalan dalam menonton movie yang ala2 Percy Jackson ni.

Kali ni tengok berdua je dengan Lukman, sebab Azery dah tengok lama dah.

3D ye, so pasni memang takde la tiket bawah RM10 lagi2 kalau nak dapat student price, untuk 3D sah2 la takde student price kan.. Tadi tiket harga RM16. Ok la jugak.

Dinner at Wendy's. Kitorang cuba menu baru, Mushroom Melt Burger gitu. Sedap sangat. Ada 3 choice; single, double and triple. We chose double and it's very mengenyangkan. Sedap2.. Nak lagi..

Clash of the Titans ni cerita pasal dewa dan dewi Greek. Ade Zeus, Poseidon dan Hades yang merupakan dewa utama. Watak utama adalah Perseus, ala2 penyelamat dunia gitu. Beliau amat terkejut ye bahawa beliau merupakan anak luar nikah Zeus dan isteri raja mane tah. Tiba2 raja tu terkejut melihat Zeus bersetubuh dgn isterinya lalu mengarahkan isteri dan anak dalam kandungannya dibunuh. Tapi ajaibnya, anak itu hidup dan beliau adalah Perseus. Hades ni jahat, nak balas dendam kat Zeus sebab telah menipu dia, last2 kena jaga underworld (ala2 neraka gitu). Dalam cerita ni juga ada Medusa, Kraken, kala jengking gergasi, pegasus hitam dan putih (seriusly, aku lagi prefer putih ye, tapi hitam dapat more screentime).

Sam Worthington sebagai Perseus a/l Zeus

Ok sudah2, meleret2 pulak nih, kalau nak tau lebih, tengok jela sendiri, apsal tetiba aku berminat nak buat review ni kan. Tapi memang betul la lebih kurang dengan Percy Jackson, cuma yang ini lebih matang, lebih sexy, lebih ganas dan lebih gelap. Banyak betul scene gelap sehinggakan 3D pun tak dapat dikesan.

Kesimpulannya, esok nak pergi Langkawi bersama bestfriends terchenta. Doakan keselamatan kami pergi dan balik dan InsyaAllah aku akan bawak segunung coklat pulang (ewah2, banyak pulak duit kan nak beli segunung, padahal duit belanja pun terpaksa mengemis kat parents, kakak and abang). Hahaha.. Love yeah! Nanti kasi duit banyak2 lagi ye..


*tetiba je nak post dalam BM kan.. haha..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Countries Visited